QAYYUM DAH JADI ORANG PUTIH?

Nampaknya semakin ramai kawan-kawan yang bertukar menjadi orang putih. White side lah tu. Happylah geng geng bangi, sudah menular sampai banting tu… kejap lagi kawasan klang akan jadi jajah takluk orang putih. Apa la nak jadi photographer2 sekarang ni. Kali ni qayyum pulak terjebak.

Macamanapun, saya doakan qayyum berbahagia dengan isteri barunya.. eh… kamera barunya.. dan seterusnya dapat tingkatkan lagi mutu perkhidmatan beliau. Saya pernah bekerja bersama qayyum tak lama dulu untuk PPSMI di banting. Pada saya beliau adalah seorang photographer yang sungguh berbakat dan banyak portfolio yang menarik.. Tak tipu punya.

So kalau anda sedang mencari seorang jurufoto yang baik, saya suggest anda considerlah qayyum dalam list anda. Beliau juga seorang jurufoto fulltime, mean service yang lebih tertumpu kepada anda. Ada studio di klang juga. Dan tanpa ragu2, dengan performance body camera canon eos 7d baru ni, saya yakin qayyum akan mampu deliver apa juga task dalam situasi apa juga.

Anda boleh lawati laman blog Qayyum di http://www.qayyumstudio.com/blog/

Thanks qayyum!!

QAYYUM THE WHITE

QAYYUM THE WHITE

Tagged with:
 

Pevey di myfotozone

Hari ini pevey sudi menjenguh myfotozone. Terima kasihlah pevey kerana sudi menjenguk kedai kami yang buruk ni. Hari ni Pevey sambar Canon eos 7D yang baru hari ni.. trade in dengan Body Canon 30D nya, berserta grip. Sapa yang nak sambar Canon 30D pevey, cuma RM2450 dengan grip canon. shutter baru tukar, nampak jer dah tak cantik sangat tapi dalam macam enjin baru.. lagipun bekas tangan pevey… moga dapat berkat tangan orang handal.. amin.. mana tau boleh jadi handal juga.. heheh.

Pevey dengan 7D barunya...

Pevey dengan 7D barunya...

BTW, Canon 7D & kit lens cuma RM6799 saja di MYFOTOZONE. Boleh terus jenguk kedai kami di dalam Giant Hypermarket Putra Heights, Subang jaya, atau call aje 03-51922117. Kami juga ada buat penghantaran keseluruh malaysia.

Terima kasih.

 

Ulasan – Nikon D3000

Semalam saya menerima unit Nikon D3000 yang baru dilancarkan oleh Nikon. Sekilas pandang, kamera ini memang agak kecil dan comel dan memang sudah dijangka yang kamera ini bakal menggantikan Nikon D60 yang agak popular sebelum ini. Sekali kamera ini berada diatas tapak tangan saya, terasa amat ringan dan pasti tidak akan menjadi beban sekiranya perlu dibawa kemana-mana.

Fotografi dengan Nikon D3000, kelihatan mudah sekali. Di dalam kamera ini disediakan Mode GUIDE yang boleh membantu anda untuk mendapatkan gambar yang baik pada setiap masa. Sekiranya anda seorang pengguna baru kepada DSLR, sudah pasti anda tidak akan berasa janggal kerana sedikit-sedikit anda akan dapat membiasakan diri dengan pengoperasian DSLR menggunakan mod ini. Saya yakin setelah beberapa lama anda akan dapat menggunakan mod-mod lain yang lebih maju seperti P, A, S atau M.

Dengan 10.2 megapixel, ini sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk seorang pengguna baru DSLR. Bayangkan anda boleh mencetak sehingga sebesar saiz A2 menggunakan 10.2 mp tanpa perlu sebarang pembesaran digital.

Lensa standard AFS 18-55mm f3.5-5.6 VR, ataupun selalu dipanggil dengan 3x optical zoom, memberikan anda ruang yang cukup untuk aktiviti fotografi harian. Pernah tak saya menyebut bahawa lensa Nikon 18-55 mempunyai ketajaman optikal yang sangat baik dan contrast yang cukup menarik? VR atau vibration reduction pula akan memberikan anda kemudahan untuk merakam dalam situasi suram tanpa sebarang kekaburan dalam gambar.

Skrin 3 inci LCD Nikon D3000 juga amat luas! berbanding dengan skrin D60 yang sangat kecil. Skrin ini juga amat cerah dan jelas. Ia meliputi 100% liputan apa yang anda lihat dari viewfinder.

Isi Kotak

Didalam kotak Nikon D3000 ini saya menemui :

  • Nikon 10.2-Megapixel Digital SLR Camera
  • Lensa AFS NIKKOR 18-55mm f3.5-5.6 DX VR
  • Bateri dengan pengcaj semula
  • Kabel USB and A/V, sstrap, penutup tapak flash, penutup lensa, penutup badan kamera and CD-ROM
  • Manual pengguna

HARGA :

PROMOSI NIKON: Raya Carnival

Nikon D3000 + Kit lens + Bag + Memory Card 4GB

RM2288.00

Hubungi MYFOTOZONE : 0351922117 (ieka/naza)
Email : Shop@myfotozone.com.my


Sah dari 4 Sept - 30 September saja

Sah dari 4 Sept - 30 September saja

KURSUS FOTOGRAFI

Pembelian Nikon D3000 juga akan melayakkan anda untuk mengikuti Kursus Asas Fotografi Sehari Untuk Nikon D3000. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang kursus ini disini :
Dari Nikon Malaysia

Dari Nikon Malaysia

Tagged with:
 
Lensa untuk ruang kreatif yang lebih

Ieka, staff myfotozone menunjukkan lens AFS Nikkor 50mm f1.4G, Lensa ini akan memberikan anda untuk ruang kreatif yang lebih

Lens 50mm merupakan lensa kesukaan saya, apatah lagi dilengkapi dengan aperture yang besar seperti f1.4 dan mekanisma fokus yang lebih pantas. Sesuai untuk FULL FRAME dan APS-C Dslr.

353_2180_AF-S-NIKKOR-50mm-f-1.4G_front

Lensa AFS Nikkor 50mm f/1.4G

key features

  • Fast f/1.4 prime NIKKOR lens
    Perfect for low-light conditions, general and travel photography
  • Normal angle of view on FX-format cameras
    Classic, normal angle of view when used on a Nikon FX-format digital SLR or 35mm film camera
  • Ideal portrait lens on DX-format cameras
    An ideal portrait lens when used on a Nikon DX-format digital SLR, approximating the angle of view similar to that of a 75mm lens on a Nikon FX-format digital SLR or a 35mm film camera
  • Nikon Super Integrated Coating (SIC)
    Enhances light transmission efficiency and offers superior color consistency and reduced flare
  • Exclusive Nikon Silent Wave Motor (SWM)
    Enables fast, accurate, and quiet autofocus
  • Close focusing to 1.5 feet
    For extended versatility
  • Rounded 9-blade diaphragm
    Renders more natural appearance of out-of-focus image elements

Harga : RM1800.00
Call : Ieka/Naza/Faiz : 03 51922117

Shipping & Delivery Cost
Semenanjung : RM15

Call sekarang untuk dapatkan segera.

Alternatively anda boleh dapatkan 50mm 1.8 pada harga RM400 saja.

 

Promosi Nikon D300s

Promosi D300s

Promosi D300s

Harga Promosi Nikon D300s, sementara stock masih ada.

(more…)

Tagged with: