Adhadi Mohd
Tips Photoshop : Quick Selection Tool
Di dalam bengkel photoshop, biasanya saya menekankan penggunaan Masking berbanding Lasso. Kerana itu saya akan meminta mereka berlatih masking technique seberapa lama yang boleh untuk mendapat kemahiran masking. Manakala kemahiran lasso adalah sesuatu mudah difahami berbanding masking.
Mengapa masking?
Sejak sepuluh tahun yang lepas, saya telah membuat selection/masking dan hand drawn path kepada ribuan gambar dan saya tahu betapa sukarnya membuat selection yang tepat dengan menggunakan lasso. Sedikit kesilapan dan lasso anda hilang, anda perlu melakukannya semula. Sepuluh tahun lepas, masa itu belum lagi ada feature history macam sekarang.
Kerana itu saya mengajar teknik masking dengan terperinci. Kejayaan sesebuah editing kini banyak bergantung kepada masking dan sekiranya anda melihat DVD-dvd instructional photoshop oleh NAPP atau lain lain, meraka akan menekankan penggunaan indestructible editing method, terutamanya photo retouching.
Untuk hari ini saya akan memberikan satu tips lagi. Untuk mempercepatkan selection, anda boleh menggunakan teknik Quick Selection Tool. Tool ini tersimpan dalam tempat yang sama quick wand disimpan. Selepas anda mendapat selection yang major, anda boleh refine selection anda menggunakan lasso atau masking, terpulang kepada kesukaan anda.
Saya mengajak anda mencuba sendiri tool ini. Anda pasti menyukainya.
Ingin lebih maklumat?, sila pilih artikel ini:
| Print article | This entry was posted by Adhadi Mohd on December 7, 2009 at 10:36 am, and is filed under Teknik Fotografi. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 9 months ago
Quick selection ini ada dalam CS4 saja ke?
about 9 months ago
quick selection ni dah ada sejak cs3 lg. just nak tambah option yg leh guna seperti extract yang hampir sama sedikit function mcm masking.