Komposisi

Panduan Sepertiga (Rule Of Thirds)

Salam. hari ini saya nak menyentuh tentang Panduan Sepertiga ataupun Rule Of Thirds. Panduan ini merupakan satu panduan yang penting untuk difahami apabila kita bercerita tentang komposisi didalam sesebuah gambar.

Sebelum memahami rule of thirds, ada baiknya kita memahami dulu apa itu komposisi. Komposisi adalah susun atur elemen-elemen di dalam gambar. Secara mudahnya, sekiranya anda merakam gambar ibu-bapa dengan berlatarbelakangkan langit biru, anda perlu membuat keputusan dimanakah wajarnya diletakkan ibu bapa anda di dalam gambar, ke kirikah atau kekanankah? keatas atau kebawah? adakah anda perlukan langit yang luas atau perlu penuhkan frame dengan ibu bapa anda dan langit sedikit sahaja?

Keputusan yang anda buat itu adalah keputusan susun atur di dalam gambar. Ataupun teknik komposisi.

Tiada satu keputusan komposisi yang boleh dikatakan salah dalam proses rakaman gambar. Yang ada cumalah komposisi yang menawan atau tidak.

Salah satu teknik mudah untuk anda memperbaiki komposisi didalam gambar ialah dengan mengelakkan dari meletak titik fokal dari di tengah bingkai. Dan dengan menggunakan panduan sepertiga atau rule of thirds, ianya lebih mudah lagi.

Apa yang perlu anda buat ialah dengan membahagikan bingkai gambar anda secara visual kepada 9 kotak yang sama besar. Dan kemudian letakkan titik fokal atau subjek utama anda pada titik persilangan tersebut.

Dalam contoh ini, wajah kucing tersebut diletakkan pada titik persilangan di sebelah kanan dan sepanjang garisan rule of thirds tersebut.

Wajah kucing pada titik panduan sepertiga

Wajah kucing pada titik panduan sepertiga


Tips Foto : Filter Circular Polarizer

Filter ini merupakan satu filter yang amat penting untuk jurufoto. Ada banyak kegunaan Circular polarizer (CPL) ,  Penyuntingan photoshop tidak boleh menggantikan CPL ni. Saya sentiasa mempunyai CPL yang perlbagai saiz didalam beg kamera saya. Berikut adalah beberapa perkara yang CPL boleh lakukan…

1. CPL boleh memekatkan warna langit

CPL boleh memekatkan warna biru pada langit. Anda memerlukan sudut yang betul dan pusingan pada filter sehingga langit begitu pekat.

CPL boleh memekatkan warna biru pada langit. Anda memerlukan sudut yang betul dan pusingan pada filter sehingga langit begitu pekat. Gambar ehsan Wikipedia

2. CPL boleh mengurangan kesan pantulan dalam cermin.

Tanpa polarizer, kesan pantulan pada cermin jelas kelihatan

Tanpa polarizer, kesan pantulan pada cermin jelas kelihatan

Dengan polarizer, kesan pantulan pada cermin semakin berkurangan.

Dengan polarizer, kesan pantulan pada cermin semakin berkurangan.

Terdapat pelbagai jenis CPL yang dijual dipasaran. Ada yang jenis di skru pada lens dan ada yang boleh menggunakan HOLDER seperti cokin system. Filter yang menggunakan holder mungkin lebih menjimatkan tetapi agak leceh digunakan.

MYFOTOZONE  menjual pelbagai jenis filter circular polarizer dan anda boleh menghubungi kedai kami sekiranya ingin mendapatkan Filter ini. Sila hubungi IEKA/NAZA pada 03 51922117 atau pada shop(at)myfotozonedotcomdotmy.

PROMOSI!

Beli sebarang CIRCULAR POLARIZER dan dapatkan pembersih lensa percuma!

CIRCULAR POLARIZER BERSAIZ 55mm

CIRCULAR POLARIZER BERSAIZ 55mm

Jimatkan wang dan masa perjalanan anda dengan pembelian secara online! kami menerima kad kredit utama dan bank transfer. KOS PENGHANTARAN DALAM MALAYSIA CUMA RM8.00 SAHAJA!

CPL BERSAIZ 55mm : http://myfotozone.com.my/proddetail.php?prod=HOYACIRP55

CPL BERSAIZ 62mm : http://myfotozone.com.my/proddetail.php?prod=HOYACIRP62

KAMI JUGA MENJUAL CPL DALAM SAIZ SAIZ LAIN. SILA HUBUNGI KAMI UNTUK PENGESAHAN.

Belian secara direct transfer dari MAYBANK2u Ke akaun kami akan memberikan anda 3% diskaun! Jangan lepaskan peluang ini!!! Lebih NILAI, lebih HEBAT, lebih JIMAT!!!

Sila hubungi wakil penjual kami, IEKA/NAZA pada 03 51922117 atau pada shop(at)myfotozonedotcomdotmy. Dapatkan circular polarizer anda dari kami hari ini dan dapatkan Jaminan 7 hari pemulangan wang tanpa sebarang pertanyaan!.

Kedai kami didalam GIANT HYPERMARKETS PUTRA HEIGHTS, SUBANG JAYA, bersebelahan dengan lebuhraya ELITE. Sila kunjungi kedai kami dari jam 9.30 pagi sehingga 11 malam setiap hari termasuk hari cuti umum.

Kami menerima pembelian secara LO atau tempahan kerajaan, sila hubungi Adhadi pada 012 3076857 untuk sebarang pertanyaan.


Tips Fotografi Perkahwinan

Staged posed juga mempunyai peminat yang besar hari ini. Konsep lebih santai, keanak-anakkan dan riang jadi pilihan ramai pengantin yang ingin kelaitan.

