Adhadi Mohd
Berumur pada 31 tahun, Adhadi Mohd adalah seorang jurugambar professional sepenuh masa. Beliau mendapat pendidikan didalam bidang perisian komputer di Universiti Teknologi Malaysia dan berpengalaman berkhidmat di dalam bidang IT sebagai jurutera perisian selama 7 tahun di beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa.
Beliau juga pernah menjadi tutor IT di Johor bahru dan di sini beliau mengasah serba sedikit akan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengajaran.
Beliau mendapat pendedahan pertama tentang fotografi pada tahun 1996 di Kelab Fotokreatif UTM dan menceburi perniagaan fotografi secara sambilan terapi serius pada tahun 2005. Pada tahun 2007 beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa dan kini beroperasi daripada galeri beliau di Putra Heights Shah alam.
Antara pelanggan dan syarikat yang pernah mendapat sentuhan karya fotografi beliau adalah Bank Negara Malaysia, Citigroup, UKM, Keluarga diraja perlis, selebriti tanahair, keluarga-keluarga vip, untuk majlis-majlis di dalam dan diluar Malaysia.
Untuk menghubungi beliau:
Tel : 0162371946 / 012 3076857
Email : jurugambar @adhadimohd.com
Yahoo : Adhadi
facebook : adhadi mohd
Galleri : http://adhadi.fotopages.com
nak tahu kalau ada apa apa bengkel di sebelah utara sbb saya ada di kawasan kedah.