KURSUS ASAS FOTOGRAFI

KURSUS SINGKAT FOTOGRAFI DIGITAL MYFOTOZONE – 06 & 07 MARCH 2010

Kursus ini semakin mantap setelah berevolusi selama 2 tahun. Kini kami menawarkan kursus yang lebih singkat  dan mudah difahami. Silibus dan teknik latihan praktikal dalam kursus ini pastinya akan memberikan anda peluang untuk memahami sendiri elemen kekunci dalam fotografi.

Antara isi kandungan kelas ini ialah:

1. Pengenalan kepada kamera, lensa dan peralatan lain.
2. Mod-mod rakaman
3. Pemahaman kepada Aperture, ISO & Shutter
4. Pemahaman kepada Ciri-ciri cahaya, penggunaan dan kesan pada rakaman
5. Asas Penggunaan Flash
6. Asas-asas komposisi seperti framing, cropping, peletakan subjek, perspektif dan lain lain.
7. Teknik Potret/makro
8. dan banyak lagi!!

Nota & Buku Latihan disediakan
Sijil Oleh MYFOTOZONE disertakan.
Makan tengahhari air minuman disediakan

Harga Kursus : RM600.00
Tarikh : 6 & 7hb MARCH 2010
Masa : 9.30 Pagi – 6.40 petang
Tempat : Kompleks rakan muda Puchong

MENGAPA ANDA PERLU MENYERTAI KURSUS ANJURAN MYFOTOZONE?

-Menawarkan silibus terkini, meliputi asas dan elemen kekunci fotografi. Malah akan menyentuh ciri-ciri terbaru dalam dunia foto yang akan memudahkan kerja anda.

- Mudah difahami! Latihan praktikal secara terbantu oleh fasi. Kami menawarkan latihan dalam suasana sebenar!

- Pengangkutan disediakan.

- Tiada tempat lain yang menawarkan akses kepada peralatan fotografi seperti MYFOTOZONE. Anda boleh mencuba sendiri lensa-lensa pantas atau sekadar mencuba peralatan-peralatan lain seperti external flash, macro extension tube, circular polarizer dan pelbagai lagi. (Anda juga boleh request peralatan yang anda ingin cuba, tertakluk kepada stok)

- Tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang fotografi dan bidang latihan (sejak 1998).

- JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN. Sekiranya anda tidak berpuas hati dalam kursus kami.

- Sesi sokongan selepas kursus melalui Forum Duniafotografi.com

- Dan banyak lagi!!!!

UNTUK MENDAFTAR SILA HUBUNGI MYFOTOZONE : 0351922117

atau email : shop@myfotozone.com.my

CEPAT-CEPATLAH MENDAFTAR! TEMPAT TERHAD!

59 Responses to “KURSUS ASAS FOTOGRAFI”

  1. boldboldo says:

    Bro, kat Sabah tiada buat kursus ka?

  2. Adhadi Mohd says:

    Insya Allah kalau ada permintaan…

  3. rafiealam says:

    salam bro…berminak nk join la…..ade syllabus tak? nk tahu la ape scope cover utk kelas ni…..

  4. Wan says:

    Salam

    Mcmana nak join kursus ni?

  5. NIZAM says:

    Salam Mr Sifu..
    Peluang menarik bg yg baru menceburi bidang photografi ni utk menimba ilmu yg berguna & akan membantu melicinkan tugasan harian bersama kamera dan peralatannya..camner nak joint..sgt2 berminat..

  6. Adhadi Mohd says:

    boleh. nanti saya akan emailkan details kepada saudara sebaik detailsnya lengkap.

  7. aRie_5715 a.k.a Land Warrior says:

    Boleh bagi detail silibus dengan kos kursus untuk fotografi tak
    email : arie_5715@yahoo.com

  8. Iss says:

    kalau lum ada kamera DSLR bole join ke??
    Baru Nak blaja…
    Lagi satu, kalau pakai mcm Panasonic G1 ok ke join?

