Teknik Fotografi

Kesan pergerakan pada gambar

Tips Foto Perkahwinan : Motion Blur dan aksi

Salam.. kadangkala kita akan berpeluang untuk mendapatkan gambar yang menunjukkan pergerakkan. Gambar pergerakan boleh menjadi begitu menarik dan memberi impak sekiranya teknik rakaman adalah betul.

Anda boleh mencuba untuk meminta subjek untuk berjalan dan bergerak, atau berpusing malah menari untuk mendapatkan kesan pergerakan. Bagaimanapun anda perlu menggunakan shutter speed yang sesuai. Anda perlu bereksperimentasi dengan shutter speed yang sesuai. Anda mungkin boleh menggunakan sekitar 1/30 hingga 1/125 saat.

Pastikan anda setkan camera anda dalam mode Burst Mode dan Focus pada AI SERVO atau AF-Continous. Rakamkan seberapa banyak frame yang boleh bagi memastikan anda mendapat gambar yang dikehendaki.

Kesan pergerakan pada gambar

Sudut Paras mata kanak-kanak

Gambar lebih natural dengan sudut paras mata

Sudut Paras Mata

Sudut paras mata bermaksud gambar diambil dari paras yang sama dengan paras mata jurugambar. Sudut paras mata memberikan pemandangan yang paling asli dan mudah diterima sebagai “normal”.  Kebanyakkan gambar portrait korporat akan menggunakan sudut paras mata kerana mudah dilihat dan di fahami.

Kadangkala, jurugambar perlu memanjat atau membongkok untuk mendapatkan paras mata sekiranya subjek tidak berada pada paras mata yang sama. Sebagai contoh apabila mengambil gambar kanak-kanak berlari, menggunakan sudut paras mata memerlukan jurugambar berlutut atau berbaring untuk mendapatkan paras yang sama.

Sudut Paras mata kanak-kanak

Nota percuma teknik fotografi

Salam.. ini merupakan nota percuma yang pernah saya release beberapa tahun lepas. Harap boleh menjadi panduan untuk anda.

NOTA ASAS DIGITAL FOTOGRAFI – DOWNLOAD