Tulisan ini diterbitkan semula dengan kebenaran Pak Su, Foto Impian.

Depth of Field (DOF) merupakan salah satu aspek yang agak penting dalam fotografi. Dalam artikel ringkas ini, saya akan cuba menjelaskan bagaimana cara memahami DOF dan kenapa harus difahami, serta apa yang dapat dilakukan untuk mengawalnya.

Agak rumit untuk dijelaskan dalam penulisan tetapi, saya akan berusaha menjelaskannya dengan bahasa yang mudah difahami. DOF merupakan suatu dari sedikit aspek fotografi yang menggunakan pengiraan matematik. DOF bukan ‘fokus’, tapi DOF adalah sebuah ‘ruangan’, ruangan dimana semua objek di dalam ruang tersebut akan terlihat fokus.

The area within the depth of field appears sharp while the areas in front of and beyond the depth of field appear blurry.

Apa itu DOF? Penjelasan ringkasnya adalah sebuah area/bahagian pada sebuah foto yang terlihat ‘tajam’. DOF ada dua, DOF luas dan DOF sempit (atau ‘bokeh’).

Sebuah foto dikatakan memiliki DOF luas apabila semua bahagian/elemen dalam gambar itu memiliki ketajaman yang sama. Contohnya foto ini:

Gambar ini nampak ‘tajam’ disemua bahagian, dari foreground hingga ke background.

Berbalik pula pada DOF sempit adalah membuat beberapa elemen foto terlihat menonjol dibandingkan yang lainnya.

DOF dipengaruhi oleh tiga faktor utama:

* Bukaan diafragma (aperture)
* Panjang fokus lensa yang digunakan
* Jarak fokus utama dari kamera

Bukaan Diafragma
—————-
Aperture atau bukaan adalah ukuran pembukaan diafragma yang mengawal banyaknya cahaya yang masuk ke dalam kamera. Biasanya dilambangkan dengan huruf ‘f’.

Angka bukaan aperture ini umumnya merupakan urutan 1; 1.2; 1.4; 2; 2.8; 4; 5.6; 8; 11; 16, dan seterusnya. Angka bukaan yang besar akan menyebabkan ruang ketajaman berkurang. Sebaliknya angka bukaan yang kecil akan menyebabkan ruang ketajaman bertambah.

Nilai bukaan merupakan perbandingan antara jarak fokus lensa dengan diameter lubang diafragma, yang biasanya dituliskan dengan format f/(nilai bukaan). Sebagai contoh, lensa 100mm, pada pengaturan bukaan 4 (f/4), membawa erti bahawa diafragma pada lensa tersebut sedang terbuka dengan diameter 25mm.

Focal Length
————
Focal length atau jarak fokus adalah ukuran jarak antara elemen lensa dengan permukaan filem (atau sensor digital) pada kamera.

Lensa dengan panjang fokal besar akan memberikan sudut pandang yang sempit sehingga sebuah objek pada jarak jauh akan nampak menjadi lebih besar di dalam foto. Sebaliknya lensa dengan panjang fokus kecil memberikan sudut pandang tangkap lebih luas.

Jarak fokus utama dari kamera
————————–
Untuk lebih jelas, saya buat ilustrasi ringkas.

Pada contoh ini katakan saya hendak mengambil gambar 3 orang dengan nama ‘Depan (d)’, ‘Tengah (t)’, dan ‘Belakang (b)’ sementara ‘k’ adalah kamera.

Katakan saya hendak mengambil gambar si ‘Tengah’.

1. DOF pendek
(bukaan besar = f/ angka kecil)

k_____________d________t________b
___________________|– dof –|

maka, hasil yang akan kita dapat adalah, si ‘Tengah’ akan fokus. si ‘Depan’ dan ‘Belakang’ akan nampak blur. Ini terhasil kerana kita mengggunakan bukaan besar, maka DOF-nya pendek. sehingga, si ‘Depan’ dan si ‘Belakang’ tidak masuk dalam ruang fokus.

2. DOF panjang
(bukaan kecil = f/ angka besar)

k______________d________t________b
______________|———–- dof ————-|

maka hasil yang akan kita dapat adalah, si ‘Tengah’, si ‘Depan’ dan si ‘Belakang’ akan fokus (tajam). Semua orang di dalam foto akan terlihat ‘tajam’.

Jika si ‘Belakang’ mundur ke belakang lagi atau si ‘Depan’ maju ke depan lagi, maka dia akan keluar dari ruang DOF dan dengan demikian, si ‘Belakang’ dan si ‘Depan’ akan kelihatan blur.

