Ramai pemilik kamera baru yang suka mengatakan kameranya tidak baik dan percaya kamera kawan-kawan mereka lebih baik.

saya tertarik dengan trend dan konsep yang salah ini. Sekiranya anda salah seorang seperti diatas:

1. Menukar sistem takkan menyebabkan gambar anda lebih baik period.

2. Menukar sistem cuma akan menyebabkan anda mengambil gambar lebih kerap, sehingga anda kembali bosan dengan kamera anda.

3. Sistem baru anda takkan menyebabkan gambar yang diambil, mempunyai nilai-nilai fotografi seperti kekemasan framing atau depth control ataupun warna yang menarik.

Untuk mengelakkan dari sindrom suka tukar sistem ini

1. Cuba lihat gambar-gambar dari flickr atau pbase,  anda akan dapati ada banyak gambar-gambar yang baik dari kamera anda.

2. laburkan wang anda pada lensa. Sebagai contoh lensa ULTRA WIDE ANGLE akan memberikan ruang kreatif yang baru untuk anda.

3. laburkan wang anda pada perjalanan ke tempat-tempat menarik seperti bali atau guiling china supaya anda akan dapat merakam dunia dalam perspektif baru.

Dan setelah anda dapati kamera anda telah memberikan halangan untuk anda lebih kreatif seperti frame per second atau kurang pixel (mungkin anda perlu hantar gamabr ke stock photo agensi yang memerlukan pixel yang lebih besar untuk pasaran yang lebih, hakikatnya pixel selalunya kurang menjadi masalah), ataupun masalah dengan kamera anda terlalu ringan atau terlalu lambat nak access sebarang parameter didalamnya, then itu adalah masa untuk anda upgrade.

Ingin lebih maklumat?, sila pilih artikel ini:

  1. Tips Foto : Depth Of Field Secara Ringkasnya
  2. Tips Photoshop : Tukar Gambar warna ke Black & White
  3. Rakam bayi anda dirumah, dengan hasil seperti studio foto!
  4. Merakamkan Details Dalam Gambar
  5. Tips Lightroom : Delete Gambar dengan Pantas