Inspirasi

Dari masa kesemasa, saya sentiasa mencari gambar untuk menjadi inspirasi saya. Saya akan kongsi dengan anda.

Akar dan tunjang…….

Salam sejahtera.. sigh.. tak boleh balik kampung lagi.. jadi.. saya menulis lagilah…..

Saya mempunyai beberapa orang guru fotografi, Kelas pertama saya hadiri, diajarkan oleh Azam neurmaya tahun 1995 dahulu. Kemudian saya berlatih dibawah bimbingan En Helmi dan Izham. Keduanya senior saya di Fotokreatif UTM. Gambar wedding pertama saya adalah dipetik dengan kamera FM2 milik fotokreatif, atas kebenaran En Faisal aka joe. Dia benarkan saya rakam dua click saja.. dan keduanya hancur. Outing pertama saya adalah outing Fotokreatif JB + UTM ke Pulau Kapas. Kami belajar banyak perkara tentang fotografi dalam outing tersebut. Job official pertama saya ialah Coverage malam graduasi sains komputer tahun 2000, dapat RM80 saja.

SELF TAUGHT AND TAUGHT OTHERS

Kemudian dalam zaman digital, saya menemui Johan sopiee yang sudi membenarkan saya mengikuti event yang beliau cover. Dalam event itu, saya belajar sesuatu yang sangat penting dari Johan secara tak langsung. Forum pertama saya join ialah FMDC. Bagaimanapun, saya mendapati, apa yang saya mahukan tiada dalam forum itu, jadi saya memilih jalan untuk mencari jalan saya sendiri. Saya berhenti menanyakan orang sebaliknya membanyakkan berikan jawapan pada orang lain yang bertanya, kebanyakan di dalam sebuah forum lain. Orang kata, anda belum tahu sesebuah subjek itu selagi belum mampu mengajarkan kepada orang lain. The only question yang saya pernah tanyakan kepada PRO adalah kepada En Bazuki secara in person lama dulu, soalan saya berbunyi. “Encik bazuki, kalau sekarang u nak buat gambar, apa yang u akan rakam?”. Kemudian dia explain tentang penceritaan. Its really an eye opener.

Saya juga mencari banyak rujukan dan membeli buku-buku. Saya tidak sayang wang untuk membeli buku walaupun saya tidak tahu bila akan membacanya. Saya memuatturun ribuan ebook dari torrent. Setiap hari saya mendownload dalam 1-2gb data. Habit ini datang dari tahun 1996, saya amat gemar mengumpul ebook yang saya boleh beli dari Holiday Plaza JB. Bila ada broadband, proses acquiring information amat mudah sekali, Bagaimanapun, having the information, tak sama dengan mempunyai knowledge… information, anda perlu digest, kena absorb dalam kepala otak, dan kemudian perlu mencuba sendiri dan bereksperimentasi. Proses belajar memerlukan anda mencuba, kemudian gagal, dan anda mencuba lagi, dan ulang berkali kali lagi. Jangan fikir mempunyai rujukan seguni sama dengan mempunyai pengetahuan.  PRAKTIKAL penting, tetapi belajar dululah. Jimatkan masa anda, tidak apa yang lebih merugikan dari berpraktikal tanpa tahu apa yang anda buat. Baca atau belajar dulu sebelum praktikal.

IDOLA

Dalam proses explorasi, saya menemukan idola. Dua idola saya ialah Ahmad Faizal dan En Suhaimi. Saya juga meminati Huy Nguy Yen dari f8studio, Yervant David Beckstead dan of course, Joe Buissink.  Saya tidak mengikuti sukan jadi saya tidak begitu mencari jurufoto sport walaupun ramai yang hebat hebat. Saya juga tidak mengenali ramai jurufoto suratkhabar atau jurnalis. Saya tidak meminati kerjaya seperti itu… saya lebih suka duduk di dalam bilik yang gamat dengan hilai dan tawa anak anak dari keluar. Saya bukanlah seorang yang tidak suka berkawan sebaliknya saya beruntung kerana mengenali ramai kawan jurufoto in person, di seluruh negara. Saya hormati orang yang boleh menghormati orang lain. Saya tidak suka orang yang ego dan suka memperkecilkan dan memperlekehkan orang lain. Saya pernah diperlekehkan beberapa tahun lalu oleh seorang photographer yang mempunyai title AGWPJA dan seorang Photographer hebat (pandang pun tak mahu) dalam satu majlis. Diperlekehkan tak pernah menjatuhkan semangat saya. Saya memang berasal dari keluarga yang sangat miskin jadi diperlekehkan bukan sesuatu yang baru untuk saya. Beberapa bulan lepas photographer hebat ini berbual dgn saya malah menanyakan sekiranya ada job untuk beliau, kerana keadaan yang semakin tiris.

