DTOWN TV – episod 24

beberapa perkara yang Matt & Scott explain…

  • Matt explains the difference between matrix, spot, and center-weighted metering modes
  • Nikon has announced two new cameras, the D300s and the D3000, as well as new versions of the 70-200 f/2.8 and 18-200 f/3.5-5.6 lenses
  • Scott makes some clarifications on exposure compensation
  • Matt shows how to shoot tethered using Camera Control Pro 2

http://www.dtowntv.com/2009/08/episode-24/

Jangan buang gambar kabur…..

SEKIRANYA…..

ia mempunyai ekpressi yang hebat…. seperti ini

Ekpresi gembira yang kuat, berjaya menarik pandangan walau gambar ini kabur...

Ekpresi gembira yang kuat, berjaya menarik pandangan walau gambar ini kabur...

Gambar ehsan Encik Dome Nikong.

Adakah gambar saya baik atau tidak?

Ramai orang menanyakan kepada saya, bagaimana nak tahu satu gambar itu baik atau tidak.

Saya akan memberi anda satu tips yang simple yang saya selalu berikan pada peserta-peserta kursus fotografi yang saya anjurkan. Tips ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, anda tidak akan temui dalam mana mana buku fotografi ataupun dari penceramah lain.

Sekeping gambar, hanyalah sebagai sebuah medium komunikasi. Anda ingin menyampaikan maklumat, samada untuk orang lain, ataupun mungkin hanya kepada diri anda sendiri, supaya anda boleh lihat dan ingat peristiwa tersebut pada masa akan datang.

Sama seperti bercakap, anda harus pastikan butiran percakapan anda jelas. Sekeping gambar harus jelas isinya supaya boleh difahami oleh sasaran penonton.

Sekiranya anda mengambil gambar sepasang kasut, sekiranya tujuan gambar tersebut ialah untuk menayangkannya kepada rakan anda, pastikan kasut adalah majoriti dalam framing, bukan rak kasut dan kasut tersebut memenuhi cuma 10% frame. Dan sekiranya kasut tersebut berwarna hijau tetapi kelihatan biru dalam gambar, maka gambar anda telah gagal. Disini pentingnya kemahiran komposisi dan white balance.

Dan sekiranya, anda mengambil gamabr portrait sendiri, sekiranya pipi anda dari sawo matang menjadi putih sehingga tiada maklumat tekstur kulit kelihatan, maka gambar anda telah gagal. Maklumat yang penting gagal dirakam dalam gambar.
Bagaimanapun, dalam bab fotografi potret, gambar yang overexpose masih ada gunanya, ini adalah perbincangan lain…. mungkin dalam topik potret kreatif.

Sekiranya anda mengambil gambar potret didalam gelap, sekali lagi merujuk kepada prinsip asas fotografi, iaitu medium komunikasi. Maka anda perlu mencerahkan subjek pula, mungkin perlukan bantuan flash. Gambar potret yang gelap tanpa detail tiada apa maknanya.

bagaimanpun dalam sesetengah potret low key, kita masih boleh menunjukkan gambar gelap, tetapi kerana niat komunikasi yang berbeza… mungkin ingin menunjukkan shape atau expression.

Saya tidak bercerita tentang fotografi abstrak, fine art atau genre impressionism. Tips ini cuma sebagai panduan pertama menilai gambar sendiri. Sesetengah pengamal fotografi malah educators mungkin tidak boleh menerima pendapat saya.

Sekiranya pendapat saya salah, saya berbesar hati diperbetulkan. Insya Allah ilmu fotografi itu cukup besar dan masih banyak ruang lagi kita semua mempelajari dan memahami rahsia pandangan yang dikurniakan.

Bagaimana memastikan sensor anda telah kotor?

100% Foto Impian words

BAGAIMANA NAK TAHU SENSOR KOTOR? Shoot ke langit yg cerah pada waktu tghari. Jika indoor/malam, gunakan flash dan shoot apa2 yg cerah (kadboard, kertas putih etc). Gunakan aperture paling kecil f/16 atau f/22. Shoot beberapa kali. Pastikan apa yg anda shoot tu putih/cerah. Kemudian, lihat gambar kat PC. Jika tiada tompok hitam kecik di tempat yg sama pada setiap gambar, sensor anda masih bersih.