Adhadi Mohd
Posts tagged lighting
Tips Kreatif : Potret Karikatur
Aug 25th
Ramai kartunis menggunakan teknik ini untuk memberi kelainan dalam karya mereka.
Di dalam fotografi kita boleh menggunakan Ultra Wide Angle Lens dan Sudut pandangan tinggi untuk menghasilkan gambar seperti itu.
Didalam gambar ini, kesan herotan ini dipanggil sebagai Perspective distortion di dalam fotografi. Sesetengah jurufoto memanggil dengan nama, portrait distortion.
Anda akan mendapat kesan yang lebih menarik sekiranya menggunakan Fish Eye Lens.
Tips Portrait Outdoor : Gunakan Gold Reflector
Aug 25th
Salah satu cara untuk menambahkan impak potret adalah dengan menggunakan pencahayaan sisi dan warna suam.
Di dalam gambar dibawah, saya menggunakan Cahaya lembut matahari untuk menyinari sebelah sisi kanan wajah subjek, dan menggunakan Reflector emas untuk menyinari sisi sebelah kiri subjek.
Pencahayaan sisi akan memberikan impak dimana ia akan menyerlahkan sifat subjek.Pencahayaan sisi diatas lebih kepada untuk menyerlahkan rambut subjek dan memberikan mood suam pada subjek. Penggunaan relfector gold memberikan cahaya emas yang setara dengan cahaya asal dari matahari pada ufuk.
Sila rujuk gambarrajah untuk penggunaan relfector tersebut.
Untuk memahami fotografi dengan lebih tepat, saya menyarankan anda mengikuti kursus ini
Teknik Asas Menggunakan flash
Aug 18th
Flash unit yang juga dikenali sebagai speedlite, merupakan sumber cahaya artificial yang sangat berguna untuk jurugambar. Flash unit yang ada terbina pada badan kamera tidak dapat memberikan hasil cahaya yang lembut kerana tidak boleh bounce.
1. Asas penggunaan flash adalah untuk mengisi ruang gelap pada sesuatu subjek akibat ketiadaan cahaya. Konsep ini dipanggil fill in flash.
2. Fill in selalu kita gunakan apabila matahari terik dan mengurangkan masalah mata subjek berada dalam gelap.
3. Anda boleh menggunakan direct flash untuk fill in. Penggunaan diffuser boleh membantu. Mode TTL – BL adalah mod paling mudah untuk mendapatkan cahaya flash yang sekata dengan cahaya ambience. Bagaimanapun berhati-hati dengan mode Aperture priority kerana aperture yang terlalu besar seperti f2.8 atau f4 akan menyebabkan metering terpaksa menggunakan shutter speed yang lebih laju dari flash sync speed (kebiasaannya 1/250s) , Shutter speed yang lebih laju akan menyebabkan cahaya flash tidak memberi kesan ataupun hanya kelihatan separuh.
4. Flash juga boleh digunakan untuk memberikan catch light pada mata. Gunakan kad pemantul putih untuk kesan yang lebih baik.
5. Apabila berada di dalam rumah atau indoor, kita mempunyai peluang untuk melembutkan cahaya dengan memantulkan cahaya pada dinding atau syiling rumah yang berwarna putih atau cerah. Permukaan siling/dinding yang berwarna akan menyebabkan color cast pada subjek.
Berikut adalah contoh penggunaan flash direct, bounce 45 darjah dan bounce ke belakang.

Flash - Direct
FLASH DIRECT.
Flash direct akan memberikan warna yang paling cerah dan detail yang paling lengkap, bagaimanapun cahaya yang diberikan adalah agak berkilauan dan bayang-bayang yang dihasilkan adalah amat nyata dan keras (harsh).

Flash - Bounce 45 darjah
Flash Bounce 45 darjah
Flash bounce pada 45 darjah akan melembutkan cahaya melalui penyerakan pantulan menggunakan siling. Bagaimanapun masih ada sedikit bayang bayang kelihatan walaupun telah kelihatan lebih lembut.

Flash - Bounce ke sebelah/belakang
Flash Bounce Ke belakang / Sisi
Flash yang di pantul ke belakang, memberikan peluang cahaya berserak ke semua permukaan dalam bilik dan semakin luas permukaan pantulan. Bayang-bayang juga hampir tiada, hampir menyamai kesan mengambil gambar dengan menggunakan cahaya persekitaran (ambience light) saja.

Direct flash

Bounce 90 darjah
















