Berikut adalah tips-tips yang perlu diketahui jurufoto supaya dapat merakam potret dengan lebih baik

Samada anda seorang jurufoto fesyen, wedding, potret korporat mahupun potret keluarga sendiri dan rakan-rakan, anda akan berhadapan dengan beberapa rintangan sebelum mendapatkan potret yang baik.
Antara tips pertama yang boleh saya sampaikan ialah, BINA HUBUNGAN BAIK DAN SALING PERCAYA dengan subjek potret anda.

Untuk membina hubungan ini, pertama sekali anda perlu fahami mengapa ramai orang tidak mahu mengambil gambar potret sendiri. Sebabnya ialah mudah, mereka sendiri mempunyai rasa takut berdepan dengan gambar yang bakal dipamer, kerana mungkin akan mempamerkan kekurangan pada tubuh badan dan paras mereka. Sekiranya dalam masyarakat melayu, mereka akan memberikan alasan seganlah, tak lawalah, tak cantik lah. Kanak-kanak tidak mempunyai masalah ini kerana mereka belum mempunyai pengetahuan tentang bagaimana rupa mereka akan memberi impak pada pandangan orang lain. Dan orang yang sangat tua juga biasanya tidak kisah tentang potret mereka dirakam kerana mereka telah matang dan telah menerima keadaan ini.

Meyakinkan subjek tentang perancangan anda boleh membantu anda mendapatkan imej yang anda perlukan.

Meyakinkan subjek tentang perancangan anda boleh membantu anda mendapatkan imej yang anda perlukan.

Biasanya kategori remaja dan dan dewasa, akan sangat mengambilkira bagaimana rupa mereka yang akan dirakamkan. Memahami perkara ini, boleh memberikan anda ruang untuk memilih strategi yang sesuai bagaimana untuk berkomunikasi dengan mereka, untuk mendapatkan potret yang baik.

Selain mempunyai teknik-teknik penggayaan dan pencahayaan yang baik, anda juga perlu mempunyai teknik komunikasi yang baik supaya dapat bergaul dengan subjek.

ligh-tone-in-portrait

Anda perlu berkomunikasi dengan subjek untuk mendapatkan kerjasama yang baik

berikut adalah tips untuk anda.

  1. Sapa dengan mesra pada pertama kali anda berjumpa. Bersalaman adalah satu idea yang baik. Kadangkala anda perlu menyentuh subjek seperti membetulkan kolar atau tudung, ini merupakan satu pencerobohan ruang peribadi mereka dan bersalaman boleh menjadi satu daya pertama untuk merapatkan diri dengan mereka. Apabila bersalaman juga pastikan anda memandang mata mereka dan memberikan pandangan kemesraan yang ikhlas.
  2. jaga pakaian anda dan seeloknya mengikuti trend subjek. Sekiranya subjek seorang ahli politik malaysia, berpakaian kemas dan formal boleh membantu mereka merasa selesa dengan anda. Sekiranya anda merakam seorang pekerja kilang atau sebagainya, pakailah secara kasual, jean dan tshirt, mereka akan lebih selesa dengan anda.
  3. Panggil mereka dengan nama panggilan mereka yang biasa. Bagaimana didalam peradaban melayu, panggilan boleh menjadi satu isu yang besar, panggilan hormat seperti Datuk, pakcik, makcik lebih elok digunakan sekiranya subjek lebih tua dari kita atau sememangnya berpangkat tinggi seperti Datuk. Sekiranya mereka sebaya, anda sentiasa boleh menggunakan nama mereka dan menggunakan ayat ayat yang lebih mesra berbanding ayat yang terlalu skema. Sebagai contoh, berbanding anda mengucapkan “Harap Tuan dapat bergerak ke kanan sedikit”, anda boleh ucapkan “fauzi, rapatkan dgn Ina, bagi mesra sikit”
  4. Puji subjek. Puji dengan ikhlas. Jangan puji berlebihan tetapi puji perkara yang menyenangkan pada subjek, terutamanya sesuatu yang menggambarkan kematangan pilihan mereka. Sebagai cth, anda boleh menggunakan “cantik baju ni.” , “warna yang cantik, sesuai cuaca hari”. Elakkan memuji fizikal atau rupa kerana kadangkala mereka tidak menyukai apa yang anda puji. Sekiranya anda tidak dapat menemui sesuatu yang menyenangkan tentang subjek anda, katakan salam saja.. selamat pagi atau selamat datang. Bagaimanapun, sekiranya anda tidak mampu menemui sebarang perkara yang menyenangkan bagi setiap subjek anda, anda tidak harus merakam potret kerana potret adalah PERKHIDMATAN UNTUK MANUSIA!!
  5. Sentiasa bercakap dengan subjek anda. libatkan mereka dalam proses fotografi. Sekiranya mereka menjalankan apa yang anda suruh walaupun kecil, ucapkan terima kasih. Selalunya saya akan menerangkan kepada subjek apa yang saya ingin capai dan biasanya mereka lebih senang begitu.
Sapaan pada pertama kali boleh menentukan samada sesi potret anda akan berjaya atau tidak..

Sapaan pada pertama kali boleh menentukan samada sesi potret anda akan berjaya atau tidak..

terima kasih

Ingin lebih maklumat?, sila pilih artikel ini:

  1. Tips Potret : Tambahkan kekuatan potret dengan bentuk cahaya pada mata (catch light)
  2. Tips Potret : Setup Asas Pencahayaan Untuk Potret
  3. Teknik Asas Menggunakan flash
  4. Teknik mengambil foto potret dirumah
  5. Tips Foto : Cahaya Lembut untuk potret