Memilih kamera yang sesuai

Dengan begitu banyak pilihan yang ada di pasaran, mungkin kadangkala kita keliru apabila ingin memilih kamera yang sesuai untuk kita. Disini saya akan berikan beberapa tips dan panduan untuk memilih kamera.

Sebelum memilih sebarang model, anda wajar mengetahui jenis-jenis kamera yang berada dipasaran. Berikut ada ringkasan jenis-jenis kamera tersebut.

KAMERA KOMPAK

1. kamera kompak kecil, mudah dibawa kemana-mana dan ringan. Ianya mudah digunakan dan berfungsi secara automatik. Harga kompak adalah dari serendah RM400 hingga ke RM1500. Lebih mahal sesuatu model, ianya lebih ringan, batterinya tahan lebih lama dan me gapixel  yang lebih tinggi.

2. Kebanyakan kompak menawarkan 3x zoom lens.  Ada yang sehingga 5x. Semakin tinggi nilai ini, semakin jauh capaian zoom kamera anda.

3. Hampir semua kompak kini menawarkan rakaman video.

4. Kompak menawarkan banyak preset rakaman seperti landscape dan macro untuk memudahkan anda merakam subjek yang anda inginkan.

KAMERA SUPERZOOM

sony-cyber-shot-dsc-hx1-20x-super-zoom-camera

1. Kamera superzoom menawarkan zoom yang lebih jauh, biasanya dari 7x hingga 18x.

2. Walaupun superzoom boleh merakam subjek yang berada jauh dari kamera, mungkin gambar yang terhasil akan kabur akibat gegaran pada kamera pada zoom yang maksimum, terutamanya dalam cahaya rendah.

3. Walaupun penstabilan imej (IS – imej stabilization, VR-vibration reduction) boleh mengurangkan gegaran, penggunaan tripod adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan foto yang jelas dan tajam (sharp).

4. superzoom mempunyai kawalan yang lebih canggih dari kompak, kadangkala menawarkan kawalan white balance dsb.

DIGITAL SLR

d3000-front

1. DSLR memang besar dan berat dari kamera biasa, tetapi DSLR adalah alatan yang terbaik untuk merakam foto.  Sunset, bunga api, air terjun yang indah dan nyaman boleh dirakam dengan mudah menggunakan DSLR.

2. Kelebihan DSLR ialah lensa tukarpakai. Selalunya, lensa yang disertakan sekali bersama DSLR anda (kit lens), memang mencukupi dan mempunyai kualiti yang baik, tetapi terhad dari segi capaian zoom dan juga bukaan aperture.

3. Lensa yang mempunyai aperture yang besar memudahkan untuk merakam foto dalam suasana yang suram.

4. Lensa telefoto memudahkan untuk merakam subjek yang berada jauh dari kamera.

5. DSLR adalah tools yang sentiasa mampu dipertingkatkan. Anda boleh menambah flash, remote control, memasang thether, wireless remote capture dan sebagainya.

6. Bateri lithium yang biasa disertakan pada DSLR mampu merakam ribuan foto sebelum habis, dan anda boleh recharge beratus kali. Anda juga boleh menambah batteri pack untuk 2 kali ganda kuasa.

7. DSLR juga mempunyai julat dinamik yang lebih besar, maknanya dalam situasi terang benderang, kawasan shadow masih boleh kelihatan sekiranya anda benar-benar faham tekniknya.

8. Sekiranya kualiti adalah keperluan anda, maka DSLR adalah satu option untuk anda.

9. Harga DSLR adalah dari RM2000 sehingga puluhan ribu ringgit.

Bagaimana dengan MEGAPIXEL?

Megapixel sebenarnya bukan satu isu apabila memilih kamera. 8mp kamera berbanding dengan 10mp kamera, kualiti gambar yang anda akan dapat tidak akan kelihatan berbeza langsung. Megapixel lebih besar akan memberikan foto yang lebih besar, itu saja.  Dan peluang untuk crop selepas capture pun lebih besar.

Tagged with:
 

Ulasan – Nikon D3000

Semalam saya menerima unit Nikon D3000 yang baru dilancarkan oleh Nikon. Sekilas pandang, kamera ini memang agak kecil dan comel dan memang sudah dijangka yang kamera ini bakal menggantikan Nikon D60 yang agak popular sebelum ini. Sekali kamera ini berada diatas tapak tangan saya, terasa amat ringan dan pasti tidak akan menjadi beban sekiranya perlu dibawa kemana-mana.

Fotografi dengan Nikon D3000, kelihatan mudah sekali. Di dalam kamera ini disediakan Mode GUIDE yang boleh membantu anda untuk mendapatkan gambar yang baik pada setiap masa. Sekiranya anda seorang pengguna baru kepada DSLR, sudah pasti anda tidak akan berasa janggal kerana sedikit-sedikit anda akan dapat membiasakan diri dengan pengoperasian DSLR menggunakan mod ini. Saya yakin setelah beberapa lama anda akan dapat menggunakan mod-mod lain yang lebih maju seperti P, A, S atau M.

