Biasanya jurufoto akan memilih focal length dahulu apabila membeli lens. Selalunya mereka akan menanyakan apa lens paling wide atau paling jauh boleh zoom iaitu telefoto. Bagaimanapun ada masanya, jurufoto memerlukan lebih dari focal length, mereka memerlukan lens yang mempunyai aperture yang besar supaya mereka boleh merakam dengan mudah dalam situasi cahaya kurang.

Dengan aperture yang besar, anda tidak memerlukan ISO yang tinggi dan risau tentang noise, dan anda tidak memerlukan tripod yang sukar dibawa kemana-mana.

Contoh fast lens yang paling rendah harganya ialah 50mm 1.8. Lensa ini merupakan lens standard bagi kebanyakan kamera. Lens ini boleh diperolehi dari serendah RM300.

Fast Lens - Mempunyai Aperture Besar

Fast Lens - Mempunyai Aperture Besar

Hasil dari fast lens Canon 50mm 1.8 II

Bokeh yang lembut dan keupayaan dalam low light

Bokeh yang lembut dan keupayaan dalam low light

Ingin lebih maklumat?, sila pilih artikel ini:

  1. Tips Lightroom : Delete Gambar dengan Pantas
  2. Tips Low Light: ISO Tinggi
  3. Lagi tentang Exposure
  4. Memahami Depth Of Field
  5. Kenali Lensa-lensa Fotografi