Pernahkah anda mengalami masalah gambar underexpose walaupun menggunakan flash? dan flash anda sentiasa berbunyi “beep beep beep” dan nilai flash exposure menunjukkan negatif?

f16, 1/60 @ ISO400. Flash Mode : TTL

f16, 1/60 @ ISO400. Flash Mode : TTL

Sebagai contoh dalam gambar diatas,  saya sengaja memilih f16 untuk memberikan Nikon Speedlite SB600 berkerja keras untuk mengeluarkan limpahan cahaya yang lebih. Hasilnya adalah gambar yang underexpose dengan FLash Exposure menunjukkan nilai -1.7.

Apakah maksud nilai -1.7 ini?

Maksud nilai ini ialah anda kekurangan cahaya sebanyak 1.7 stop, iaitu hampir sebanyak 2 stop. Ini juga bermaksud kuasa maksimum flash anda sekarang ialah pada kurang -1.7 stop.

Apakah yang anda boleh buat untuk memperbetulkan masalah ini?

Mudah, anda perlu tambahkan cahaya sebanyak 1.7 samada dari aperture, shutter speed ataupun dari flash itu sendiri.

Melalui Aperture, anda hanya perlu mengambil Aperture yang lebih besar sebanyak 1.7 stop.  Tambahan 1.7 stop pada aperture dari f16 ialah f9 (rujuk kaedah mengira stop melalui aperture. nilai f9 wujud kerana DSLR kebanyakan mempunyai keperincian sebanyak 1/3 stop)

Bagaimanapun, saya memilih untuk menambah lagi +0.3 stop, membawa kepada bukaan aperture f8, hasil akhir yang saya perolehi adalah lebih baik.

F8, 1/60s, ISO400. Flash Mode : TTL

F8, 1/60s, ISO400. Flash Mode : TTL

Your email:

 

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)