Dengan 10.2 megapixel, ini sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk seorang pengguna baru DSLR. Bayangkan anda boleh mencetak sehingga sebesar saiz A2 menggunakan 10.2 mp tanpa perlu sebarang pembesaran digital.

Lensa standard AFS 18-55mm f3.5-5.6 VR, ataupun selalu dipanggil dengan 3x optical zoom, memberikan anda ruang yang cukup untuk aktiviti fotografi harian. Pernah tak saya menyebut bahawa lensa Nikon 18-55 mempunyai ketajaman optikal yang sangat baik dan contrast yang cukup menarik? VR atau vibration reduction pula akan memberikan anda kemudahan untuk merakam dalam situasi suram tanpa sebarang kekaburan dalam gambar.

Skrin 3 inci LCD Nikon D3000 juga amat luas! berbanding dengan skrin D60 yang sangat kecil. Skrin ini juga amat cerah dan jelas. Ia meliputi 100% liputan apa yang anda lihat dari viewfinder.

Isi Kotak

Didalam kotak Nikon D3000 ini saya menemui :

  • Nikon 10.2-Megapixel Digital SLR Camera
  • Lensa AFS NIKKOR 18-55mm f3.5-5.6 DX VR
  • Bateri dengan pengcaj semula
  • Kabel USB and A/V, sstrap, penutup tapak flash, penutup lensa, penutup badan kamera and CD-ROM
  • Manual pengguna

HARGA :

PROMOSI NIKON: Raya Carnival

Nikon D3000 + Kit lens + Bag + Memory Card 4GB

RM2288.00

Hubungi MYFOTOZONE : 0351922117 (ieka/naza)
Email : Shop@myfotozone.com.my


Sah dari 4 Sept - 30 September saja

Sah dari 4 Sept - 30 September saja

KURSUS FOTOGRAFI

Pembelian Nikon D3000 juga akan melayakkan anda untuk mengikuti Kursus Asas Fotografi Sehari Untuk Nikon D3000. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang kursus ini disini :
Dari Nikon Malaysia

Dari Nikon Malaysia

Tagged with:
 

Promosi Nikon D300s

Promosi D300s

Promosi D300s

Harga Promosi Nikon D300s, sementara stock masih ada.

(more…)

Tagged with:
 

Ramai kartunis menggunakan teknik ini untuk memberi kelainan dalam karya mereka.

Di dalam fotografi kita boleh menggunakan Ultra Wide Angle Lens dan Sudut pandangan tinggi untuk menghasilkan gambar seperti itu.

Didalam gambar ini, kesan herotan ini dipanggil sebagai Perspective distortion di dalam fotografi. Sesetengah jurufoto memanggil dengan nama, portrait distortion.

Anda akan mendapat kesan yang lebih menarik sekiranya menggunakan Fish Eye Lens.

Potret Kreatif

Potret Kreatif/ Karikatur

Skil Asas – Mengira stop

Antara skill asas dalam kemahiran fotografi adalah mengira stop samada pada Aperture, ISO atau Shutter speed.

kemahiran mengira stop penting untuk mendapatkan dedahan yang baik

kemahiran mengira stop penting untuk mendapatkan dedahan yang baik

Stop merupakan unit samada cahaya berkurangan separuh atau bertambah sekali ganda. Penambahan cahaya sekali ganda dipanggil +1 stop dan pengurangan cahaya sebanyak separuh dipanggil – 1 stop.

berikut adalah panduan untuk mengira stop dalam fotografi. Saya mengalu-alukan sebarang pertanyaan menggunakan Komen sekiranya ada yang kurang faham.

APERTURE

Pengurangan Cahaya

f1 -> f1.4 -> f2.0 -> f2.8 -> f4 -> f5.6 -> f8 -> f11 -> f16 -> f22

dari kiri ke kanan, setiap langkah merupakan pengurangan 1 stop [-1 stop]

eg : dari f1 ke f1.4 adalah pengurangan 1 stop [-1 stop]

eg 2: dari f2.0 ke f4.0 adalah pengurangan 2 stop [-2 stop]

Penambahan Cahaya

f22 -> f16 -> f11 -> f8 -> f5.6 -> f4 -> f2.8 -> f2 -> f1.4 -> f1.0

dari kiri ke kanan, setiap langkah merupakan penambahan sekali ganda cahaya [+1 stop]

eg : dari f8 ke f4 merupakan penambahan 2 kali ganda cahaya [+2 stop]

Subscribe untuk dapatkan tips yang lebih terperinci dimasa akan datang!