Adhadi Mohd
Posts tagged EF 400mm f5.6L USM
Tips Kreatif : Potret Karikatur
Aug 25th
Ramai kartunis menggunakan teknik ini untuk memberi kelainan dalam karya mereka.
Di dalam fotografi kita boleh menggunakan Ultra Wide Angle Lens dan Sudut pandangan tinggi untuk menghasilkan gambar seperti itu.
Didalam gambar ini, kesan herotan ini dipanggil sebagai Perspective distortion di dalam fotografi. Sesetengah jurufoto memanggil dengan nama, portrait distortion.
Anda akan mendapat kesan yang lebih menarik sekiranya menggunakan Fish Eye Lens.
Nature & birding Photography Outing with Sharkawi Che Din
Aug 17th

MYFOTOZONE melalui www.duniafotografi.com telah menganjurkan aktiviti ini pada 8hb Ogos yang lepas. Penceramah jemputan untuk aktiviti ini ialah encik sharkawi che din, seorang pensyarah UITM yang berpengalaman luas dalam bidang fotografi. Karya beliau banyak dipaparkan dimajalah-majalah tempatan dan luar negara.
Sembilan orang peserta telah mengikuti aktiviti ini termasuklah saya. Siapa sangka yang aktiviti birding ni betul betul menguji kesabaran. Walaupun saya menggunakan teleconverter 2x dan 70-200 afs, tetapi kelincahan burung mengatasi keupayaan lensa. Skill yang terbatas dalam aktiviti birding membuatkan saya pulang hampir dengan tangan kosong. Dapat ambil gambar disebalik tabir saja yang banyak.
Di dalam aktiviti ini, saya menemui satu lagi perkara baru dalam dunia fotografi. Menurut shahlan yang mencuba sendiri lensa EF400mm f5.6, Lensa 400mm f5.6 mempunyai daya fokusing yang lebih pantas berbanding 70-200mm afs + 2x teleconverter.
Bagaimanapun saya bukanlah seorang yang gilakan aktiviti birding ini. Mungkin kawan-kawan yang minatkan aktiviti ini boleh dapatkan satu. Untuk saya, AFS 70-200 f2.8 VR sudah pun mencukupi.
berikut adalah gambar-gambar dari aktiviti ini.