 

Untuk Family shooter, ini tips untuk anda.

Anda tidak perlu berhabisan beribu-ribu ringgit untuk membeli lampu studio. Cukuplah dengan sumber matahari yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana lampu pun dalam dunia ni.

Gambar 1 : Hasil menggunakan cahaya asli
Gambar 2 : Set up untuk foto diatas.

tips :
1. Cahaya pagi dalam pukul 10am dan mendung, biasanya boleh memberikan cahaya yang sangat lembut untuk portrait.
2. Cari kawasan tertutup, seperti dalam bilik, dan buka tingkap untuk beri cahaya masuk untuk mendapatkan cahaya yang sangat lembut. Meletakkan subjek dalam kawasan tertutup memberi anda peluang bermain dengan shadow dan highlight.
3. Gunakan lensa pantas seperti 50mm f1.8 untuk mendapatkan contrast dan warna yang optima.
4. Gunakan aperture dalam f2.8 – f4 kerana anda mungkin kekurangan kekuatan cahaya. Anda mungkin perlu menggunakan ISO400.
5. ISO yang terlalu tinggi seperti 1600 akan menyebabkan noise yang tidak menarik pada kulit bayi. Anda perlu mengelakkan noise ini kerana ia akan kelihatan tidak natural pada kulit bayi yang selalunya lembut dan licin.
6. Letakkan wajah bayi berhadapan dengan sumber datangnya cahaya untuk mendapatkan luminasi cahaya yang baik pada wajah, terang dan menarik.
7. Letakkan wajah bayi bersetentangan dengan sumber datangnya cahaya untuk mendapatkan rimlight.

Baby Luftiah

Baby Luftiah

Setup yang digunakan. Tiada cahaya strobe diperlukan

Setup yang digunakan. Tiada cahaya strobe diperlukan

Tagged with:
 

Mengenal Contrast

Contrast, atau “ketidaksamaan antara dua perkara yang dibandingkan” merupakan satu perkara yang amat penting dalam fotografi.

Contrast akan menentukan focal point akan berjaya atau tidak. Kadangkala tanpa contrast, fokal point akan tenggelam dengan persekitaran.

Di dalam subjek fotografi, contrast bukan saja tentang warna atau cahaya, tetapi segala apa yang dirakam.

Sebagai contoh, sebuah gambar yang ringkas, dengan subjeknya sebiji timun dan disebelahnya sebiji durian, akan menggambarkan sebuah contrast yang kuat.

Dari segi warna pula, sebagai contoh gambar dibawah, kita kurang tertarik dengan fokal point iaitu rama rama, kerana contrast yang kurang dengan latarbelakang.

Warna rama-rama hampir sama dengan latar belakang , membuatkan gambar ini tidak menyerlah

Warna rama-rama hampir sama dengan latar belakang , membuatkan gambar ini tidak menyerlah

Contrast warna dan tonal cahaya menyerlahkan subjek. Kita mudah mengenali subjek dengan contrast yang baik

Contrast warna dan tonal cahaya menyerlahkan subjek. Kita mudah mengenali subjek dengan contrast yang baik

Jatuhan cahaya membantu untuk menerbitkan contrast yang menarik pada sesebuah subjek.

Jatuhan cahaya membantu untuk menerbitkan contrast yang menarik pada sesebuah subjek.

Contrast cahaya dengan bayang pada wajah akan mengenengahkan rupabentuk atau sifat sesuatu subjek.

Contrast cahaya dengan bayang pada wajah akan mengenengahkan rupabentuk atau sifat sesuatu subjek.

Bagaimanapun ada masanya kita memerlukan foto yang kurang dari segi contrast. Topik ini akan dibincangkan pada satu masa yang akan datang.

Terima kasih

Dan selamat menyambut Aidil Adha

Ikhlas dari Adhadi Mohd & Sekeluarga

Tagged with:
 

Memilih kamera yang sesuai

Dengan begitu banyak pilihan yang ada di pasaran, mungkin kadangkala kita keliru apabila ingin memilih kamera yang sesuai untuk kita. Disini saya akan berikan beberapa tips dan panduan untuk memilih kamera.

Sebelum memilih sebarang model, anda wajar mengetahui jenis-jenis kamera yang berada dipasaran. Berikut ada ringkasan jenis-jenis kamera tersebut.

