Adhadi Mohd
Masih tentang perang harga?
Dalam kalangan jurugambar perkahwinan, perang harga sangat sibuk diperkatakan. Topik ini muncul dari dulu lagi.
Anda tidak boleh kata orang lain bunuh market hanya kerana mereka meletakkan harga lebih rendah dari anda.
Realitinya jurugambar professional juga meletakkan harga rendah/percuma bila ada keuntungan yang dilihat dari sudut lain. Cthnya promosi, ambil gambar artis contohnya.
Saya ingin memberikan beberapa point yang dapat saya fikir, mengapa ramai orang ingin jadi wedding photographer
1. Harga kamera sangat murah. RM1600 sudah dapat d40.
2. Kamera DSLR mudah dikendalikan. Hasil dari mode P seakan-akan professional.
3. Ramai orang sudah sukses dengan menjadi jurugambar perkahwinan dan ada yang sudah jadi jutawan
4. Kerja Photographer boleh bawa anda berjalan keseluruh malaysia, dapat flight ticket free, bilik hotel free… jalan-jalan free
5. Kerja 1 hari sudah boleh dapat ribuan ringgit
6. Anda boleh mingle-mingle dengan high society
Dan saya ingin memberikan beberapa buah fikiran bagi melengkapi pandangan singkat anda
1. Harga kamera sangat murah. RM1600 sudah dapat d40.
Ingat juga anda perlukan unit flash, unit backup, tele foto lens, fast lens, tripod, memori kad yang bagus, memori kad reader, dvd burner, harddisk yang banyak, komputer yang hebat dsb. Anda juga perlukan perisian-perisian yang tak kurang mahalnya.
2. Kamera DSLR mudah dikendalikan. Hasil dari mode P seakan-akan professional.
P cuma berfungsi dalam 1-2 keadaan yang mudah sahaja. Dalam 99 situasi lain anda harus cekap mengendalikan kamera anda dan keseluruhan sistem anda. Learning curve anda boleh jadi cepat atau lambat. Sebagai contoh, apa akan anda buat di dalam rumah kayu yang silingnya hitam dan dindingnya mahogany? Dan bagaimana shoot group foto 100 orang dalam dewan dengan seunit flash. keadaan ini semua menuntut kemahiran dalam fotografi.
3. Ramai orang sudah sukses dengan menjadi jurugambar perkahwinan dan ada yang sudah jadi jutawan
berapa ramai jutawankah yang anda kenali? Walaupun saya berbunyi skeptikel, tetapi saya sekadar ingin anda memikirkannya. Memang ramai yang boleh earn ribuan ringgit sebulan. Malah ramai pernah mendapat 5 angka sebulan. Tetapi harus diingat berkerja pun perlu kuat. Kalau anda fikir ini jalan singkat, anda salah. Bila anda seorang peniaga, anda perlu berusaha jauh lebih kuat dan jauh lebih memenatkan dari kerja anda sekarang. Saya akan berikan tips, pengusaha MLM lebih ramai yang jutawan dari menjadi jurugambar. Dan anda perlu ingat juga, sehebat manapun anda, satu hari ketika anda sakit atau sudah tidak berupaya, anda tidak akan berupaya merakam gambar lagi. Adakah pekerjaan ini yang akan anda jadikan sumber utama pencarian anda? fikirkan lagi.
4. Kerja Photographer boleh bawa anda berjalan keseluruh malaysia, dapat flight ticket free, bilik hotel free… jalan-jalan free
Betul, tetapi anda perlu bekerja bukan berjalan2.
5. Kerja 1 hari sudah boleh dapat ribuan ringgit
Tidak. Anda perlu membuat editing juga. Malah jangan lupa proses marketing dan pengiklanan perniagaan anda. Ini semua menuntut masa dan kemahiran dalam bidang bidangnya.
6. Anda boleh mingle-mingle dengan high society
Sekali lagi, anda disitu untuk berkerja.
7. Kawan anda kata gambar anda cantik.
Output kepada customer wedding bukan sekadar cantik, tapi meliputi keseluruhan isi kandungan wedding berkenaan. Ini satu tanggungjawab yang berat. Kerja jurufoto juga kadangkala menuntut anda supaya bertindak sebagai penasihat kerana anda berada didalam situasi tersebut. Skill komunikasi dan kematangan juga amat diperlukan.
Menjadi jurugambar wedding bukan kerja yang mudah. Saya pernah didatangi oleh seorang pelajar berumur 18 tahun yang ingin belajar fotografi kerana ingin jadi jurugambar perkahwinan yang berjaya. Niat ini baik tetapi bermula bukan kerana minat, tetapi hanya kerana ingin mendapatkan perkerjaan. Agak sukar beliau akan sustain dalam bidang ini kalau tiada minat.
Dan dari pengalaman saya, anda tidak seharusnya jadi jurugambar berbayar selagi tidak faham bagaimana mengawal dengan tepat dedahan anda, kuasa flash anda, bagaiamana pose kan subjek dan banyak lagi.
Tujuan saya menulis perkara ini adalah memberikan anda sumber untuk dipertimbangkan. Bukan semua bunga mekar ditaman tu, harum baunya. Saya ingin lihat anda berjaya. Tetapi fikirlah masak-masak sebelum memilih dan menetapkan sesuatu.
ini pendapat saya saja. Betul atau tidak itu waulahuallam. Kalau ada silap dan salah harap dapat betulkan.
Ingin lebih maklumat?, sila pilih artikel ini:
| Print article | This entry was posted by Adhadi Mohd on September 9, 2009 at 2:05 am, and is filed under Teknik Fotografi. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 12 months ago
very nice point of view…!! i agree with u bro! this is a philosophy talk!
about 12 months ago
nice info cekgu.
buat mereka yang tgh mimpi di luar sana tersedar.
termasuk saya!
about 12 months ago
Terima kasih sifu dgn info yang sangat berguna ini.
about 12 months ago
Saya setuju dengan pendapat cikgu..
Apa yang penting adalah memupuk minat sehingga betul2 sebati dalam diri kita..jiwa tu kene ada..heheh
about 12 months ago
terima kasih. Nak buat sesuatu kalau nak berjaya mesti ada minat dan yang paling penting, usaha tu mesti berterusan. Banyak cabaran menanti.
about 11 months ago
saya sokong 100% untuk entri ini..bukan mudah nak galas tanggungjawab merakamkan detik2 indah yang datangnya hanya sekali seumur hidup (wedding). dan keyakinan daripada orang sekeliling pun tidak mencukupi sekiranya diri fotografer itu tidak begitu yakin untuk melaksanakan tugasan ini
about 8 months ago
Saya menjumpai blog anda sewaktu sdg meng’google’. Saya sangat bersetuju dengan point2 yang blogger ketengahkan. Bukan senang ingin jadi photographer. tidak semudah yang kita fikirkan. Saya sebagai freelance photographer yg hampir 3 tahun ni terasa kepayahannya bagaimana ingin melengkapkan tools tambahan untuk dslr, editing dan promosi. Untuk membahagikan pekerjaan tetap dan sampingan bagi saya memerlukan kekuatan dalaman dan fizikal yg tinggi.
about 7 months ago
nasihat yang sangat berguna untuk saya.terima kasih