Silhouette Daun

Silhouette Daun

- Silhouette merupakan pemandangan sesuatu objek, yang hanya menunjukkan bentuk tanpa maklumat permukaan objek tersebut.

- Silhouette memerlukan latarbelakang yang lebih cerah dari objek

- Kaedah termudah merakam silhouette adalah dengan menggunakan Matrix metering, halakan pada pemandangan yang ingin dirakam dan seterus mengurangkan beberapa stops pada EV (-2 atau -3ev) bagi mendapatkan subjek yang cukup gelap.

- Satu lagi teknik adalah dengan merakamkan exposure berdasarkan latarbelakang yang cerah. Anda boleh menggunakan spot metering, meter pada highlight atau mid tone yang lebih cerah.

- Anda boleh menaikkan contrast di dalam photoshop untuk mendapatkan silhouette yang kelihatan lebih kuat.

Extreme S-CURVE pada level boleh menaikkan contrast silhouette

Extreme S-CURVE pada level boleh menaikkan contrast silhouette

Tagged with:
 

MENGAPA ANDA PERLU MAHIRKAN DIRI DALAM SUNNY 16?

Panduan Sunny 16 telah wujud berpuluh-puluh tahun dan dengan memahami panduan ini, ia akan membantu anda untuk  memahami dan mendapatkan dedahan yang baik.

Berikut adalah contoh situasi dimana sunny 16 boleh membantu anda.

  1. Dalam kebanyakkan keadaan, pengunaan mod semi auto didalam kamera, atau full auto sudah mencukupi. Terutamanya apabila tonaliti dalam gambar adalah sederhana. Maksudnya tidak terlalu terang/putih atau tidak terlalu gelap.
  2. Bagaimanapun ia berbeza dalam keadaan subjek yang terlalu berbeza tonanya berbanding latarbelakang. Atau terlalu terang atau terlalu gelap atau beza tona (contrast) dengan latarbelakang terlalu sedikit seperti gambar ini.
Kadangkala, teknik anggaran lebih pantas diaplikasikan dari bergantung pada metering

Kadangkala, teknik anggaran lebih pantas diaplikasikan dari bergantung pada metering

  1. Dalam keadaan ini, teknik spot metering yang betul, atau penggunaan EV yang betul boleh membantu.
  2. Biasanya subjek putih dalam limpahan cahaya langit (sky light) waktu siang, exposure yang diperlukan ialah +1 hingga +2 stop dari sunny 16.
  3. Saya memilih tambahan +1 stop dalam gambar ini untuk mendapatkan dedahan yang cukup untuk menyerlahkan bentuk dan tektur pada bunga tersebut. Saya memilih tambahan +1 stop kerana sumber cahaya adalah dari cahaya langit dan cahaya yang terpantul dari persekitaran kawasan tersebut.
  4. Tambahan +1 stop pada panduan sunny 16, ialah f11 pada bahagian aperture.
  5. tanpa merujuk kepada metering, saya dapat sebuah gambar yang tidak perlu diperbetulkan tonalitinya didalam photoshop.
Maklumat exif dari gambar.

Maklumat exif dari gambar.

Kaedah Sunny 16

Di setiap pelusuk dunia, ketika waktu matahari tegak di atas kepala ketika tengahhari, nilai dedahan yang diperlukan adalah tidak jauh berbeza. Sebagai contoh, pada waktu tengahhari, nilai dedahan di Jeddah, Arab Saudi adalah sama dengan nilai dedahan yang diperlukan di Kuala Lumpur Malaysia.

Berdasarkan ini juga, satu teknik yang dikenali sebagai Sunny 16 telah di uji dan terbukti berkesan, boleh digunakan untuk menentukan nilai dedahan yang diperlukan pada waktu yang sama di mana jua.

Teknik sunny 16 memberikan panduan yang begini:

Pada waktu tengahhari dan cahaya tegak atas kepala, tetapkan nilai kelajuan katupan (shutter speed) sama dengan nombor ISO, dan tetapkan aperture pada f16. Itulah nilai dedahan pada permukaan yang menerima limpahan cahaya matahari tersebut.

