Adhadi Mohd
Posts tagged basic photography
Tips Fotografi : Kualiti Gambar Terbaik dengan RAW
Aug 26th
Posted by Adhadi Mohd in Kursus Fotografi
Format RAW memberikan banyak kelebihan pada jurufoto berbanding format fail yang telah diproses seperti JPEG atau TIFF. Fail RAW mengandungi maklumat-maklumat penting tentang situasi dan keadaan sebenar sewaktu rakaman diambil. Maklumat ini boleh digunakan oleh perisian penyuntingan untuk menjalankan pengubahsuaian yang unik untuk imej tersebut.
Berikut adalah beberapa seting kamera yang boleh diubah secara digital kepada imej:
- Mod warna atau kawalan warna
- White balance
- Pengubahsuaian tona
- Kepekatan warna
- Ketajaman
- Pengubahsuaian dedahan
- Pengubahsuaian warna
- Pengurangan Color Moire
- Nyahhabuk pada imej
- Aberasi warna automatic
- Active D-Lighting














