Adhadi Mohd
Tips Perniagaan
Tips Lightroom/PS – Jadikan Foto Anda Mudah Ditemui
Sep 27th
Tips:
1. Sekiranya anda inginkan foto anda mudah ditemui oleh pencari-pencari foto di internet, anda boleh mengisikan maklumat keyword yang perlu melalui adobe lightroom.
2. Anda hanya perlu menuliskan keyword yang perlu, dan gunakan comma untuk meletakkan keyword yang seterusnya.
3. Pastikan juga anda mengisikan copyright dan email anda didalam metadata supaya sesiapa yang berminat untuk membeli gambar anda, boleh menghubungi anda.
4. Anda juga boleh meletakkan URL website anda supaya editor yang ingin menggunakan gambar anda, boleh menghubungi anda.
5. URL yang diletak pada imej yang bernilai tinggi, boleh menjadi sumber pengiklanan untuk website anda secara automatik.
SEMINAR PENGIRAAN KOS PROFESSIONAL FOTOGRAFI OLEH SN
Sep 8th
kepada yang berminat untuk meraih pendapatan yang lebih baik dalam bidang fotografi, saya anjurkan anda ikuti seminar ini. Sangat-sangatlah saya recommend. Saya tahu ramai yang fikir tak munasabah caj wedding sampai 1k, belum lagi cerita 5-6k. SN dah buktikan method yang beliau berjaya, malah method beliau bukan saja dah berjaya diguna pakai oleh team-team candidsyndrome saja, malah banyak lagi jurugambar2 dimalaysia.
Sekiranya anda tak berminat untuk meraih pendapatan yang lebih baik, just fikirkan ini, katakan anda beli Nikon D80 berharga 3k, dengan flash rm 800, dan card, beg.. bla bla bla, anda spent dalam 5-6k. Sekiranya anda ambil job wedding sebulan 2 kali dengan harga rm500 setiap pengantin (cover nikah dan sanding, 1 album), alhamdullilah memang la itu satu extra income, 2x sebulan dah jadi rm1k. Tolak ramadhan, bulan tanpa cuti sekolah, mungkin anda ada 7-8 bulan dengan purata 2 job sebulan. So anda dapatlah RM4000 setahun.
Pada masa tu kamera anda dah pun lusuh, flash anda pun dah tertanggal sana sini getahnya. Pada masa tu dah menjadi satu keperluan untuk menukar peralatan pula. Kalau dah income setahun cuma 4k, kos peralatan pun kita tak dapat return. Belum lagi penat lelah kita berkerja dan kos minyak dan macam2 lagi.
Anda kena beringat bahawa, sepertimana barang2 elektronik lain, kamera dan flash anda juga mudah rosak. Saya pernah rosak SB800 dan sb600 serentak kerana gerimis, mengakibatkan saya ambil gambar foto family dengan pop up flash saja. Body kamera d80 saya juga pernah tidak berfungsi, command dial tidak boleh tukar nilai shutter dan macam macam lagi masalah. Itu belum lagi lensa general zoom 17-50mm saya yang terjatuh di malam berinai sewaktu menukar lens. Saya bernasib baik selepas masalah 2 flash saya rosak, saya sentiasa membawa peralatan backup. Dan kos peralatan backup, sudah pasti 4-5k juga pada entry level.
Anda juga perlu sedar, sekiranya anda ingin membawa nilai fotografi anda ketahap baru, anda memerlukan modal untuk pelajaran, majalah, buku, internet, ini semua modal yang anda perlu kira. Belum outing-outing lagi. Dan anda juga perlu sentiasa menaiktaraf lensa anda, kalau dulu pakai kit lens saja, dapatkan lah pula 50mm 1.8, kalau kosnya 400, itupun banyak juga. Itu belum diffuser yang bermacam2.
Saya juga pernah mengalami perasaan yang sama dengan anda, takut nak menaikkan rate, takut orang tak ambil kita, takut kita di cop pencekik darah… Alhamdullilah saya tak pernah dicop begitu. Kalau dulu nak lepas tembok 1k ke atas memang sukar, tapi bila dapat first customer pada 1k, saya dapat keyakinan tu dan seterusnya tinggal sejarah.
Bukan team Candidsyndrome saja yang boleh meraih ribuan ringgit dari single wedding, kebanyakan photographers yang saya kenali meraih sebegitu dalam single wedding. Cuma SN cukup baik hati untuk berkongsi dengan anda.
Saya yakin, kalau anda semua berani menempuh cabaran menjadi seorang jurufoto yang berjaya… dan yakin dengan apa yang anda buat, insya allah satu hari nanti anda juga akan menikmati pendapatan yang lebih baik dari bidang fotografi ni.

Saiful Nang lah (not in the picture lah, but the speaker sn lah)....
Jurufoto, bagaimana melariskan perniagaan anda?
Aug 18th
Berikut adalah beberapa teknik yang saya pelajari melalui pengalaman ketika bergelar jurugambar freelance/sepenuh masa.
1. Networking. Kaedah networking merupakan teknik paling mudah dan murah untuk memberitahu orang ramai bahawa anda mempunyai perkhidmatan fotografi.
2. Iklan. Iklankan perkhidmatan anda di portal pengiklanan percuma seperti 88db. Semakin lama iklan anda berada di internet, lebih bagus lagi.
3. Pengumuman. Umumkan perkhidmatan anda di dalam blog/website rakan industri seperti blog-blog make up artist atau caterer. Bina rangkaian link bersama mereka.
4. Testimoni. Paparkan testimoni pelanggan di website anda. Sekiranya boleh, link kepada blog pelanggan anda.
5. Upload gambar Terbaru secepat mungkin. Dengan mengupload gambar terbaru kepada laman web anda, anda akan dapat membawa lebih ramai pengunjung kelaman anda secepat mungkin. Laman web yang sentiasa dikemaskini lebih dikenali berbanding laman web yang dorman.
6. Cari Pelanggan. Kadangkala, mencari pelanggan boleh meningkatkan jualan anda. Anda boleh google dengan keyword : “mencari jurufoto”, atau “mencari make up artist”, atau “siapa kenal jurugambar yang baik”. Ada kemungkinan anda akan mendapat beberapa target dan anda boleh emailkan perkhidmatan anda kepada mereka.
7. Follow Up. Sentiasa follow dengan prospek anda setelah anda menghantar quotation. Berikan tempoh 1-2 hari sebelum follow up atau tempoh yang telah dipersetujui. Tawarkan mereka pakej yang lebih sesuai sekiranya pakej yang pertama tidak menepati. Saya mendapati proses follow up ini amat berkesan dan hampir 90% akan memberikan closing.















