Untuk Family shooter, ini tips untuk anda.

Anda tidak perlu berhabisan beribu-ribu ringgit untuk membeli lampu studio. Cukuplah dengan sumber matahari yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana lampu pun dalam dunia ni.

Gambar 1 : Hasil menggunakan cahaya asli
Gambar 2 : Set up untuk foto diatas.

tips :
1. Cahaya pagi dalam pukul 10am dan mendung, biasanya boleh memberikan cahaya yang sangat lembut untuk portrait.
2. Cari kawasan tertutup, seperti dalam bilik, dan buka tingkap untuk beri cahaya masuk untuk mendapatkan cahaya yang sangat lembut. Meletakkan subjek dalam kawasan tertutup memberi anda peluang bermain dengan shadow dan highlight.
3. Gunakan lensa pantas seperti 50mm f1.8 untuk mendapatkan contrast dan warna yang optima.
4. Gunakan aperture dalam f2.8 – f4 kerana anda mungkin kekurangan kekuatan cahaya. Anda mungkin perlu menggunakan ISO400.
5. ISO yang terlalu tinggi seperti 1600 akan menyebabkan noise yang tidak menarik pada kulit bayi. Anda perlu mengelakkan noise ini kerana ia akan kelihatan tidak natural pada kulit bayi yang selalunya lembut dan licin.
6. Letakkan wajah bayi berhadapan dengan sumber datangnya cahaya untuk mendapatkan luminasi cahaya yang baik pada wajah, terang dan menarik.
7. Letakkan wajah bayi bersetentangan dengan sumber datangnya cahaya untuk mendapatkan rimlight.

Baby Luftiah

Baby Luftiah

Setup yang digunakan. Tiada cahaya strobe diperlukan

Setup yang digunakan. Tiada cahaya strobe diperlukan

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)