Advance

Mengenal Contrast

Contrast, atau “ketidaksamaan antara dua perkara yang dibandingkan” merupakan satu perkara yang amat penting dalam fotografi.

Contrast akan menentukan focal point akan berjaya atau tidak. Kadangkala tanpa contrast, fokal point akan tenggelam dengan persekitaran.

Di dalam subjek fotografi, contrast bukan saja tentang warna atau cahaya, tetapi segala apa yang dirakam.

Sebagai contoh, sebuah gambar yang ringkas, dengan subjeknya sebiji timun dan disebelahnya sebiji durian, akan menggambarkan sebuah contrast yang kuat.

Dari segi warna pula, sebagai contoh gambar dibawah, kita kurang tertarik dengan fokal point iaitu rama rama, kerana contrast yang kurang dengan latarbelakang.

Warna rama-rama hampir sama dengan latar belakang , membuatkan gambar ini tidak menyerlah

Warna rama-rama hampir sama dengan latar belakang , membuatkan gambar ini tidak menyerlah

Contrast warna dan tonal cahaya menyerlahkan subjek. Kita mudah mengenali subjek dengan contrast yang baik

Contrast warna dan tonal cahaya menyerlahkan subjek. Kita mudah mengenali subjek dengan contrast yang baik

Jatuhan cahaya membantu untuk menerbitkan contrast yang menarik pada sesebuah subjek.

Jatuhan cahaya membantu untuk menerbitkan contrast yang menarik pada sesebuah subjek.

Contrast cahaya dengan bayang pada wajah akan mengenengahkan rupabentuk atau sifat sesuatu subjek.

Contrast cahaya dengan bayang pada wajah akan mengenengahkan rupabentuk atau sifat sesuatu subjek.

Bagaimanapun ada masanya kita memerlukan foto yang kurang dari segi contrast. Topik ini akan dibincangkan pada satu masa yang akan datang.

Terima kasih

Dan selamat menyambut Aidil Adha

Ikhlas dari Adhadi Mohd & Sekeluarga


Kursus Teknik Pro-Flash

10-8-2009 11-54-29 AM

Download Brochure

jadual

Setelah kejayaan outing strobist pada minggu lepas, ramai yang menanyakan sesi di tempat lain pula. Setelah meneliti jadual, ada juga slot-slot yang boleh diisi untuk outing yang serupa. Saya memilih nama Kursus Teknik Pro-Flash untuk sesi kali ini. Kursus ini agak advance tetapi saya akan memulakan dengan asas-asas flash yang penting dahulu. Kursus ini juga akan dikendalikan sepenuhnya di dalam bahasa melayu.

Apakah teknik Pro Flash?
Teknik pro flash atau Professional Flash akan mendedahkan anda teknik-teknik untuk menggunakan Flash untuk :-
1. Menyelesaikan masalah-masalah fotografi yang berkaitan dengan Exposure.
2. Applikasi Flash secara praktikal yang membolehkan anda mampu mempelopori ruang kreatif dalam fotografi.
3. Kawalan Flash secara terperinci (precise) dari segi kawalan limpahan kuasa dan limpahan liputan cahaya.
4. Memahami kesan-kesan flash terhadap subjek yang berlainan dan permukaan yang berlainan.

Perkataan Pro-Flash juga sengaja dipilih kerana kursus ini menuntut anda mempunyai pengetahuan yang baik dalam proses merakam foto. Dan penting anda mempunyai sedikit pengetahuan tentang penggunaan flash.

*** FLASH dalam sesi ini merujuk kepada hotshoe flash saja.

Siapa Adhadi Mohd?
Adhadi Mohd adalah Director & General Manager kepada MY FOTOZONE SDN BHD, pemilik kedai CAMWORLD Putra Heights yang juga authorized dealer untuk Digital Camera, D SLR, Lighting  dan Accessories untuk jenama-jenama terkenal seperti Canon , Nikon dan sebagainya. Adhadi juga adalah salah seorang the Hip-List wedding photographer dalam tahun 2008 yang meletakkan namanya setaraf jurugambar-jurugambar bertaraf antarabangsa. Hasil karya beliau telah mendapat laluan ke pelbagai negara seperti thailand, singapura, indonesia, India dan vietnam. Beliau juga adalah passionate trainer dan telah mengendalikan ratusan kursus untuk persendirian dan badan kerajaan dan antara client beliau ialah Kementerian Dalam Negeri, Amanah Raya, Bank Negara Malaysia dan ramai lagi.

Apakah yang akan diajar pada sesi ini?

