BENGKEL ASAS FOTOGRAFI - PUTRAJAYA, 12 JULAI 2008

BENGKEL ASAS FOTOGRAFI - PUTRAJAYA, 12 JULAI 2008
Tarikh : 12 Julai 2008
Masa : 9.30 pagi - 5 petang
Tempat : hadapan Palace of justice, Putrajaya
Tahap : Asas / Beginner (baru memiliki DSLR dan mahu mendalami asas tentang eksposure dan teknik2 lain)

Tutor : Adhadi Mohd
Fasilitator Nikon :Faiz
Fasilitator Canon :
Fasilitator Sony :

Objektif:
Memberikan pendedahan praktikal tentang penggunaan kamera DSLR, berbagai lensa dan fungsinya, dan pemahaman untuk mengawal dedahan dengan tepat dan berkesan. Juga penerangan dan latihan untuk teknik-teknik dalam menghasilkan komposisi yang baik dan berkesan,

Konsep : Outdoor
Nota : Disediakan

Yuran : RM200.00

Agenda:
09.30 am : pengenalan kepada DSLR, Lensa, Flash, dan aksesori2
10.00 am : Penerangan kepada Aperture, Shutter, ISO, metering, dan histogram secara terperinci
10.30 am : Jenis-jenis cahaya dan kaitan dengan fotografi
11.00 am : Teknik dedahan Manual, Aperture Priority & Shutter Priority & Praktikal dan Latihan untuk mengenal dedahan yang betul tanpa perlu sebarang metering menggunakan peraturan Sunny 16 dan variasi sunny 16.
11.30 am : Mengatasi masalah underexpose, overexpose, backlighting, blurry dan warna yang kurang menarik akibat kesilapan White balance.
12.30 am : Berehat & makan tengahhari

2.15 pm : Asas-asas komposisi, framing dan latihan memperbaiki framing, mengawal kawasan fokus (DOF), mengawal bokeh, dan mengawal highlight.
3.30 pm : Teknik-teknik asas menggunakan flash menggunakan TTL, TTL-BL, Manual dan mengira kekuatan flash yang diperlukan.
4.00 pm : Mengawal kekuatan sudut dan jarak liputan cahaya dari flash dengan mengawal zoom head dan diffusing tools.
4.30 pm : Sesi review

PENYERTAAN MAKSIMUM : 15 orang

Untuk mendaftar :

Buat bayaran deposit (RM100) atau secara penuh (RM200) secara bank-in kepada
a) CIMB Bank : 14260067469523 (Md Adhkhadi Mohd)
b) Maybank : 164052272599 (Md Adhkhadi Mohd)

kemudian sila SMS ataupun email
KELAS FOTO PUTRAJAYA| NAMA | NickName | Jumlah Bayaran | BANK | Tarikh & Masa | No telefon | Email |

kepada 0162371946 / 0123076857 atau jurugambar@adhadimohd.com

bayaran penuh boleh dibuat secara bank-in selewatnya seminggu sebelum tarikh kelas.

14 Responses to “BENGKEL ASAS FOTOGRAFI - PUTRAJAYA, 12 JULAI 2008”

  1. […] BENGKEL ASAS FOTOGRAFI - PUTRAJAYA, 12 JULAI 2008 […]

  2. salam…saya berminat tapi belum dapat confirm lagi boleh attend ke tidak? just nk confirm kalu baru je beli D40 & nk joint kelas ni boleh ke?

  3. Bro Hadi, masukkan saya dalam list reserve boleh tak? kalau sempat saya pergi sebab saya ada di tapak MAHA2008 di MARDI Serdang.

  4. Strongly recommended for all newbie : )

  5. bro tolong reservekan nama saya boleh tak,saya memang nak join

  6. sekiranya peserta tak cukup seperti yang dikehendaki adakah keas ini diiteruskan atau ditangguh kepada hari lain?

  7. Terima kasih atas enkuiri.

    so far alhamdullilah, sambutan menggalakkan. Tinggal beberapa tempat saja yang kosong. Saya kekurangan masa untuk meletakkan satu-satu nama peserta.

    Kepada yang ingin mendaftar, sila telefon dahulu untuk memastikan ada tempat kosong untuk anda. Tempat hanya akan confirm selepas pembayaran deposit dibuat.

    Penyertaan adalah berdasarkan first come first serve basis.

    Terima kasih

  8. ok terimakasih,isnin saya bank in RM450 untuk 2 kelas..harap masih ada kosong

  9. Salam Bro Alhady,

    Tempat ada lagi kosong? Kalau ada lagi, baguslah, saya nak join..Nak belajar pasal DSLR ni..Mekasih..

  10. salam bro,

    saya memang buta pasal kamera. saya mempunyai kamera powershot g6. adakah boleh menghadiri kelas.?

    sekiranya perlu juga membeli DSLR, adakah cukup sekadar body sahaja atau memang perlu beli kit2 yg berkaitan.?

  11. ASSALAMUALAIKUM…saya berminat …masih sempat ke…
    atau fully booked….selain camera, accesories lain kne bawa skali tak…

  12. saya berminat untuk mnghadiri kelas ni tp buat masa ni saya belum memiliki camera dslr.saya gak buntu nak beli camera mana…so bleh ke saya attend kelasa ni tanpa camera dslr

  13. Joe dan Azmi, join je..Selama ni main blaja sendiri je, sekarang baru boleh berguru dengan Bro Alhadi..

    Saya dah daftar..Lamanya nak tunggu hari Sabtu..

  14. saya sangat berminat untuk menyertai kursus asas, walaupun saya pernah mengikuti kursus sebegini di Fototeacher tetapi sudah banyak terlupa sebab kurang membuat latihan,maksud saya bukan ditarikh ini kerana sedang kerja yang sangat penting iaitu ke Pulau Middle rock ,kalau dilain tarikh.kalau bolih bagi tarikh yang akan datang.

Leave a Reply