Sekiranya anda perlu menggunakan iris (aperture) yang lebih besar untuk mengawal kedalam focus, anda boleh menukar Iris (aperture) dari f16 kepada nombor yang lebih kecil seperti f11 (-1 stop) dan seterusnya menukar kelajuan katupan (shutter speed) dari 1/250 kepada 1/500 menandakan bahawa kita masih mengawal jumlah cahaya yang sama masuk kedalam kamera.

Anda perlu ingat, Sunny 16 diaplikasi pada permukaan yang menerima cahaya matahari secara terus. Bukan Permukaan yang terlindung dari matahari.

Di malaysia, kadangkala Sunny 16 boleh tersasar kerana masalah jerebu dan polusi. Anda perlu mahir melihat dan menganggar berapa banyak perubahan dedahan yang perlu.

Lama kelamaan anda akan mahir mendapatkan dedahan tanpa perlu bergantung pada meter dalam kamera anda.

Sunny 16 juga akan boleh membantu anda mendapatkan dedahan yang baik apabila matahari terik terlindung oleh awan atau terlindung oleh bangunan.

Pemahaman tentang berapa banyak tonaliti cahaya yang hilang dan berapa stop diperlukan boleh memberikan anda kemampuan menganggarkan apakah persamaan dedahan yang diperlukan, tidak kira waktu matahari terik atau tidak , terlindung atau tidak.

Asas pemahammannya ialah Sunny 16 dan Zone sistem

Untuk mendapatkan asasnya anda boleh merujuk kepada Ebuku Seni Fotografi saya atau menghadiri kelas fotografi yang akan saya anjurkan.

Memahami Aperture

Untuk memahami aperture, anda boleh merujuk kepada video ini :

1. Aperture merujuk kepada BUKAAN
2. Lebih besar aperture, lebih banyak cahaya masuk kedalam kamera
3. Lebih besar aperture, masa yang diperlukan untuk cahaya masuk kedalam kamera akan berkurangan.
4. Lebih kecil aperture, masa yang diperlukan untuk cahaya masuk kedalam kamera akan menjadi lebih lama
5. Lebih besar aperture, Depth of field akan menjadi lebih nipis
6. Lebih kecil aperture, Depth of field akan menjadi lebih tebal


Saiz aperture dan kiraan f Stop

Bukaan Aperture

Bukaan Aperture dan f stop.

Dari f16  ke f11, bermakna sekali ganda cahaya masuk kedalam kamera. Dipanggil +1 stop.

 

Berikut adalah turutan f-stop

1.0, 1.4, 2.0, 2.8, 4.0, 5.6, 8.0, 11, 16, 22, 32

Tagged with:
 

Fotografi Time Lapse

Saya tertarik dengan teknik fotografi time lapse.

Contoh Time Lapse Photography:

Sebenarnya teknik time lapse fotografi ini mudah saja. Anda cuma memerlukan sebuah tripod dan kamera yang menyokong interval timer seperti d300s. Untuk kaedah mengaktifkan interval timer ini, sila rujuk manual kamera anda ye.

Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut, semuanya ada disini [click]

Tagged with:
 
Sun star

Sun star

Cara untuk mendapatkan sunstar adalah mudah. Berikut adalah tips yang boleh anda ikuti

1. Gunakan Aperture terkecil (nombor terbesar, eg: f22)

2. Cari angle yang agak rendah

3. lihat sehingga anda dapat sunstar dalam imej, anda mungkin perlu mendongakkan kamera ke atas dan kebawah.

4. blok sumber cahaya dengan sesuatu, dahan atau daun.

5. Gunakan fill flash supaya subjek anda kelihatan dalam gambar.

6. Anda boleh gunakan sebarang sumber cahaya, matahari, lampu jalan, spotlight, lampu meja untuk mendapatkan star seperti ini.

7. Setiap lens mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan rupa yang berbeza dalam penghasilan sunstar.

8. Sun star mudah direplika didalam photoshop. Anda boleh menggunakan Knoll Light Factory plugin untuk memudahkan kerja anda.

9. JANGAN PUTUS ASA kerana saya pun mencuba banyak kali baru dapat kesan ni.  Kadang-kadang pun masih tak dapat juga.

Sun star

Sun star