Adhadi Mohd
Posts tagged ambil foto lebih baik
Skil Asas – Mengira stop
Aug 17th
Posted by Adhadi Mohd in Teknik Fotografi
Antara skill asas dalam kemahiran fotografi adalah mengira stop samada pada Aperture, ISO atau Shutter speed.

kemahiran mengira stop penting untuk mendapatkan dedahan yang baik
Stop merupakan unit samada cahaya berkurangan separuh atau bertambah sekali ganda. Penambahan cahaya sekali ganda dipanggil +1 stop dan pengurangan cahaya sebanyak separuh dipanggil – 1 stop.
berikut adalah panduan untuk mengira stop dalam fotografi. Saya mengalu-alukan sebarang pertanyaan menggunakan Komen sekiranya ada yang kurang faham.
APERTURE
Pengurangan Cahaya
f1 -> f1.4 -> f2.0 -> f2.8 -> f4 -> f5.6 -> f8 -> f11 -> f16 -> f22
dari kiri ke kanan, setiap langkah merupakan pengurangan 1 stop [-1 stop]
eg : dari f1 ke f1.4 adalah pengurangan 1 stop [-1 stop]
eg 2: dari f2.0 ke f4.0 adalah pengurangan 2 stop [-2 stop]
Penambahan Cahaya
f22 -> f16 -> f11 -> f8 -> f5.6 -> f4 -> f2.8 -> f2 -> f1.4 -> f1.0
dari kiri ke kanan, setiap langkah merupakan penambahan sekali ganda cahaya [+1 stop]
eg : dari f8 ke f4 merupakan penambahan 2 kali ganda cahaya [+2 stop]
Subscribe untuk dapatkan tips yang lebih terperinci dimasa akan datang!












