Adhadi Mohd
Ulasan – Nikon D3000
Semalam saya menerima unit Nikon D3000 yang baru dilancarkan oleh Nikon. Sekilas pandang, kamera ini memang agak kecil dan comel dan memang sudah dijangka yang kamera ini bakal menggantikan Nikon D60 yang agak popular sebelum ini. Sekali kamera ini berada diatas tapak tangan saya, terasa amat ringan dan pasti tidak akan menjadi beban sekiranya perlu dibawa kemana-mana.
Fotografi dengan Nikon D3000, kelihatan mudah sekali. Di dalam kamera ini disediakan Mode GUIDE yang boleh membantu anda untuk mendapatkan gambar yang baik pada setiap masa. Sekiranya anda seorang pengguna baru kepada DSLR, sudah pasti anda tidak akan berasa janggal kerana sedikit-sedikit anda akan dapat membiasakan diri dengan pengoperasian DSLR menggunakan mod ini. Saya yakin setelah beberapa lama anda akan dapat menggunakan mod-mod lain yang lebih maju seperti P, A, S atau M.
Dengan 10.2 megapixel, ini sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk seorang pengguna baru DSLR. Bayangkan anda boleh mencetak sehingga sebesar saiz A2 menggunakan 10.2 mp tanpa perlu sebarang pembesaran digital.
Lensa standard AFS 18-55mm f3.5-5.6 VR, ataupun selalu dipanggil dengan 3x optical zoom, memberikan anda ruang yang cukup untuk aktiviti fotografi harian. Pernah tak saya menyebut bahawa lensa Nikon 18-55 mempunyai ketajaman optikal yang sangat baik dan contrast yang cukup menarik? VR atau vibration reduction pula akan memberikan anda kemudahan untuk merakam dalam situasi suram tanpa sebarang kekaburan dalam gambar.
Skrin 3 inci LCD Nikon D3000 juga amat luas! berbanding dengan skrin D60 yang sangat kecil. Skrin ini juga amat cerah dan jelas. Ia meliputi 100% liputan apa yang anda lihat dari viewfinder.
Isi Kotak
Didalam kotak Nikon D3000 ini saya menemui :
- Nikon 10.2-Megapixel Digital SLR Camera
- Lensa AFS NIKKOR 18-55mm f3.5-5.6 DX VR
- Bateri dengan pengcaj semula
- Kabel USB and A/V, sstrap, penutup tapak flash, penutup lensa, penutup badan kamera and CD-ROM
- Manual pengguna
- Skrin LCD 3 inci yang cerah
- Lensa AFS 18-55mm f3.5-5.6 DX VR
- Guide Menu
- Hasil Dari Nikon D3000 Dengan Menggunakan Guide Mode dan Juga Manual
HARGA :
PROMOSI NIKON: Raya Carnival
RM2288.00
Hubungi MYFOTOZONE : 0351922117 (ieka/naza)
Email : Shop@myfotozone.com.my

Sah dari 4 Sept - 30 September saja
KURSUS FOTOGRAFI
Ingin lebih maklumat?, sila pilih artikel ini:
| Print article | This entry was posted by Adhadi Mohd on September 15, 2009 at 7:42 am, and is filed under Uncategorized. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |









about 11 months ago
baru je beli D60 Ogos lepas.
nak tanya, lens dia sama je ke ngan D60?
Nampak mcm sama jer.
Kalu nak trade in body, beli body D3000 boleh tak?
about 11 months ago
boleh. body dia murah saja
about 11 months ago
berapa kos perlu ditambah kalah trade in, saya pun ada D60 gak??
about 10 months ago
Salam,
saya berminat untuk mengetahui harga promosi terkini yang ditawarkan untuk memiliki kamera terbaru jenis D3000 di kedai tuan.
jika dibandingkan dengan Nikon D80, apa perbezaan yang terbaik khususnya dari segi prestasi dan kualiti gambar yang diambil.
