Ramai kartunis menggunakan teknik ini untuk memberi kelainan dalam karya mereka.
Di dalam fotografi kita boleh menggunakan Ultra Wide Angle Lens dan Sudut pandangan tinggi untuk menghasilkan gambar seperti itu.
Didalam gambar ini, kesan herotan ini dipanggil sebagai Perspective distortiondi dalam fotografi. Sesetengah jurufoto memanggil dengan nama, portrait distortion.
Anda akan mendapat kesan yang lebih menarik sekiranya menggunakan Fish Eye Lens.
1. Ultra wide angle berguna untuk kawasan yang ruangnya terhad.
2. Kebiasanya Ultra Wide Lens adalah dari 14mm hingga 21mm sekiranya menngikut kiraan 35mm. 3. Salah satu sebab penggunaan ultra wide angle ialah untuk memanipulasikan perspektif, ia membesarkan segala yang dekat pada kamera dan mengecilkan segala yang jauh dari kamera. Herotan (distortion) ini boleh memberikan impak kepada penonton.
4. Didalam rumah , UWA boleh memberikan anda imej keseluruhan bilik tanpa herotan yang ekstrem. Bagaimanapun anda akan melihat hujung bilik mengecil dan lantai akan kelihatan mengherot. 5. UWA boleh digunakan untuk menambah perasaan jarak kejauhan pada penonton
6. UWA boleh digunakan untuk mencipta gambar potret karikatur.
7. UWA tidak berfungsi begitu baik dengan filter polarizer. Hasilnya adalah kesan yang tidak rata.
8. Elakkan menggunakan aperture yang paling kecil walaupun ia memberikan Depth of field yang paling besar kerana ia akan memberikan imej yang lembut (softer image)
Lensa Telefoto
1. Telefoto membenarkan anda merakam subjek yang berada jauh, dengan membesarkan segala pandangan di hadapan anda.
2. Telefoto adalah lensa yang lebih panjang dari standard lensa.
3. Telefoto akan memberikan kesan yang lebih baik untuk potret berbanding wide angle lens yang akan memberikan kesan herotan.
4. Lensa pada fokal length 80-150mm pada 35mm format dikategorikan sebagai lens yang ideal untuk potret.
5. Lensa telefoto akan mengkompres jarak antara elemen yang berjauhan didalam imej.
6. Telefoto boleh melembutkan latarbelakang dengan membiarkan latar berada dalam out of focus.
7. Telefoto boleh memberikan kesan herotan pada saiz dan menyebabkan kita tidak tau saiz sebenar subjek depan dan subjek belakang.
8. Telefoto boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan dengan mengfokus kearah itu sahaja.
9. Apabila menggunakan lensa telefoto dengan tripod, mount pada lens menggunakan tripod collar. Ia akan memberikan keteguhan yang lebih baik.
10. Menggunakan Lensa telefoto pada APS-C sensor, anda akan mendapat telefoto yang lebih panjang. Sebagai contoh, 200mm pada d300 akan memberikan perspektif 350mm mengikut kiraan 35mm format.
Apabila kita menghantar gambar ke web untuk dipaparkan, saiz dan kualiti amat penting dan perlu diberi perhatian.
Berikut adalah tips-tips yang selama ini saya amalkan.
Gunakan Save to web function
Sekiranya kualiti gambar tidak penting, pilih jpeg dengan kualiti 40 hingga 60 supaya anda mendapat fail imej yang cukup kecil dan pantas dibuka. Pastikan saiz dalam 40-150kb sahaja.
Sekiranya kualiti gambar amat penting, sbg contoh anda perlu showcase gambar perkahwinan dalam gallery, gunakan 80-100% kualiti. Gambar anda mungkin sehingga 350kb. Selepas saiz ini mungkin agak berat ini diakses oleh penonton.
Gunakan JPEG/PNG untuk mendapat julat tonal yang tertinggi.
Sekiranya color profile anda bukan SRGB, anda mungkin perlu embed profile
Sekiranya exiff tidak penting, anda boleh kurangkan saiz gambar dengan tidak menyertakan didalam gambar.
Sila klik pada gambar untuk mendapat paparan yang penuh
Dunia Fotografi
Forum fotografi terulung yang memfokuskan kepada aktiviti dan pengetahuan fotografi, dikendalikan oleh peminat-peminat fotografi tanahair.