Seni Fotografi
Adhadi Mohd
Adhadi Mohd
Jul 1st
Salam.. ini merupakan nota percuma yang pernah saya release beberapa tahun lepas. Harap boleh menjadi panduan untuk anda.
Jun 21st
Setelah menjual DSLR selama hampir satu tahun setengah, pelbagai ragam pembeli yang saya temui. Antara ragam yang paling kerap saya temui ialah mereka yang tidak percaya kebolehan kamera mereka.
Saya akan menunjukkan anda galeri-galeri gambar yang diambil oleh rakan-rakan peminat fotografi di flickr yang menggunakan kamera-kamera entry level dengan kit lens mereka.
Tiada trick dalam peralatan mereka, hanya sedikit pemahaman tentang fotografi.

Nikon D60 + 18-55mm at 18mm. Untuk menghasilkan gambar seperti ini, timing adalah segalanya. Di malaysia agak sukar mendapat fog seperti ini, kecuali anda suka ke kawasan hutan pada waktu pagi..

Pentax K200D + 18-55mm at 55mm, f5.6. Gambar ini digunakan dalam situasi cahaya yang hebat! skill fotografi dalam mengenal penggunaan cahaya dan skill exposure diperlukan yang baik untuk menghasilkan gambar seperti ini.

Nikon D60 + 18-55, f5.6. Pengetahuan tentang Depth of field dan perspective akan membantu menghasilkan imej seperti ini
Jadi kesimpulannya.. DSLR anda walaupun cuma D40, 1000D, sebenarnya sudah cukup hebat. Gambar anda juga boleh jadi seperti di atas, asalkan anda tahu tekniknya.
Jun 18th
Setelah anda memahirkan diri dalam proses rakaman yang asas iaitu mendapatkan exposure yang baik dan tepat, anda perlu mempelajari lebih lanjut tentang kompososi. Komposisi adalah susun atur elemen-elemen yang ada dalam gambar. Dalam membina sesebuah komposisi, harus ada ketelitian dalam pengamatan dan perlu ada strategi dalam susun atur elemen-elemen supaya sesebuah imej itu berhasil dan efektif.
Gambar ehsan stock photo
Jun 13th
Beberapa bulan yang lepas, saya berpeluang ke langkawi. Peluang yang diberikan saya manfaatkan sebaik mungkin untuk menghasilkan gambar2 ini.
Jun 12th
Antara perdebatan yang sudah sekian lama berlegar legar di facebook, ruang forum, chatroom, malah di kedai kopi, ialah adakah wajar kita sunting atau tidak. Ada yang mengatakan, gambar yang tidak disunting adalah yang asli, ada juga yang mengatakan gambar yang tidak disunting itu tidak cantik dan menarik. Pelbagai pendapat dan fakta sehingga kadangkala menimbulkan rasa tidak selesa dan bahasa-bahasa sindir yang kurang manis dan tidak elok.
Kalau di tanya pada saya, saya akan menjawab, perlu atau tidak adalah bergantung kepada gambar tersebut dan juga keperluan. Sekiranya perlu di sunting, maka suntinglah, kalau tak perlu, tak perlulah.
Masalahnya, bilamana kita perlu sunting dan tidak perlu sunting?
Perkara sunting itu sendiri menuntut pemahaman diri kita sendiri, apakah maksud penyuntingan? ada yang menyunting kerana ingin membetulkan kesalahan exposure dan sebagainya. Ada yang menyunting kerana perlu mendapatkan exposure yang lebih sesuai kerana masalah kemampuan kamer aitu sendiri, sebagai contoh masalah HDR.
Ada juga yang menyunting kerana ini mengisikan gambar dengan kesan kesan khas yang memberikan impak. Ada juga yang sekadar ingin menyerlahkan kecantikan atau kejelasan gambar.
Kepada para artis foto yang berkerja dalam bidang fotografi fesyen dan produk, sudah tentu banyak penyuntingan diperlukan bagi mendapatkan impak yang tertentu. Dan jurufoto kewartawanan, sudah pasti penyuntingan hanya dibenarkan pada tahap yang minimum bagi menjaga keaslian dan penceritaan yang sebenar.
Jadi soalannya, benarkah gambar yang disunting itu sudah tidak asli dan menunjukkan ceteknya ilmu jurufoto tersebut?
Jawapan saya mungkin ya atau mungkin tidak. Saya tidak tahu kerana saya tidak kenal jurufoto tersebut. Malah sekiranya kenal, pasti saya tak mampu menduga tingginya ilmu jurufoto tersebut.
Perdebatan tentang gambar suntingan wajar atau tidak cumalah satu perdebatan hasil sifat ego, riak dan takbur manusia, dan mungkin juga sifat manusia yang suka menjaga tepi kain orang. Hanya kerana ada ilmu yang sedikit, wajarkah meletak dan menilai orang lain hanya kerana kemahuan yang berlainan.
Nilai sekeping gambar ada pada maksud dan cerita dalam gambar tersebut. Samada di sunting atau tidak, nilai sesebuah gambar hanyalah penting pada mereka yang memerlukannya.
Saya mengenali seorang jurugambar ala ala world cup yang sungguh hebat, setiap kali bercerita, pastilah isu ini yang diperdebatkan. Sedangkan saya sendiri jarang melihat hasil karyanya, malah jika ditunjukkan sekali pasti saya tak mampu mengapresiasi kerana saya tidak minat bola.
Recent Comments