Salam.. baru-baru ni, kita dikejutkan oleh remark yang dibuat oleh salah seorang jurugambar ternama tanahair. Pencapaian jurufoto ni, memanglah membanggakan, memang bagi orang lain, memang lah tak menyenangkan pencapaian seperti ni.

Saya mengenali jurufoto ini secara peribadi, saya banyak terlibat dalam forum yang diasaskan beliau. Memang banyak aktiviti yang saya jalankan melalui platform ini. Samada belajar atau mengajar, banyak pencapaian yang saya capai atas platform ini. Namun begitu, tak semua yang saya jalankan dan rancangkan, lancar sentiasa.

Saya berkali-kali berselisih pendapat dengan beliau tentang beberapa perkara, tentang kursus, tentang ebook, tentang forum, tentang blog dan entah hapa hapa lagi lah.. Beberapa teman pastinya mengetahui betapa saya kecewa apabila apa yang saya usahakan mendapat tentangan beliau kerana pendapat yang berbeza. Namun mengetahui bahawa saya cuma menumpang di tanah orang, saya mengambil keputusan untuk menjalankan aktiviti saya atas forum nama yang lain iaitu DuniaFotografi.com.

Alhamdullilah Duniafotografi.com semakin maju hari ini. Lebih ramai yang mengikuti perjalanan dan kadar aktiviti pun meningkat. Saya cuba tidak menjadi beliau dengan mengadakan kekangan dalam forum ini. Bagaimanapun lama-lama saya realize yang sedikit kawalan perlu juga diadakan. Ramai orang dalam dunia ni dan tak semuanya jujur berniaga.

Baru baru ini kita dikejutkan dengan remark yang dibuat beliau berikut pertanyaan Direct Flash oleh press. Remark beliau memang sarcastic dan kalau saya press, memang akan rasa terhina.. especially press local media.  Tetapi yang lebih mengejutkan adalah kesinambungan dari peristiwa itu, satu group ditubuhkan di facebook untuk membenci beliau.. secara public… secara besar-besaran!

Banyaklah cerita yang keluar dari group ini. Saya fikir, kalau mereka tahu warna seluar dalam jurufoto ini pun akan keluar dalam group ini.

Kewujudan group ini membuatkan saya tertanya-tanya, mengapa isu kalimah Allah dan isu Pembakaran  surau mudah saja dimaafkan oleh orang melayu sedangkan perkara yang satu ini diperbesarkan.  Ramai yang mengeluarkan cerita lama dan mengaku tidak hasad dan dengki, sedangkan apa yang berlaku ialah mereka umpama mencurah petrol dalam api, mengapi-apikan apa yang terjadi.

Kalau tak suka apa yang jurufoto ini buat, anda sebenarnya boleh terus jumpa dan luahkan kepada beliau. telefon sajalah.. Ada yang mengaku dimaki hamun jurufoto ini tetapi mengatakan mereka cuba bersabar kerana tidak mahu menjadi seperti beliau, tetapi kemudian menulis dalam blog offer yang pernah jurufoto ini berikan. Pada saya tindakan macam ini sebenarnya lebih kejam kerana tidak beri peluang pada orang lain menebus kesilapan.

Anda kena ingat, hari ini kita buat orang, orang akan buat semula pada kita. Aniaya orang dan orang lain akan aniaya kita semula. 1 keburukan orang lain, walau kita ceritakan, akan jatuh semula pada kita. Jangan kerana sesuatu yang remeh temeh, kita hancurkan kehidupan orang lain. Sebaiknya bersabarlah dan jadilah pemaaf. Itu lebih baik.

Mungkin ada yang rasa saya tidak layak menulis seperti ini kerana tidak pernah merasa seperti mereka yang kononnya dianiaya….

Tanya diri anda.. apa kesan penganiayaan mereka kepada anda, dan adakah anda berlaku adil kepada beliau… siapa menganiaya siapa?

Jadilah insan yang adil bila berbicara.. sedikit kita tambah rasa benci.. ia akan menular macam api.. sebaliknya jika kita pemaaf, memelihara aib orang, samada betul atau tidak orang itu betul aib, Insya Allah bila tiba masanya Allah akan pelihara aib kita waktu kita memerlukannya.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Ingin lebih maklumat?, sila pilih artikel ini:

  1. Hendak edit atau tidak?
  2. Fotografi, bolehkah anda belajar sendiri?
  3. Teknik Asas Potret – Hubungan dengan Subjek
  4. Perlukan lebih maklumat?
  5. Masih tentang perang harga?