Apabila kita berkerja dengan lanskap, cuaca mempengaruhi hasil gambar kita. Kadangkala kita hanya perlu menunggu masa yang sesuai untuk mendapatkan cahaya yang paling menarik.
Sebagai contoh, dalam gambar dibawah, perbezaan hanya 30 min memberikan makna yang besar dalam gambar. Pemahaman kepada cuaca dan bagaimana rupa landskap di kawasan anda mempengaruhi hasil yang aakan anda berikan.
Berikut adalah teknik menambah glow yang sangat mudah. Hanya beberapa klik saja. Untuk entry ini saya berikan tips yang details bagaimana untuk menambahkan glow. Glow seperti ini sesuai untuk landscape tetapi kurang sesuai untuk portrait.
Preset kali ini agak menarik kerana ia hampir menyamai hasil dari Lucis Art atau Topaz Adjust. Preset kali ini lebih kepada untuk landscape. Sekiranya preset ini tidak kena dengan gambar anda, anda boleh mengubahsuai parameter asas sepefti fill light dan vibrance untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan.
Gambar ini diambil awal pagi di Pantai Minyak beku, Batu Pahat. Saya beruntung kerana cuaca mendung dan saya juga mendapat satu lagi gambar dengan pelangi pada waktu itu.
Dunia Fotografi
Forum fotografi terulung yang memfokuskan kepada aktiviti dan pengetahuan fotografi, dikendalikan oleh peminat-peminat fotografi tanahair.