Adhadi Mohd
Posts tagged Komposisi
Tips komposisi – Garisan
Jun 18th
Setelah anda memahirkan diri dalam proses rakaman yang asas iaitu mendapatkan exposure yang baik dan tepat, anda perlu mempelajari lebih lanjut tentang kompososi. Komposisi adalah susun atur elemen-elemen yang ada dalam gambar. Dalam membina sesebuah komposisi, harus ada ketelitian dalam pengamatan dan perlu ada strategi dalam susun atur elemen-elemen supaya sesebuah imej itu berhasil dan efektif.
- Garisan adalah “jalan” antara dua titik.
- Garisan boleh jadi lurus, bengkok, menegak, menyendeng dan sebagainya.
- Garisan horizontal menggambarkan tranquility dan kelihatan senang.
- Garisan vertikal menggambarkan kekuatan dalam komposisi.
- Garisan menyendeng beri impak pergerakan, aksi dan perubahan.
- Garisan berliku beri impak sensual, senyap dan tenang.
- Garisan yang mengecil akan berikan impak kejauhan, kedalaman, saiz dan jarak.
- Garisan adalah elemen rekaan yang efektif kerana ia membawa memandu mata penonton ke dalam imej.
- Untuk membina gambar yang efektif, anda harus mencari garisan dan menggunakan di dalam imej anda supaya menghasilkan kesan yang tertentu.
Gambar ehsan stock photo
Tips Fotografi : Merakam Gambar Candid
May 13th
Sekiranya ada satu lagi skill fotografi yang saya sangat hargai selain memahami dan memanipulasi cahaya, ialah teknik merakam candid. Ekpresi manusia yang bukan dibuat buat, bukanlah sesuatu yang boleh kita arah atau minta, kecuali artis yang memang mahir berlakon. tetapi dalam keadaan biasa, kita memerlukan skill pengamatan yang tinggi untuk mengenali apakah ekpresi yang menarik dan boleh memberikan gambar kepada anda.
Henri Cartier-Brenson, seorang jurufoto yang terkenal dengan buku fotografi The Decisive Moment, pernah sekali berkata :
“There is a creative fraction of a second when you are taking a picture. Your eye must see a composition or an expression that life itself offers you, and you must know with intuition when to click the camera. That is the moment the photographer is creative,” he said. “Oop! The Moment! Once you miss it, it is gone forever”.
Realiti fotografi hari ini, bukanlah satu alatan eklusif yang hanya mampu digunakan oleh wartawan foto saja. Ramai juga penggemar foto hari ini, sudah dapat memiliki alatan DSLR malah tidak kurang yang memiliki lensa bergred profesional yang berharga ribuan ringgit. Bagaimanapun, harus dinyatakan bahawa peralatan yang hebat, lensa yang panjang dan berat hanyalah sekadar peralatan yang memudahkan kita merakam gambar. Sedangkan untuk mengisi sesebuah gambar dengan cerita yang bakal ditatap dari generasi ke generasi, lebih memerlukan keupayaan art of seeing sesorang jurufoto itu. Intuisi diri dan kemampuan jiwa anda menghayati sebuah scene, adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat diberikan oleh mana mana lensa atau kamera yang maha hebat.





