Staged posed juga mempunyai peminat yang besar hari ini. Konsep lebih santai, keanak-anakkan dan riang jadi pilihan ramai pengantin yang ingin kelainan.

Apabila menyebut foto perkahwinan melayu, ramai yang menyangka ianya terhad kepada pose dipelamin saja. Zaman kini telah berubah dan teknik-teknik fotografi juga kini lebih berkembang dan teknologinya juga semakin memudahkan kerja-kerja jurufoto.

Sebagai penyedia perkhidmatan, jurufoto perkahwinan juga perlu berubah untuk mendapatkan keunikan dan berada didalam golongan “in-demand”. Sekiranya kita masih menghadkan produktiviti kita kepada posing-posing klasik dipelamin saja, kita tidak akan dapat bayaran perkhidmatan yang lebih baik. Mahu atau tidak, skill jurufoto harus seiring dengan zaman. Pengantin-pengantin melayu juga sekarang lebih berpelajaran dan didedahkan dengan imej-imej yang lebih segar dan menarik berbanding foto klasik. Walaupun penting untuk kita mengekalkan skill dalam potret klasik, kita juga harus mengembangkan pengetahuan kita kepada teknik-teknik fotografi  terkini, dan teknologi-teknologi yang boleh memudahkan kerja kita.

Kemesraan perlu menjadi faktor utama apabila mengambil potret pengantin

Kemesraan perlu menjadi faktor utama apabila mengambil potret pengantin

Jenis-jenis jurufoto perkahwinan

Terdapat beberapa konsep didalam fotografi perkahwinan melayu.  Antara konsep yang klasik adalah konsep foto formal seperti pengantin di pelamin, makan beradap, group foto keluarga, jalan berarak dsb. Kebanyakan jurufoto masih mengekalkan konsep ini. Saya mengkategorikan jurufoto ini sebagai jurufoto perkahwinan klasik. Biasanya jurufoto ini mendapat bayaran serendah rm300 untuk sehari atau RM500 untuk 2 hari liputan majlis perkahwinan.  Jurufoto yang lebih mahir dalam konsep ini, sekiranya benar-benar berpengalaman, boleh juga mendapatkan bayaran ribuan ringgit sekiranya telah terkenal dan hasilnya betul-betul baik.

Terdapat juga konsep jurufoto fotojurnalis. Dimana jurufoto merakam foto-foto yang mengenengahkan aksi dan ekpressi pada hari tersebut.  Foto-foto seperti ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan jurufoto melihat dan merasai situasi sebenar hari tersebut. Rakaman ini selalunya bersifat candid iaitu subjek biasanya tidak sedar gambar beliau dirakam kerana begitu asyik dengan aktiviti beliau.  Bagaimanapun, tugas jurufoto fotojournalis juga selalunya perlu merakam gambar-gambar yang “wajib” seperti jurufoto klasik. Fotojournalis perkahwinan boleh mendapat bayaran sehingga berpuluh ribu ringgit sekiranya amat terkenal dan mempunyai skill yang amat bagus.

Ada juga jurufoto yang bersifat khas dalam potret. Mereka hanya merakam potret subjek samada dilokasi-lokasi tertentu atau didalam studio.

Imej oleh Adhadi mohd.


Teknik Komposisi – Format & Perkadaran (Format & Proportions)

terdapat dua cara untuk mengawal perkadaran didalam gambar. Kita boleh mengawal format seperti format kotak empat segi tepat,  format landscape, atau format potret .

Ataupun kita boleh mengawal dimana letaknya elemen utama didalam gambar, supaya mempunyai perkadaran yang kita perlukan.

Perkadaran, adalah samada kita mengawal keseimbangan elemen didalam gambar, ataupun mencipta imej yang langsung tidak mempunyai keseimbangan. Kita boleh membahagikan ruang didalam gambar sesuka hati untuk mencapai rasa yang ingin disampaikan kepada penonton.

Susunan didalam imej juga penting untuk mencadangkan aliran perjalanan sesuatu subjek didalam gambar.  Sebagai contoh sebuah gambar tangga berpusing akan membawa mata penonton berpusing ke tengah imej. Dengan memberikan penonton satu “tapak aliran” dalam gambar, penonton akan segera mengikuti perjalanan yang dicadangkan. Ini merupakan satu kaedah yang penting didalam fotografi.

Format

Antara format yang penting dalam fotografi, dalam bentuk ratio ialah

  • 4:3
  • 16:6
  • 16:9
  • 3:2
Format 4:3

Format 4:3

Landscape dalam format 16:9

Landscape dalam format 16:9

Portrait Format 16:9

Portrait Format 16:9


Jangan buang gambar kabur…..

SEKIRANYA…..

ia mempunyai ekpressi yang hebat…. seperti ini

Ekpresi gembira yang kuat, berjaya menarik pandangan walau gambar ini kabur...

Ekpresi gembira yang kuat, berjaya menarik pandangan walau gambar ini kabur...

Gambar ehsan Encik Dome Nikong.


  • MYFOTOZONE UPDATES – 12/02/2010

    Nikon D90 body : RM3150
    Nikon D3000 + 18-55mm f/3.5-5.6 VR DX : RM2050
    NIkon D5000 + 18-55mm f/3.6-5.6 VR DX : RM2750

    Phottix tetra 1+2 : RM160.00
    Hotshoe softbox : RM150 / RM185

    Hubungi kami di 51922117 untuk maklumat lanjut

    Kedai kami adalah di dalam Giant Hypermarkets Putra Heights, Subang Jaya. Masa operasi : 9.30 am - 11 malam.

    Email / google talk : Shop@myfotozone.com.my

  • FACEBOOK

  • Copyright © 1996-2010 Blog Fotografi Digital. All rights reserved.
    Jarrah theme by Templates Next | Powered by WordPress