KAMERA KOMPAK

1. kamera kompak kecil, mudah dibawa kemana-mana dan ringan. Ianya mudah digunakan dan berfungsi secara automatik. Harga kompak adalah dari serendah RM400 hingga ke RM1500. Lebih mahal sesuatu model, ianya lebih ringan, batterinya tahan lebih lama dan me gapixel  yang lebih tinggi.

2. Kebanyakan kompak menawarkan 3x zoom lens.  Ada yang sehingga 5x. Semakin tinggi nilai ini, semakin jauh capaian zoom kamera anda.

3. Hampir semua kompak kini menawarkan rakaman video.

4. Kompak menawarkan banyak preset rakaman seperti landscape dan macro untuk memudahkan anda merakam subjek yang anda inginkan.

KAMERA SUPERZOOM

sony-cyber-shot-dsc-hx1-20x-super-zoom-camera

1. Kamera superzoom menawarkan zoom yang lebih jauh, biasanya dari 7x hingga 18x.

2. Walaupun superzoom boleh merakam subjek yang berada jauh dari kamera, mungkin gambar yang terhasil akan kabur akibat gegaran pada kamera pada zoom yang maksimum, terutamanya dalam cahaya rendah.

3. Walaupun penstabilan imej (IS – imej stabilization, VR-vibration reduction) boleh mengurangkan gegaran, penggunaan tripod adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan foto yang jelas dan tajam (sharp).

4. superzoom mempunyai kawalan yang lebih canggih dari kompak, kadangkala menawarkan kawalan white balance dsb.

DIGITAL SLR

d3000-front

1. DSLR memang besar dan berat dari kamera biasa, tetapi DSLR adalah alatan yang terbaik untuk merakam foto.  Sunset, bunga api, air terjun yang indah dan nyaman boleh dirakam dengan mudah menggunakan DSLR.

2. Kelebihan DSLR ialah lensa tukarpakai. Selalunya, lensa yang disertakan sekali bersama DSLR anda (kit lens), memang mencukupi dan mempunyai kualiti yang baik, tetapi terhad dari segi capaian zoom dan juga bukaan aperture.

3. Lensa yang mempunyai aperture yang besar memudahkan untuk merakam foto dalam suasana yang suram.

4. Lensa telefoto memudahkan untuk merakam subjek yang berada jauh dari kamera.

5. DSLR adalah tools yang sentiasa mampu dipertingkatkan. Anda boleh menambah flash, remote control, memasang thether, wireless remote capture dan sebagainya.

6. Bateri lithium yang biasa disertakan pada DSLR mampu merakam ribuan foto sebelum habis, dan anda boleh recharge beratus kali. Anda juga boleh menambah batteri pack untuk 2 kali ganda kuasa.

7. DSLR juga mempunyai julat dinamik yang lebih besar, maknanya dalam situasi terang benderang, kawasan shadow masih boleh kelihatan sekiranya anda benar-benar faham tekniknya.

8. Sekiranya kualiti adalah keperluan anda, maka DSLR adalah satu option untuk anda.

9. Harga DSLR adalah dari RM2000 sehingga puluhan ribu ringgit.

Bagaimana dengan MEGAPIXEL?

Megapixel sebenarnya bukan satu isu apabila memilih kamera. 8mp kamera berbanding dengan 10mp kamera, kualiti gambar yang anda akan dapat tidak akan kelihatan berbeza langsung. Megapixel lebih besar akan memberikan foto yang lebih besar, itu saja.  Dan peluang untuk crop selepas capture pun lebih besar.

Tagged with:
 
Silhouette Daun

Silhouette Daun

- Silhouette merupakan pemandangan sesuatu objek, yang hanya menunjukkan bentuk tanpa maklumat permukaan objek tersebut.

- Silhouette memerlukan latarbelakang yang lebih cerah dari objek

- Kaedah termudah merakam silhouette adalah dengan menggunakan Matrix metering, halakan pada pemandangan yang ingin dirakam dan seterus mengurangkan beberapa stops pada EV (-2 atau -3ev) bagi mendapatkan subjek yang cukup gelap.

- Satu lagi teknik adalah dengan merakamkan exposure berdasarkan latarbelakang yang cerah. Anda boleh menggunakan spot metering, meter pada highlight atau mid tone yang lebih cerah.

- Anda boleh menaikkan contrast di dalam photoshop untuk mendapatkan silhouette yang kelihatan lebih kuat.

Extreme S-CURVE pada level boleh menaikkan contrast silhouette

Extreme S-CURVE pada level boleh menaikkan contrast silhouette

Tagged with: