Adhadi Mohd
Kenali Lensa-lensa Fotografi
Serba Sedikit tentang lens.
Ultra Wide Angle Lens (UWA)
1. Ultra wide angle berguna untuk kawasan yang ruangnya terhad.
2. Kebiasanya Ultra Wide Lens adalah dari 14mm hingga 21mm sekiranya menngikut kiraan 35mm.
3. Salah satu sebab penggunaan ultra wide angle ialah untuk memanipulasikan perspektif, ia membesarkan segala yang dekat pada kamera dan mengecilkan segala yang jauh dari kamera. Herotan (distortion) ini boleh memberikan impak kepada penonton.
4. Didalam rumah , UWA boleh memberikan anda imej keseluruhan bilik tanpa herotan yang ekstrem. Bagaimanapun anda akan melihat hujung bilik mengecil dan lantai akan kelihatan mengherot.
5. UWA boleh digunakan untuk menambah perasaan jarak kejauhan pada penonton
6. UWA boleh digunakan untuk mencipta gambar potret karikatur.
7. UWA tidak berfungsi begitu baik dengan filter polarizer. Hasilnya adalah kesan yang tidak rata.
8. Elakkan menggunakan aperture yang paling kecil walaupun ia memberikan Depth of field yang paling besar kerana ia akan memberikan imej yang lembut (softer image)
Lensa Telefoto
1. Telefoto membenarkan anda merakam subjek yang berada jauh, dengan membesarkan segala pandangan di hadapan anda.
2. Telefoto adalah lensa yang lebih panjang dari standard lensa.
3. Telefoto akan memberikan kesan yang lebih baik untuk potret berbanding wide angle lens yang akan memberikan kesan herotan.
4. Lensa pada fokal length 80-150mm pada 35mm format dikategorikan sebagai lens yang ideal untuk potret.
5. Lensa telefoto akan mengkompres jarak antara elemen yang berjauhan didalam imej.
6. Telefoto boleh melembutkan latarbelakang dengan membiarkan latar berada dalam out of focus.
7. Telefoto boleh memberikan kesan herotan pada saiz dan menyebabkan kita tidak tau saiz sebenar subjek depan dan subjek belakang.
8. Telefoto boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan dengan mengfokus kearah itu sahaja.
9. Apabila menggunakan lensa telefoto dengan tripod, mount pada lens menggunakan tripod collar. Ia akan memberikan keteguhan yang lebih baik.
10. Menggunakan Lensa telefoto pada APS-C sensor, anda akan mendapat telefoto yang lebih panjang. Sebagai contoh, 200mm pada d300 akan memberikan perspektif 350mm mengikut kiraan 35mm format.
Ingin lebih maklumat?, sila pilih artikel ini:
| Print article | This entry was posted by Adhadi Mohd on August 24, 2009 at 2:45 pm, and is filed under Teknik Fotografi. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.
Rakam bayi anda dirumah, dengan hasil seperti studio foto!
about 3 months ago - 1 comment
Berita ini mungkin berita sedih untuk jurufoto professional, tetapi untuk anda, peminat fotografi yang tidak berhasrat untuk melabur berpuluh ribu ringgit untuk membina studio foto yang lengkap, ini merupakan berita yang sangat mengujakan. Anda tidak perlu lagi melabur ribuan ringgit untuk membeli lampu studio sebaliknya dengan flash kecil anda, anda boleh menghasilkan gambar yang baik.
Gambar-gambar dari outing taman burung 25hb April 2010
about 4 months ago - No comments
Salam semua. Syukur Alhamdulilah aktiviti kita pada ahad lepas telah pun berjaya dijalankan. Cuaca pun sangat baik dengan cahaya yang banyak.. ramai kawan-kawan baru yang saya perolehi. Malah ada yang menjadi prospek selepas selsesai sesi tersebut. Terima kasih yang tak terhingga pada tuan shamshahrin, biscotz, honeywati, tasce, alfie dan lain lain yang turut menjayakan aktiviti
Pentingkah IS atau VR pada Lensa?
about 9 months ago - No comments
Image stabilisation dan vibration reduction merupakan satu ciri penting yang semakin mendapat tempat untuk peminat DSLR. Apakah maksud terma terma ini? Image stabilisation = penstabil imej ; terma yang digunakan oleh canon Vibration reduction = pengurang gegaran ; terma yang digunakan oleh nikon. Kedua terma ini membawa pengertian yang sama iaitu ia merupakan satu ciri
BENGKEL DECEMBER 2009
about 9 months ago - 1 comment
Salam, berikut adalah update bengkel. Pada 5 December 2009 akan di adakan Kursus Digital Fotografi (Asas + Lanjutan) Asas 80%, 20% adalah teknik lanjutan Bertempat di Putra Heights. Harga : RM450.00 Pada 6 Dec pula akan diadakan Bengkel Teknik Pro Flash. Juga bertempat diputra heights. Harga : RM350.00 CARA MENDAFTAR : Cara mendaftar : 1.
Fatin Hasnan
about 9 months ago - 2 comments
Dan lagi gambar. Saya tak berapa shoot sangat kerana kebanyakan masa menggunakan kamera dari student, untuk meyakinkan mereka. Ingin lebih maklumat?, sila pilih artikel ini:Teknik Smart Sharpen Dalam Photoshop Bagaimana memastikan sensor anda telah kotor? Sekitar Kursus Asas Fotografi 17 & 18 October 2009 Penyuntingan Photoshop Masih tentang perang harga?
KURSUS SINGKAT FOTOGRAFI DIGITAL | 22 NOV 2009
about 10 months ago - 1 comment
Kursus ini semakin mantap setelah berevolusi selama 2 tahun. Kini kami menawarkan kursus yang lebih singkat dan mudah difahami. Silibus dan teknik latihan praktikal dalam kursus ini pastinya akan memberikan anda peluang untuk memahami sendiri elemen kekunci dalam fotografi. Kursus Fotografi Digital yang seterusnya akan di adakan di luar kelas sepenuhnya. Peserta hanya terhad kepad
Mengenal White Balance
about 10 months ago - No comments
Asas untuk mendapatkan warna yang tepat adalah dengan menggunakan white balance yang betul. Proses ini ialah proses untuk mengurangkan warna didalam cahaya yang menerangi subjek supaya kelihatan seperti subjek berada didalam cahaya siang. Auto White balance merupakan proses automatik untuk menentukan warna dalam imej. White balance preset (Daylight, flouroscent, incandescent, flash, cloudy, shade) ) digunakan
Sekitar Kursus Asas Fotografi 17 & 18 October 2009
about 10 months ago - 3 comments
Alhamdullilah, atas keizinan-Nya Kursus yang sekali lagi dianjurkan oleh MYFOTOZONE ini boleh dikatakan berjaya dengan kehadiran peserta-peserta yang sungguh berdedikasi untuk memajukan diri dalam ilmu fotografi. Kursus ini diadakan pada 17 dan 18 october 2009, bertempat di Kompleks 3C, MPSJ, Bandar Sunway. Berikut adalah gambar-gambar sekitar kursus. Nak tengok gambar banyak lagi ada kat sini
Ulasan – Nikon D3000
about 11 months ago - 18 comments
Semalam saya menerima unit Nikon D3000 yang baru dilancarkan oleh Nikon. Sekilas pandang, kamera ini memang agak kecil dan comel dan memang sudah dijangka yang kamera ini bakal menggantikan Nikon D60 yang agak popular sebelum ini. Sekali kamera ini berada diatas tapak tangan saya, terasa amat ringan dan pasti tidak akan menjadi beban sekiranya perlu
Teknik Sunny 16 – Mengapa & Bagaimana
about 11 months ago - No comments
MENGAPA ANDA PERLU MAHIRKAN DIRI DALAM SUNNY 16? Panduan Sunny 16 telah wujud berpuluh-puluh tahun dan dengan memahami panduan ini, ia akan membantu anda untuk memahami dan mendapatkan dedahan yang baik. Berikut adalah contoh situasi dimana sunny 16 boleh membantu anda. Dalam kebanyakkan keadaan, pengunaan mod semi auto didalam kamera, atau full auto sudah mencukupi.



about 12 months ago
macam mana ngan prime lense?