Bengkel Asas Fotografi, 23 dan 24 August 2008

Syukur Alhamdullilah saya diberi kesempatan sekali lagi untuk mengadakan Bengkel Asas Fotografi. Saya tidak dapat mengingat ini kali keberapa saya mengadakan bengkel fotografi seperti ini, mungkin ke 25, atau ke 30, dengan berbagai nama dan panggilan. Saya sendiri tak dapat mengingat bila dan dimana. Siapa yang biasa mengunjungi Photoskool.net tajaan Saiful Nang, mungkin tahulah kekerapan saya menganjurkan aktiviti.

Alhamdullilah, hanya satu dua yang tidak berjaya tetapi kebanyakkan aktiviti itu mendapat sambutan, kerana yang saya beratkan bukanlah yuran atau apa perolehan saya, tetapi saya lebih risau apa yang perlu saya berikan kepada para peserta kerana apabila mereka ingin sajamenyertai aktiviti saya, itu adalah satu amanah dan harapan yang perlu saya tunaikan.

kalau di izin Allah saya ingin berkongsi apa yang telah saya temui, supaya kita semua dapat meningkatkan kualiti fotografi kita. Dan saya juga ingin memberi peluang, kepada mereka yang kurang mampu tetapi ingin menyertai bengkel saya, anda masih boleh mendaftar  dengan membayar seberapa anda mampu dahulu, dan bila anda telah mampu, bayarlah sepenuhnya. Yang mampu tu tak perlulah buat begini.

Dan untuk itu, saya buka peluang sekali lagi untuk para peminat fotografi untuk mempelajari teknik-teknik dibawah:

TEMPAT : TAMAN WARISAN PERTANIAN, PUTRAJAYA
Taman Warisan Pertanian Putrajaya,
No 7, Jalan P16,
Presint 16,
62150 Putrajaya.
putrajaya-map-big

Part 1 | 23 August 2008, 8.00 pagi - 1 tghhari |

Memahami exposure, Aperture, Shutter & ISO
Memahami matrix metering & center weighted metering
Jenis-jenis exposure
Cara mengawal aperture, teknik dan mengapa.
Cara mengawal shutter, teknik dan mengapa.
Cara mengawal ISO, tekniknya dan mengapa
Teknik mengambil gambar landscape
Teknik mengambil gambar macro
Teknik mengambil gambar portrait
Teknik asas fill flash
Teknik framing dan asas-asas komposisi seperti mendapatkan gambar yang lebih kemas dan menarik.

Part 2 | 24 August 2008 8.00 pagi - 1 tghhari |

Manual Exposure
Spot Metering dengan kaedah yang betul.
Sistem Zon untuk mendapatkan exposure yang sentiasa tepat mengikut tona cahaya.
Sunny 16 untuk mendapatkan hasil exposure yang sentiasa konsisten
Teknik pencahayaan asas seperti frontal lighting, back lighting, dan side lighting. Dengan meningkatkan sensitiviti anda terhadap cahaya persekitaran, anda akan mampu menghasilkan gambar yang menarik pada waktu dan keadaan apa saja.
Mengenali kaitan sudut pencahayaan dan kaitan di dalam seni fotografi. Anda akan mempelajari teknik mengenengahkan bentuk, struktur, memanipulasi pandangan dan menambahkan “rasa” di dalam sebuah gambar. Antara teknik yang akan dipelajari adalah rim lighting, sillhoutte, Sun star, Sun flare, short lighting, broad lighting, butterfly dan rembrandt lighting.
Mengawal depth dan perspektif di dalam komposisi untuk hasil yang lebih menarik.

YURAN PENYERTAAN : RM350.00

Untuk proses pendaftaran :

Langkah 1: Semak kekosongan
Langkah 2: Bank in jumlah fee kepada :
a) CIMB Bank : 14260067469523 (Md Adhkhadi Mohd)
b) Maybank : 164052272599 (Md Adhkhadi Mohd)

Langkah 3: SMS kepada 012 3076857 atau 016 2371946.
Format : Kelas Foto 1/2 | Nama penuh | IC | Nickname | Bank | Jumlah Pembayaran | tarikh & masa

Senarai peserta yang telah mendaftar
1. Idris
2. Amir
3. Amiruddin
4. Haslizan
5. Redzuan
6. Ms X.
7. Mr X.

Leave a Reply