Adhadi Mohd
Memilih kamera yang sesuai
Dengan begitu banyak pilihan yang ada di pasaran, mungkin kadangkala kita keliru apabila ingin memilih kamera yang sesuai untuk kita. Disini saya akan berikan beberapa tips dan panduan untuk memilih kamera.
Sebelum memilih sebarang model, anda wajar mengetahui jenis-jenis kamera yang berada dipasaran. Berikut ada ringkasan jenis-jenis kamera tersebut.
KAMERA KOMPAK
1. kamera kompak kecil, mudah dibawa kemana-mana dan ringan. Ianya mudah digunakan dan berfungsi secara automatik. Harga kompak adalah dari serendah RM400 hingga ke RM1500. Lebih mahal sesuatu model, ianya lebih ringan, batterinya tahan lebih lama dan me gapixel yang lebih tinggi.
2. Kebanyakan kompak menawarkan 3x zoom lens. Ada yang sehingga 5x. Semakin tinggi nilai ini, semakin jauh capaian zoom kamera anda.
3. Hampir semua kompak kini menawarkan rakaman video.
4. Kompak menawarkan banyak preset rakaman seperti landscape dan macro untuk memudahkan anda merakam subjek yang anda inginkan.
KAMERA SUPERZOOM
1. Kamera superzoom menawarkan zoom yang lebih jauh, biasanya dari 7x hingga 18x.
2. Walaupun superzoom boleh merakam subjek yang berada jauh dari kamera, mungkin gambar yang terhasil akan kabur akibat gegaran pada kamera pada zoom yang maksimum, terutamanya dalam cahaya rendah.
3. Walaupun penstabilan imej (IS – imej stabilization, VR-vibration reduction) boleh mengurangkan gegaran, penggunaan tripod adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan foto yang jelas dan tajam (sharp).
4. superzoom mempunyai kawalan yang lebih canggih dari kompak, kadangkala menawarkan kawalan white balance dsb.
DIGITAL SLR

1. DSLR memang besar dan berat dari kamera biasa, tetapi DSLR adalah alatan yang terbaik untuk merakam foto. Sunset, bunga api, air terjun yang indah dan nyaman boleh dirakam dengan mudah menggunakan DSLR.
2. Kelebihan DSLR ialah lensa tukarpakai. Selalunya, lensa yang disertakan sekali bersama DSLR anda (kit lens), memang mencukupi dan mempunyai kualiti yang baik, tetapi terhad dari segi capaian zoom dan juga bukaan aperture.
3. Lensa yang mempunyai aperture yang besar memudahkan untuk merakam foto dalam suasana yang suram.
4. Lensa telefoto memudahkan untuk merakam subjek yang berada jauh dari kamera.
5. DSLR adalah tools yang sentiasa mampu dipertingkatkan. Anda boleh menambah flash, remote control, memasang thether, wireless remote capture dan sebagainya.
6. Bateri lithium yang biasa disertakan pada DSLR mampu merakam ribuan foto sebelum habis, dan anda boleh recharge beratus kali. Anda juga boleh menambah batteri pack untuk 2 kali ganda kuasa.
7. DSLR juga mempunyai julat dinamik yang lebih besar, maknanya dalam situasi terang benderang, kawasan shadow masih boleh kelihatan sekiranya anda benar-benar faham tekniknya.
8. Sekiranya kualiti adalah keperluan anda, maka DSLR adalah satu option untuk anda.
9. Harga DSLR adalah dari RM2000 sehingga puluhan ribu ringgit.
Bagaimana dengan MEGAPIXEL?
Megapixel sebenarnya bukan satu isu apabila memilih kamera. 8mp kamera berbanding dengan 10mp kamera, kualiti gambar yang anda akan dapat tidak akan kelihatan berbeza langsung. Megapixel lebih besar akan memberikan foto yang lebih besar, itu saja. Dan peluang untuk crop selepas capture pun lebih besar.
Ingin lebih maklumat?, sila pilih artikel ini:
| Print article | This entry was posted by Adhadi Mohd on November 24, 2009 at 10:22 am, and is filed under General. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |




about 9 months ago
hye..saye mmg berminat sgt nk ade 1 camera..pd mule nya nk beli dslr..
tertarik dgn quality pic yg dihasilkan..sehingga la seorg kwn suggest olympus E-P1..adakah itu pilihan yg seswai?compact + quality same dgn dslr..
about 3 months ago
ASLMKM AD… saya ada camer nikon D700..apa lensa yg sesuai tuk saya pakai…saya sbnrnya minat ngan fotograper, cuma blum ada kebolehan menggunakannya…maksud saya blum tahu cara menggunakannya dgn terperinci..harap ad dpt mem bantu saya…
about 3 months ago
Waalaikumsalam Didie Ummie. Cara paling mudah untuk mempelajari fotografi ialah dengan menyertai kursus asas fotografi digital anjuran kami. Kursus “crash course” ni memang direka khas untuk bantu peminat fotografi “end user” untuk memahami kamera dslr dan memperbaiki mutu rakaman.
Kursus seterusnya akan diadakan pada 15 & 16hb ini (hujung minggu) dan yurannya adalah RM600 sahaja.
Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi kami di 03 51922117. Kami akan cuba membantu.
Terima kasih.