  9. Razi says:

    Slm bro, berminat la nk join kursus ni. Tlg email silibus kursus.
    Saya guna Nikon D3000 ok ke?

  10. Adhadi Mohd says:

    saya sudah isikan maklumat silibus.

    Untuk menempah seat anda sila buat pembayaran di http://myfotozone.com.my/proddetail.php?prod=KAFDM01

    ataupun telefon saja MYFOTOZONE di 03 51922117.

    Terima kasih

  11. Jenal Hending says:

    Bro, klu buat wkshop d Sabah, jgn lupa sound ya..

  12. [...] 17 & 18hb : Kursus Asas Fotografi Digital, CADC. [Tempah Sekarang] [Maklumat Lanjut....] [...]

  13. suchart says:

    boss saya nak tanya, kalau bayaran pakai P/O mcm mana sbb dari agensi kerajaan. nak tanya tempat penginapan paling hampir kat sana ada ke? saya dari luar KL

  14. Adhadi Mohd says:

    saya dah email. terima kasih atas enquiry

  15. iskandar says:

    i minat hadiri kursus ini, sebelum ke kursus, camera jenis/model apa yang workable/teacheable dalam kelas tu untuk saya beli
    tolong emailkan detailnya

  16. waniey says:

    perlu bawak kamera ke untuk join kursus nih..saya nak pergi..tapi kalu kene bawak kamera..jenuh nak mencarinyer plak…

  17. Adhadi Mohd says:

    salam. perlu ada kamera. Notebook tak perlu sebab kami dah sediakan

  18. Cik Lee says:

    kurusu kat area johor takde ker? susah ar jauh sangat.

  19. nizam says:

    Salam. Buat kursus fotografi kat terengganu la plak permintaan ramai

  20. nizam says:

    Salam, kursus kat area kuantan x de ker, klu ada peluang saya nak join kursus fotografi ni.Saya ada camera nikkon D40 standard x pe ker?Dan saya baru nak belajar cara penggunaan camera DSLR ni dan juga merupakan fotografi amatur…so saya nak tambah ilmu pengetahuan dan teknik utk jadi fotografi professional.Boleh bg kat saya detail silibus & kos kursus fotografi di email saya. niezam5205@gmail.com (Berminat sangat)

  21. nizam says:

    Salam.yang hadir kursus ni akan dapat sijil fotografi ke?

  22. Adhadi Mohd says:

    salam. sebenarnya kat terengganu ada ramai yang handal2. Saya cadangkan saudara cuba lihat hasil kerja abang nasey.
    http://www.flickr.com/photos/nasey/
    Try la contact dia… mungkin boleh belajar 1-2 benda…

  23. Cik Lee says:

    Sume yang nak g kursus ni guna nikon. canon tak leh ker?

  24. shah says:

    salam…. bro…saya memang sangat berminat…tapi date tu masih dalam bulan syawal … masih ader jemputan rumah terbuka…hehehe…
    mintak postpone date boleh….?kalau boleh lah eh…yang lain jangan marah pulak….permintaaan ni….

  25. azwin says:

    salam….saya dah lama minat nak join bidang nie..
    tapi langsung x ada basic…camera pun lum ada…
    leh bagi suggestion how to buy the right camera for
    fotografi..tq

  26. Pali says:

    salam…saya pun same cam azwin so kalau bagi suggestion leh gak joint. Teringin sangat nak ceburkan diri….minat tu membuak-buak so minta petunjuk dari sifu. tq

  27. Qaseh says:

    Salam sifu, saya minat nak join sesagat nie tapi x ada basic langsung boleh wat lagi x basic coz dlm bln nov atau Dec nie harap dapat dipertimbang tq

  28. fazilah says:

    kalau di penang @ kulim, x pun kawasan2 yg sewaktu dekat2 dgnnya tu ada buat x???

