Staged posed juga mempunyai peminat yang besar hari ini. Konsep lebih santai, keanak-anakkan dan riang jadi pilihan ramai pengantin yang ingin kelaitan.

Staged posed juga mempunyai peminat yang besar hari ini. Konsep lebih santai, keanak-anakkan dan riang jadi pilihan ramai pengantin yang ingin kelainan.

Apabila menyebut foto perkahwinan melayu, ramai yang menyangka ianya terhad kepada pose dipelamin saja. Zaman kini telah berubah dan teknik-teknik fotografi juga kini lebih berkembang dan teknologinya juga semakin memudahkan kerja-kerja jurufoto.

Sebagai penyedia perkhidmatan, jurufoto perkahwinan juga perlu berubah untuk mendapatkan keunikan dan berada didalam golongan “in-demand”. Sekiranya kita masih menghadkan produktiviti kita kepada posing-posing klasik dipelamin saja, kita tidak akan dapat bayaran perkhidmatan yang lebih baik. Mahu atau tidak, skill jurufoto harus seiring dengan zaman. Pengantin-pengantin melayu juga sekarang lebih berpelajaran dan didedahkan dengan imej-imej yang lebih segar dan menarik berbanding foto klasik. Walaupun penting untuk kita mengekalkan skill dalam potret klasik, kita juga harus mengembangkan pengetahuan kita kepada teknik-teknik fotografi  terkini, dan teknologi-teknologi yang boleh memudahkan kerja kita.

Kemesraan perlu menjadi faktor utama apabila mengambil potret pengantin

Kemesraan perlu menjadi faktor utama apabila mengambil potret pengantin

Jenis-jenis jurufoto perkahwinan

Terdapat beberapa konsep didalam fotografi perkahwinan melayu.  Antara konsep yang klasik adalah konsep foto formal seperti pengantin di pelamin, makan beradap, group foto keluarga, jalan berarak dsb. Kebanyakan jurufoto masih mengekalkan konsep ini. Saya mengkategorikan jurufoto ini sebagai jurufoto perkahwinan klasik. Biasanya jurufoto ini mendapat bayaran serendah rm300 untuk sehari atau RM500 untuk 2 hari liputan majlis perkahwinan.  Jurufoto yang lebih mahir dalam konsep ini, sekiranya benar-benar berpengalaman, boleh juga mendapatkan bayaran ribuan ringgit sekiranya telah terkenal dan hasilnya betul-betul baik.

Terdapat juga konsep jurufoto fotojurnalis. Dimana jurufoto merakam foto-foto yang mengenengahkan aksi dan ekpressi pada hari tersebut.  Foto-foto seperti ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan jurufoto melihat dan merasai situasi sebenar hari tersebut. Rakaman ini selalunya bersifat candid iaitu subjek biasanya tidak sedar gambar beliau dirakam kerana begitu asyik dengan aktiviti beliau.  Bagaimanapun, tugas jurufoto fotojournalis juga selalunya perlu merakam gambar-gambar yang “wajib” seperti jurufoto klasik. Fotojournalis perkahwinan boleh mendapat bayaran sehingga berpuluh ribu ringgit sekiranya amat terkenal dan mempunyai skill yang amat bagus.

Ada juga jurufoto yang bersifat khas dalam potret. Mereka hanya merakam potret subjek samada dilokasi-lokasi tertentu atau didalam studio.

Imej oleh Adhadi mohd.

Tagged with:
 

terdapat dua cara untuk mengawal perkadaran didalam gambar. Kita boleh mengawal format seperti format kotak empat segi tepat,  format landscape, atau format potret .

Ataupun kita boleh mengawal dimana letaknya elemen utama didalam gambar, supaya mempunyai perkadaran yang kita perlukan.

Perkadaran, adalah samada kita mengawal keseimbangan elemen didalam gambar, ataupun mencipta imej yang langsung tidak mempunyai keseimbangan. Kita boleh membahagikan ruang didalam gambar sesuka hati untuk mencapai rasa yang ingin disampaikan kepada penonton.

Susunan didalam imej juga penting untuk mencadangkan aliran perjalanan sesuatu subjek didalam gambar.  Sebagai contoh sebuah gambar tangga berpusing akan membawa mata penonton berpusing ke tengah imej. Dengan memberikan penonton satu “tapak aliran” dalam gambar, penonton akan segera mengikuti perjalanan yang dicadangkan. Ini merupakan satu kaedah yang penting didalam fotografi.

Format

Antara format yang penting dalam fotografi, dalam bentuk ratio ialah

  • 4:3
  • 16:6
  • 16:9
  • 3:2
Format 4:3

Format 4:3

Landscape dalam format 16:9

Landscape dalam format 16:9

Portrait Format 16:9

Portrait Format 16:9

Tagged with:
 

MENGAPA ANDA PERLU MAHIRKAN DIRI DALAM SUNNY 16?

