Adhadi Mohd
Tips memilih dan menggunakan UV Filter
Untuk yang tertanya-tanya apakah kegunaan dan khasiat UV filter yang biasa kita beli dari kedai kamera, berikut adalah beberapa fakta yang boleh membantu anda..
1. Filter UV boleh mengurangkan kesan samar akibat cahaya Ultra violet
2. Filter UV boleh mengurangkan masalah purple fringe
3. Filter UV selamat digunakan untuk semua rakaman tanpa perlu dibuka, kerana ia tidak menapis cahaya yang kelihatan.
4. Filter UV boleh melindungi kaca hadapan lensa anda sekiranya terjatuh atau terlanggar benda keras yang boleh mencalarkan lensa anda.
5. Anda boleh membersihkan filter tanpa perlu risau mencalarkan coating pada lensa.
6. Filter boleh melindungi kaca lensa anda dari hakisan oleh pasir.
Untuk memilih UV filter
1. UV filter tak semestinya mahal… sedikit protection pada lensa anda pun sudah membantu banyak….
2. Harga uv filter boleh diperolehi dari RM50 hingga RM500 mengikut jenis dan berkualiti
3. Filter yang baik kelihatan cerah dan jelas tanpa sebarang pengurangan cahaya atau perubahan warna seperti HOYA HD filter.

Ingin lebih maklumat?, sila pilih artikel ini:
| Print article | This entry was posted by Adhadi Mohd on February 6, 2010 at 10:16 am, and is filed under Teknik Fotografi. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |













about 4 months ago
salam. nk tny blh emel syr price utk filter HOYA HD .