Seni Fotografi

Adhadi Mohd

Follow me on TwitterRSS Feeds

  • Home
  • Galeri Foto
    • Outing Teluk Kemang
    • Birding
    • Portraiture
      • Anne
    • usaf-thunderbirds-show
    • outing-flash-putrajaya
    • Wedding
    • Aisya Batrisyia
  • KURSUS DSLR
  • Creativ Color Pack
  • Ebuku Seni Fotografi
  • Ebuku Photoshop
  • RAHSIA MAHIR DALAM PHOTOSHOP
  • PROMOSI LEBARAN 2010
  • KURSUS POTRET PERKAHWINAN 2 OCT 2010
DGNDF- 00001

Tips Photoshop – Langit Biru

Nov 8th

Posted by Adhadi Mohd in [...]

3 comments

Beberapa post yang lepas saya ada menyebut tentang circular polarizer. Salah satu alternatif untuk memekatkan langit biru ialah dengan menggunakan teknik gradient di dalam photoshop. Berikut adalah langkah-langkah secara visual yang mudah untuk anda ikut.

DGNDF- 00001
DGNDF- 00002
DGNDF- 00003

DGNDF- 00004
DGNDF- 00005

Anda juga boleh layari rakaman video proses ini di http://www.youtube.com/watch?v=MBX_DQhqq-4

adjustment layer, Digital Circular Polarizer, Langit Biru, Photoshop langit biru, teknik photoshop

KURSUS SINGKAT FOTOGRAFI DIGITAL | 22 NOV 2009

Nov 7th

Posted by Adhadi Mohd in Kursus Fotografi

1 comment

Kursus ini semakin mantap setelah berevolusi selama 2 tahun. Kini kami menawarkan kursus yang lebih singkat dan mudah difahami.

Silibus dan teknik latihan praktikal dalam kursus ini pastinya akan memberikan anda peluang untuk memahami sendiri elemen kekunci dalam fotografi.

Kursus Fotografi Digital yang seterusnya akan di adakan di luar kelas sepenuhnya. Peserta hanya terhad kepad 9 orang sahaja (muat satu van). Kami akan membawa ada ke beberapa lokasi di KL dan Putrajaya.

Antara isi kandungan kelas ini ialah:

1. Pengenalan kepada kamera, lensa dan peralatan lain.
2. Mod-mod rakaman & settting2 pada camera
3. Pemahaman kepada Aperture, ISO & Shutter
4. Pemahaman kepada Ciri-ciri cahaya, penggunaan dan kesan pada rakaman
5. Asas Penggunaan Flash
6. Asas-asas komposisi seperti framing, cropping, peletakan subjek, perspektif dan lain lain.
7. Teknik Potret/makro/panning
8. Low light fotografi
9. Dan banyak lagi!!

Nota & Buku Latihan disediakan
Sijil Oleh MYFOTOZONE disertakan.
Makan tengahhari / makan malam / air minuman disediakan.

KEPUASAN DIJAMIN ATAU WANG ANDA AKAN DIKEMBALIKAN.

Harga Kursus : RM450.00
Tarikh : 22 November 2009 (1 hari sahaja)
Masa : 9.30 Pagi – 9.30 Malam
Tempat : Bermula di MAJU JUNCTION KOMPLEKS. Kuala Lumpur (Hadapan Bintang Maju / CAMWORLD HQ).

MENGAPA ANDA PERLU MENYERTAI KURSUS ANJURAN MYFOTOZONE?

-Menawarkan silibus terkini, meliputi asas dan elemen kekunci fotografi. Malah akan menyentuh ciri-ciri terbaru dalam dunia foto yang akan memudahkan kerja anda.

- Mudah difahami! Latihan praktikal secara terbantu oleh fasi. Kami menawarkan latihan dalam suasana sebenar!

- Pengangkutan disediakan.

- Tiada tempat lain yang menawarkan akses kepada peralatan fotografi seperti MYFOTOZONE. Anda boleh mencuba sendiri lensa-lensa pantas atau sekadar mencuba peralatan-peralatan lain seperti external flash, macro extension tube, circular polarizer dan pelbagai lagi. (Anda juga boleh request peralatan yang anda ingin cuba, tertakluk kepada stok)

- Tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang fotografi dan bidang latihan (sejak 1998).

- JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN. Sekiranya anda tidak berpuas hati dalam kursus kami.

- Sesi sokongan selepas kursus melalui Forum Duniafotografi.com.

- Dan banyak lagi!!!!

