Adhadi Mohd
Posts tagged teknik photoshop
Tips Photoshop : Quick Selection Tool
Dec 7th
Di dalam bengkel photoshop, biasanya saya menekankan penggunaan Masking berbanding Lasso. Kerana itu saya akan meminta mereka berlatih masking technique seberapa lama yang boleh untuk mendapat kemahiran masking. Manakala kemahiran lasso adalah sesuatu mudah difahami berbanding masking.
Mengapa masking?
Sejak sepuluh tahun yang lepas, saya telah membuat selection/masking dan hand drawn path kepada ribuan gambar dan saya tahu betapa sukarnya membuat selection yang tepat dengan menggunakan lasso. Sedikit kesilapan dan lasso anda hilang, anda perlu melakukannya semula. Sepuluh tahun lepas, masa itu belum lagi ada feature history macam sekarang.
Kerana itu saya mengajar teknik masking dengan terperinci. Kejayaan sesebuah editing kini banyak bergantung kepada masking dan sekiranya anda melihat DVD-dvd instructional photoshop oleh NAPP atau lain lain, meraka akan menekankan penggunaan indestructible editing method, terutamanya photo retouching.
Untuk hari ini saya akan memberikan satu tips lagi. Untuk mempercepatkan selection, anda boleh menggunakan teknik Quick Selection Tool. Tool ini tersimpan dalam tempat yang sama quick wand disimpan. Selepas anda mendapat selection yang major, anda boleh refine selection anda menggunakan lasso atau masking, terpulang kepada kesukaan anda.
Saya mengajak anda mencuba sendiri tool ini. Anda pasti menyukainya.
Tips Photoshop – Langit Biru
Nov 8th
Beberapa post yang lepas saya ada menyebut tentang circular polarizer. Salah satu alternatif untuk memekatkan langit biru ialah dengan menggunakan teknik gradient di dalam photoshop. Berikut adalah langkah-langkah secara visual yang mudah untuk anda ikut.
Anda juga boleh layari rakaman video proses ini di http://www.youtube.com/watch?v=MBX_DQhqq-4
Landscape – HDR painting
Sep 12th
Semalam saya sempat mengambil sedikit landscape.. Ingatkan nak buat time lapse photography. Tapi cuaca terlalu panas dan saya pun bukannya boleh tunggu lama sangat.. setting asal 1000 frame, baru 100 saya dah stopkan.
Kemudian ambil 3 frame dalam bentuk bracketing untuk HDR. Hari ni cuba buka dalam Photoshop Photo To Merge function. Tapi terlalu leceh nak setting. Last last buka dalam Topaz adjust… senang jer.. seminit dah siap. Tak payah merge 3 frame pun.
Probably kalau saya rajin sikit merge 3 frame tu guna masking dalam photoshop, mungkin hasilnya lebih baik.
Then saya terfikir nak mencuba teknik painting. Tahun lepas saya pernah post teknik painting ni dalam photoskool. Masa tu saya menggunakan teknik pattern stamp. Senang jer teknik pattern stamp tu.Tapi lecehnya masa nak memberus semula. Ambil masa juga.
Tapi kali ni saya nak cuba lain sikit. Dalam 10 minit editing .. walla.. ini hasilnya.






