  29. Adhadi Mohd says:

    ok dah update report… sapa nak tengok gambar untuk kelas 17 & 18 sila masuk link ni

    http://adhadimohd.com/kursus-bengkel/kelas-fotografi-asas-17-18/

  30. zam says:

    kursus yg akan datang bila yer, kalau ader email kat saya terlepas la yang ni,
    guna canon 1000d boleh joint ker

  31. cikgu says:

    bila nak buat kursus asas di alor setar…saya amat berminat. Kamera nikon d60 je, flash pulak sb900. Boleh join ke.

  32. adhadi says:

    salam. cikgu.. kursus di alor star hari jumaat ni saja.

    call abang sham yer untuk registration, RM250 saja. 019 4740404

  33. Aniza says:

    Salam, En Adhadi, bila nak buat next class area KL lagi? kalau ada minta tlg inform di emel saya. Terima kasih.

  34. Marini says:

    Salam, Berminat utk sertai kelas akan datang sebab saya tak ada basic langsung pasal fotografi tapi minat sangat2 dan saya juga belum ada kamera lagi sebab tak tahu nak beli kamera apa….bleh tolong advisekan saya utk beli kamera jenis apa by email to me tak? Thanx

  35. EJA says:

    hai..sy ada camera dslr canon. org bg hadiah. stakat ni tau amek gambar gitu je. langsung xde basic. leh ke join? kursus sehari leh pandai ke? hehe. leh x email more info?

  36. Adhadi Mohd says:

    salam. kelas ni memang untuk beginner. satu hati tapi pack dengan praktikal. Kelas kami dah ramai membantu beginner untuk faham lebih lanjut tentang DSLR walaupun dalam sehari.

  37. EJA says:

    maknenye leh pandai terus la? berapa kos utk 1day course tu? ada tentatif program x?

  38. Adhadi Mohd says:

    salam eja. saya tak boleh janji macam itu. Tapi kita ada program money back guarantee.

  39. sayfull says:

    Bro..Area kuantan x de buat ke dlm waktu terdekat ni? Minat sgt nak join..

  40. EJA says:

    money back guarantee? mcmane tu?

  41. samat_bakar says:

    alo bro. saya beru je beli nikon d60. tak tau apa nk buat dgn kamera ni. bila lg ada kursus ni. 14.11 ni tk bleh.

  42. Anese says:

    Salam….laa saya mmg nak sangat join tapi clashla 14 hb tu pulak…huhu…tapi kalau ada buat lagi email saya ASAP boleh? Kalau ada dlm bulan disember ke…sbb saya ni time nak join mesti clash dgn time kerja….

  43. airirahim says:

    salam…bro masih ada lagi ke kekosongan kursus 14 nov ni…?

  44. hamli says:

    salam…sy br nak berkecimpung dlm duni fotografi…sy nak ikut kursus tu…tp skrg blm cukup budget lagi…selepas 14 nov ni bile lagi kursus tu diadakan….terima kasih

  45. zahrin says:

    masih ada tempat 21/11 ni?

  46. belalang belatuk says:

    assalamualaikum……
    saya sangat berminat tapi :
    1. lom ade camera
    2. kursus kat area melaka tak de ke?

    untuk beginer sesuai pakai model ape ye?
    harga area berape?

    please email answer pada saya…

  47. Siti Zawiyah Bidin says:

    Assalammualaikum..saya berminat dlm fotografi nie..tp belum berkemampuan beli kamera DSLR.Jadi saya ingin minta nasihat, kamera apa yg sesuai utk dibeli, yg mudah dan berbaloi membelinya..Saya berminat dengan kamera nikon..sebab kualitinya..(saya ada kamera digital nikon je)..harap pihak tuan dapat membantu saya…(reply pada email saya) terima kasih..

  48. redzone says:

    hmm bila nak buat lagi… tlepas la

Leave a Reply