Panduan Sunny 16 telah wujud berpuluh-puluh tahun dan dengan memahami panduan ini, ia akan membantu anda untuk  memahami dan mendapatkan dedahan yang baik.

Berikut adalah contoh situasi dimana sunny 16 boleh membantu anda.

  1. Dalam kebanyakkan keadaan, pengunaan mod semi auto didalam kamera, atau full auto sudah mencukupi. Terutamanya apabila tonaliti dalam gambar adalah sederhana. Maksudnya tidak terlalu terang/putih atau tidak terlalu gelap.
  2. Bagaimanapun ia berbeza dalam keadaan subjek yang terlalu berbeza tonanya berbanding latarbelakang. Atau terlalu terang atau terlalu gelap atau beza tona (contrast) dengan latarbelakang terlalu sedikit seperti gambar ini.
Kadangkala, teknik anggaran lebih pantas diaplikasikan dari bergantung pada metering

Kadangkala, teknik anggaran lebih pantas diaplikasikan dari bergantung pada metering

  1. Dalam keadaan ini, teknik spot metering yang betul, atau penggunaan EV yang betul boleh membantu.
  2. Biasanya subjek putih dalam limpahan cahaya langit (sky light) waktu siang, exposure yang diperlukan ialah +1 hingga +2 stop dari sunny 16.
  3. Saya memilih tambahan +1 stop dalam gambar ini untuk mendapatkan dedahan yang cukup untuk menyerlahkan bentuk dan tektur pada bunga tersebut. Saya memilih tambahan +1 stop kerana sumber cahaya adalah dari cahaya langit dan cahaya yang terpantul dari persekitaran kawasan tersebut.
  4. Tambahan +1 stop pada panduan sunny 16, ialah f11 pada bahagian aperture.
  5. tanpa merujuk kepada metering, saya dapat sebuah gambar yang tidak perlu diperbetulkan tonalitinya didalam photoshop.
Maklumat exif dari gambar.

Maklumat exif dari gambar.

Kaedah Sunny 16

Di setiap pelusuk dunia, ketika waktu matahari tegak di atas kepala ketika tengahhari, nilai dedahan yang diperlukan adalah tidak jauh berbeza. Sebagai contoh, pada waktu tengahhari, nilai dedahan di Jeddah, Arab Saudi adalah sama dengan nilai dedahan yang diperlukan di Kuala Lumpur Malaysia.

Berdasarkan ini juga, satu teknik yang dikenali sebagai Sunny 16 telah di uji dan terbukti berkesan, boleh digunakan untuk menentukan nilai dedahan yang diperlukan pada waktu yang sama di mana jua.

Teknik sunny 16 memberikan panduan yang begini:

Pada waktu tengahhari dan cahaya tegak atas kepala, tetapkan nilai kelajuan katupan (shutter speed) sama dengan nombor ISO, dan tetapkan aperture pada f16. Itulah nilai dedahan pada permukaan yang menerima limpahan cahaya matahari tersebut.

Sekiranya anda perlu menggunakan iris (aperture) yang lebih besar untuk mengawal kedalam focus, anda boleh menukar Iris (aperture) dari f16 kepada nombor yang lebih kecil seperti f11 (-1 stop) dan seterusnya menukar kelajuan katupan (shutter speed) dari 1/250 kepada 1/500 menandakan bahawa kita masih mengawal jumlah cahaya yang sama masuk kedalam kamera.

Anda perlu ingat, Sunny 16 diaplikasi pada permukaan yang menerima cahaya matahari secara terus. Bukan Permukaan yang terlindung dari matahari.

Di malaysia, kadangkala Sunny 16 boleh tersasar kerana masalah jerebu dan polusi. Anda perlu mahir melihat dan menganggar berapa banyak perubahan dedahan yang perlu.

Lama kelamaan anda akan mahir mendapatkan dedahan tanpa perlu bergantung pada meter dalam kamera anda.

Sunny 16 juga akan boleh membantu anda mendapatkan dedahan yang baik apabila matahari terik terlindung oleh awan atau terlindung oleh bangunan.

Pemahaman tentang berapa banyak tonaliti cahaya yang hilang dan berapa stop diperlukan boleh memberikan anda kemampuan menganggarkan apakah persamaan dedahan yang diperlukan, tidak kira waktu matahari terik atau tidak , terlindung atau tidak.

Asas pemahammannya ialah Sunny 16 dan Zone sistem

Untuk mendapatkan asasnya anda boleh merujuk kepada Ebuku Seni Fotografi saya atau menghadiri kelas fotografi yang akan saya anjurkan.