Secara tepat, berikut adalah teknik penting yang akan diajar pada hari tersebut.
1. Asas penggunaan flash. Konsep Fill Flash. Bounce technique.
2. Menyeimbangkan dedahan dengan kuasa flash
3. Teknik Flash dalam situasi HDR
4. Teknik Flash dalam lowlight (malam)
5. Ruang kreatif pada waktu matahari sangat harsh
6. Ruang kreatif dalam waktu yang sangat gelap
7. Penggunaan Flash secara On Camera, sync cord , CLS, Radio trigger.
8. Penggunan Single Flash sebagai Main Light
9. Penggunaan Single Flash/Reflector sebagai Fill Flash
10. Penggunaan Single Flash/Natural Lighting Sebagai Ascent Light/Kick Light
11. Teknik & Penggunaan Soft Light dan kaitan dengan dedahan & potret
12. Teknik & Penggunaan Hard Light dan kaitan dengan dedahan & potret.
13. Mengawal Ratio Main Light & Fill Light
14. Mengawal contrast/shadow edge transfer

15. Mengawal warna

16. Merakam pergerakan menggunakan slow sync
17. Kuasa Flash dan ukuran aperture.
18. Mengawal ambience
19. Penerangan terperinci penggunaan Light modifier seperti Gobo, Snoot, Relfector, Diffuser.
Dan banyak lagi…….

Berapa perlu Anda bayar?
RM1000?
Tidak!!

Cuma RM200 (HARGA PROMOSI) persesi dari jam 2 petang hingga 10 malam. maximum 20 orang persesi.
Kota Kinabalu (sabah) : RM250 persesi.

Keperluan Yang perlu anda Ada

1. Sebuah Camera DSLR

2. Sebuah Flash

3. Trigger & receiver (Anda boleh order dari MYFOTOZONE : 0351922117/ atau sewa pada hari kursus pada RM30 per unit)

4. Tripod (optional, Promo: special price Benro E150x tripod. Call Myfotozone 0351922117)

5. Reflector (optional)

DAFTAR SEKARANG SEBELUM KEHABISAN TEMPAT

10-8-2009 11-54-29 AM

Download Brochure

Brochure Kualiti Tinggi (8MB) | Brochure Kualiti Rendah (0.5MB)

KURSUS FOTOGRADI INI AKAN DIKENDALIKAN DI DALAM BAHASA MELAYU.


Fotografi Time Lapse

Saya tertarik dengan teknik fotografi time lapse.

Contoh Time Lapse Photography:

Sebenarnya teknik time lapse fotografi ini mudah saja. Anda cuma memerlukan sebuah tripod dan kamera yang menyokong interval timer seperti d300s. Untuk kaedah mengaktifkan interval timer ini, sila rujuk manual kamera anda ye.

Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut, semuanya ada disini [click]


Teknik Penajaman Potret

Berikut adalah teknik penajaman potret yang selalu saya gunakan melalui photoshop.

Walaupun anda menggunakan lens yang baik seperti 50mm, penggunaan teknik ini boleh memberi kesan kepada cetakan anda.

Gambar yang akan ditajamkan

Gambar yang akan ditajamkan

02. Menu Unsharp Mask

02. Menu Unsharp Mask

03. First step

03. First step

SNAG-0003

Gunakan Amount tinggi dan Radius amat rendah untuk menajamkan bucu

Kurangkan Radius untuk mengelakkan tekture pada wajah terlalu tajam..

Kurangkan Radius untuk mengelakkan tekture pada wajah terlalu tajam..

Juga kurangkan Amount sedikit. Yang pasti jagalah tekture supaya tidak terlalu tajam

Juga kurangkan Amount sedikit. Yang pasti jagalah tekture supaya tidak terlalu tajam. Tekan OK bila telah selesai.

Kemudian buka Unsharp mask buat kali kedua. Masukkan Amount rendah dan Radius tinggi untuk meninggikan ketajaman keseluruhan imej

Kemudian buka Unsharp mask buat kali kedua. Masukkan Amount rendah dan Radius tinggi untuk meninggikan ketajaman keseluruhan imej


Dave Hill Berkerja – BTS

Salah satu cara nak belajar ialah dengan cara melihat orang lain berkerja… (behind the scene)

Dave hill Artwork antara kegilaan dunia fotografi. anda boleh lihat bagaimana dave hill berkerja disini

090417 Girl on an Adventure – Behind the Scenes from Dave Hill on Vimeo.

Ada banyak lagi video BTS disini : http://www.davehillphoto.com/bts/


  • MYFOTOZONE UPDATES – 12/02/2010

    Nikon D90 body : RM3150
    Nikon D3000 + 18-55mm f/3.5-5.6 VR DX : RM2050
    NIkon D5000 + 18-55mm f/3.6-5.6 VR DX : RM2750

    Phottix tetra 1+2 : RM160.00
    Hotshoe softbox : RM150 / RM185

    Hubungi kami di 51922117 untuk maklumat lanjut

    Kedai kami adalah di dalam Giant Hypermarkets Putra Heights, Subang Jaya. Masa operasi : 9.30 am - 11 malam.

    Email / google talk : Shop@myfotozone.com.my

  • FACEBOOK

  • Copyright © 1996-2010 Blog Fotografi Digital. All rights reserved.
    Jarrah theme by Templates Next | Powered by WordPress