UNTUK MENDAFTAR SILA HUBUNGI MYFOTOZONE : 0351922117

atau email : shop@myfotozone.com.my

PENDAFTARAN:

1.CALL 03-51922117 UTK MENYEMAK KEKOSONGAN

2.PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI MAYBANK2U
- NO AKAUN MAYBANK: 562302007678
- EMAIL : shop@myfotozone.com.my

3. SILA EMAILKAN NAMA,NO TELEFON, DAN BUKTI PEMBAYARAN KE shop@myfotozone.com.my

KEPADA YG INGIN MENDAFTAR PASTIKAN:
- EMAIL KAMI BUKTI BAYARAN
- BERI NAMA PENUH
- NO. HANDPHONE
- NO IC

Kursus & Seminar
Wajah kucing pada titik panduan sepertiga

Panduan Sepertiga (Rule Of Thirds)

Nov 7th

Posted by Adhadi Mohd in [...]

No comments

Salam. hari ini saya nak menyentuh tentang Panduan Sepertiga ataupun Rule Of Thirds. Panduan ini merupakan satu panduan yang penting untuk difahami apabila kita bercerita tentang komposisi didalam sesebuah gambar.

Sebelum memahami rule of thirds, ada baiknya kita memahami dulu apa itu komposisi. Komposisi adalah susun atur elemen-elemen di dalam gambar. Secara mudahnya, sekiranya anda merakam gambar ibu-bapa dengan berlatarbelakangkan langit biru, anda perlu membuat keputusan dimanakah wajarnya diletakkan ibu bapa anda di dalam gambar, ke kirikah atau kekanankah? keatas atau kebawah? adakah anda perlukan langit yang luas atau perlu penuhkan frame dengan ibu bapa anda dan langit sedikit sahaja?

Keputusan yang anda buat itu adalah keputusan susun atur di dalam gambar. Ataupun teknik komposisi.

Tiada satu keputusan komposisi yang boleh dikatakan salah dalam proses rakaman gambar. Yang ada cumalah komposisi yang menawan atau tidak.

Salah satu teknik mudah untuk anda memperbaiki komposisi didalam gambar ialah dengan mengelakkan dari meletak titik fokal dari di tengah bingkai. Dan dengan menggunakan panduan sepertiga atau rule of thirds, ianya lebih mudah lagi.

Apa yang perlu anda buat ialah dengan membahagikan bingkai gambar anda secara visual kepada 9 kotak yang sama besar. Dan kemudian letakkan titik fokal atau subjek utama anda pada titik persilangan tersebut.

Dalam contoh ini, wajah kucing tersebut diletakkan pada titik persilangan di sebelah kanan dan sepanjang garisan rule of thirds tersebut.

Wajah kucing pada titik panduan sepertiga

Wajah kucing pada titik panduan sepertiga

gambar lebih cantik, Komposisi, panduan sepertiga, rule of thirds
Tanpa polarizer, kesan pantulan pada cermin jelas kelihatan

Tips Foto : Filter Circular Polarizer

Nov 3rd

Posted by Adhadi Mohd in Teknik Fotografi

1 comment

Filter ini merupakan satu filter yang amat penting untuk jurufoto. Ada banyak kegunaan Circular polarizer (CPL) ,  Penyuntingan photoshop tidak boleh menggantikan CPL ni. Saya sentiasa mempunyai CPL yang perlbagai saiz didalam beg kamera saya. Berikut adalah beberapa perkara yang CPL boleh lakukan…

1. CPL boleh memekatkan warna langit

CPL boleh memekatkan warna biru pada langit. Anda memerlukan sudut yang betul dan pusingan pada filter sehingga langit begitu pekat.

CPL boleh memekatkan warna biru pada langit. Anda memerlukan sudut yang betul dan pusingan pada filter sehingga langit begitu pekat. Gambar ehsan Wikipedia

2. CPL boleh mengurangan kesan pantulan dalam cermin.

Tanpa polarizer, kesan pantulan pada cermin jelas kelihatan

Tanpa polarizer, kesan pantulan pada cermin jelas kelihatan

Dengan polarizer, kesan pantulan pada cermin semakin berkurangan.

Dengan polarizer, kesan pantulan pada cermin semakin berkurangan.

Terdapat pelbagai jenis CPL yang dijual dipasaran. Ada yang jenis di skru pada lens dan ada yang boleh menggunakan HOLDER seperti cokin system. Filter yang menggunakan holder mungkin lebih menjimatkan tetapi agak leceh digunakan.