Thx!
about 9 months ago
askum , saya nak tahu . sya berminat dengan pho0tographer tapi saya tak pernah tahu about kamera besar to. ape yang perlu saya buat ? saya masih baru n berumur 19 tahun. boleh abg adhadi bantu saya .
about 9 months ago
salam.
sy dok Abu Dhabi..td sy g g usha D60 tp kat sini dh xde stok sbb dh kuar D3000 katenye. harge AED 2699 dpt kit lens, bag & 4gb. convert ngn duit mesia beh kurg rm2489. 1 year international warranty body & lens. ok ke hage ni? tq
:: xtau pape pasal dslr ::
about 8 months ago
salam bro…
nikon d3000 nih…
mudah guna x..??
dan gmbr kualiti ok ker..??
sy baru lg nih…
mmg xpnh ade lg dslr nih…
bleh bli secara byar bulan2 x..??
about 8 months ago
salam bang…
sy nk tnye… kamere nikon bleh msuk sume jenis lens nikon ke die ade specific lens tuk specific kamre…
al maklumlah tak tau pape…
hihhihh..
cdang nk bl tu nk tnye dl…
=)
about 6 months ago
sy kt sabah,kalo post ke sini bole ker?warranty D3000 bape tahun?
about 6 months ago
salam bang…if na wt bisness tgkap gmbr weedding ni kne de pe2 lesen x or under syarikat pe2??sye sdg cbe ngn dnia2 foto ni cz mnat sgt.sblom ni sye de blaja di tmpt blaja sye dulu..sbgai pmulaanye sy tke pic org tunang jer..cz tkut nk ambik rsik0 tke pic weeding ni..s0 ape pndngan abg if sye na cba tke pic weeding..1st pngalaman ri 2 sye ambk kt mjlis org tunang,cst0mer 2 puas hti sgt,cz sye de gak edit2..so pe pndngan abg???
about 6 months ago
continue…… sye pngguna D3000..n mmg sng dgunakan..
about 5 months ago
saya pengen tau berapa harga pas nya sekarang?
about 5 months ago
nak tanya ada x nikon D3000 yg bukan originaL…..napa di penang boleh dapat harga 1720 lengkap semua?
about 3 months ago
d3000 semua original. Yang ada cuma unit seludup. Selalunya unit seludup harganya murah tetapi masalahnya ialah waranti.
harga yang saya letak harga lama. sekarang d3000 RM1790 di kedai saya dengan bag dan 4gb card. Dan tripod serta filter sebagai aksesori optional.
Harga adalah bergantung kepada kos penjual sebenarnya. Meletakkan harga ni adalah bergantung banyak faktor.. demand dan supply, cost transport, sewa kedai, overhead, pekerja dan sebagainya.
Saya sarankan tuan rujuk dan semak kepada kedai yang tuan sukai dan dapatkan nasihat terbaik.
about 3 months ago
Dari kosha :
salam bang…if na wt bisness tgkap gmbr weedding ni kne de pe2 lesen x or under syarikat pe2??sye sdg cbe ngn dnia2 foto ni cz mnat sgt.sblom ni sye de blaja di tmpt blaja sye dulu..sbgai pmulaanye sy tke pic org tunang jer..cz tkut nk ambik rsik0 tke pic weeding ni..s0 ape pndngan abg if sye na cba tke pic weeding..1st pngalaman ri 2 sye ambk kt mjlis org tunang,cst0mer 2 puas hti sgt,cz sye de gak edit2..so pe pndngan abg???
cubalah ikut jurugambar yang lebih berpengalaman dahulu. Pelajari teknik teknik, etika dan trick2 dalam wedding fotografi.
about 3 months ago
askum, saya baru nak berjinak2 dlm bidang photograper ni. pengalaman pun xde. jadi saya nak membeli sebuah camera dslr…berapa harga dan jenis apa yang di syorkan.
about 2 months ago
Saya adalah pengguna d3000.memang senang nak guna….beli dulu coz tak pernah pakai dslr yang digital….dulu masa belajar architecture ada modul fotografi tp guna filem.d3000 bila dah lama guna agak terhad berbanding dslr lain….tp harus di ingat bukan camera yang jadi ukuran sesuatu gambar tetapi teknik seseorg itu…lg satu aku rasa dgn d3000 cukup untuk aku edit gambar kelihatan menarik…..ada juga gambar yang aku tak payah edit langsung dah lawa…….so kalau yang kurang mampu beli dslr yang mahal d3000 dah mencukupi….tp kalau ada bajet beli yang lain
about 2 months ago
salam…….
pe y sye bce la….d3000 nie de mslh lens compatibility????btol kew????
then ley terangkn x????sye kurg fhm la……
ley x bg ulasan tok canon eos 1000d????coz tok beginner ramai y hihgly recommended dslr nie??????