MYFOTOZONE  menjual pelbagai jenis filter circular polarizer dan anda boleh menghubungi kedai kami sekiranya ingin mendapatkan Filter ini. Sila hubungi IEKA/NAZA pada 03 51922117 atau pada shop(at)myfotozonedotcomdotmy.

PROMOSI!

Beli sebarang CIRCULAR POLARIZER dan dapatkan pembersih lensa percuma!

CIRCULAR POLARIZER BERSAIZ 55mm

CIRCULAR POLARIZER BERSAIZ 55mm

Jimatkan wang dan masa perjalanan anda dengan pembelian secara online! kami menerima kad kredit utama dan bank transfer. KOS PENGHANTARAN DALAM MALAYSIA CUMA RM8.00 SAHAJA!

CPL BERSAIZ 55mm : http://myfotozone.com.my/proddetail.php?prod=HOYACIRP55

CPL BERSAIZ 62mm : http://myfotozone.com.my/proddetail.php?prod=HOYACIRP62

KAMI JUGA MENJUAL CPL DALAM SAIZ SAIZ LAIN. SILA HUBUNGI KAMI UNTUK PENGESAHAN.

Belian secara direct transfer dari MAYBANK2u Ke akaun kami akan memberikan anda 3% diskaun! Jangan lepaskan peluang ini!!! Lebih NILAI, lebih HEBAT, lebih JIMAT!!!

Sila hubungi wakil penjual kami, IEKA/NAZA pada 03 51922117 atau pada shop(at)myfotozonedotcomdotmy. Dapatkan circular polarizer anda dari kami hari ini dan dapatkan Jaminan 7 hari pemulangan wang tanpa sebarang pertanyaan!.

Kedai kami didalam GIANT HYPERMARKETS PUTRA HEIGHTS, SUBANG JAYA, bersebelahan dengan lebuhraya ELITE. Sila kunjungi kedai kami dari jam 9.30 pagi sehingga 11 malam setiap hari termasuk hari cuti umum.

Kami menerima pembelian secara LO atau tempahan kerajaan, sila hubungi Adhadi pada 012 3076857 untuk sebarang pertanyaan.

CIRCULAR POLARIZER, Filter, Penuras
QAYYUM THE WHITE

QAYYUM DAH JADI ORANG PUTIH?

Oct 29th

Posted by Adhadi Mohd in [...]

2 comments

Nampaknya semakin ramai kawan-kawan yang bertukar menjadi orang putih. White side lah tu. Happylah geng geng bangi, sudah menular sampai banting tu… kejap lagi kawasan klang akan jadi jajah takluk orang putih. Apa la nak jadi photographer2 sekarang ni. Kali ni qayyum pulak terjebak.

Macamanapun, saya doakan qayyum berbahagia dengan isteri barunya.. eh… kamera barunya.. dan seterusnya dapat tingkatkan lagi mutu perkhidmatan beliau. Saya pernah bekerja bersama qayyum tak lama dulu untuk PPSMI di banting. Pada saya beliau adalah seorang photographer yang sungguh berbakat dan banyak portfolio yang menarik.. Tak tipu punya.

So kalau anda sedang mencari seorang jurufoto yang baik, saya suggest anda considerlah qayyum dalam list anda. Beliau juga seorang jurufoto fulltime, mean service yang lebih tertumpu kepada anda. Ada studio di klang juga. Dan tanpa ragu2, dengan performance body camera canon eos 7d baru ni, saya yakin qayyum akan mampu deliver apa juga task dalam situasi apa juga.

Anda boleh lawati laman blog Qayyum di http://www.qayyumstudio.com/blog/

Thanks qayyum!!

QAYYUM THE WHITE

QAYYUM THE WHITE

7d, canon 7d, qayyum studio
« First...10«1819202122»3040...Last »
  • Subscribe Blog Ini

    Your email:

     

  • Kandungan Blog

    • Gallery (1)
    • General (12)
    • Inspirasi (5)
    • Kursus Fotografi (28)
    • Penyuntingan (3)
    • photoshop (1)
    • Short Tips (1)
    • Teknik Fotografi (101)
    • Tips Perniagaan (3)
    • Uncategorized (12)
  • Archives

    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010
    • December 2009
    • November 2009
    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
  • Recent Comments

    • Wazari on Akar dan tunjang…….
    • Adhadi Mohd on Ebuku Seni Fotografi
    • Hisham Ismail on Ebuku Seni Fotografi
    • superyrzaf on Akar dan tunjang…….
    • bibimie on Akar dan tunjang…….
Mystique theme by digitalnature | Powered by WordPress
RSS Feeds XHTML 1.1 Top

Featuring Recent Posts Wordpress Widget development by YD