MATLAMAT

Pada saya, untuk sukses di dalam bidang ini perlu ada matlamat. Apakah matlamat saya dalam fotografi? saya mahu dapat merakam moment dalam hidup saya, sebaik IDOLA-IDOLA saya. Menjadi jurugambar professional bukanlah matlamat utama saya. Walaupun saya telah melalui fasa itu. Saya pernah berkerja merakam gambar semasa demam panas yang teruk tetapi kena deliver juga. saya ada juga portfolio di negara lain. Saya pernah menghilangkan gambar customer dan saya juga masih ada customer yang mahu saya rakam gambar keluarga mereka sehingga kini. Saya tidak begitu bercerita tentang pengalaman saya kerana ianya bukan obsession saya. Kalau nak cerita pengalaman, saya pernah menunggang motor ke port dickson dalam hujan, dari subang jaya, dengan upah cuma sangat kecil, malah saya deliver, 100x 4r prints dan beberapa 8r. Saya juga pernah cover job wedding ke SIK KEDAH dengan upah RM400. Saya buat atas nama ingin belajar.

WORKSHOP

Bercerita tentang mengajar fotografi, ramai yang menanyakannya, mengapa saya mengajar. Jawapan saya mudah, semasa saya masih menjalankan wedding fotografi sebagai sumber pendapatan utama, dalam short period, terlalu ramai menanyakan tentang bantuan untuk mempelajari fotografi. Adakah anda tahu inisiatif outing pertama saya free saja? kongsi kos bayar model. Dalam masa beberapa bulan ramai yang inginkan mengikuti kursus pula. Dalam masa yang sama, mengadakan kursus bermakna saya terpaksa sacrifice job bernilai RM2000-5000 untuk sabtu dan ahad. Akhirnya saya decide untuk mengajar juga, charging premium asalkan boleh gantikan sumber utama pendapatan saya. Alhamdullilah, dalam perkara mengajar, tuhan berikan lebih sukses berbanding menjual barangan kamera. Mengajar bukan perkara baru untuk saya. Saya pernah mengajar IT secara fulltime selama setahun, di sebuah kolej swasta dulu. Saya juga mengajar IT secara parttime di kolej2 swasta semasa di UTM. Dan semasa first year di UTM. saya mendapati ramai yang tidak tahu menggunakan MS WORD dan saya telah menganjurkan kursus WORD dengan harga RM10. Ini bukanlah satu pencapaian sebaliknya, adalah satu pengalaman berharga dalam hidup saya dan sehingga kini saya ingati.

Pengalaman mengajar yang paling berharga adalah mengajar mereka yang telahpun berusia. Walaupun mungkin topic yang saya ajar, merupakan sesuatu yang baru untuk mereka, tetapi usia membezakan kematangan antara saya dan mereka. Saya belajar terlalu banyak semasa mengajar lebih seratus guru untuk PPSMI selama beberapa minggu di Banting setahun dulu. Kebijaksanaan mereka menyedarkan saya yang untuk maju, kita semua, masing masing, sentiasa perlu belajar.

HUMBLE

Saya juga belajar banyak tentang perkara humble dan merendah diri. Dalam perjalanan saya, saya realize yang kita humble bukan untuk menunjukkan kita baik, tapi kita humbe kerana kita sedar, ada kuasa yang lebih besar dari kita, jauh lebih besar dari apa yang boleh kita describe. Kehebatan kita terlalu kecil dari apa yang kita fikir. Dan kesedaran saya itu datang tatkala saya temukan jurufoto-jurufoto hebat dari seluruh negara seperti Asmady Ahmad, Suhaimi Top Cat dan ramai lagi. Ia juga menyedarkan saya, semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang perlu belajar lagi, dengan siapa itu tak penting, samada baru atau lama. Yang penting bukanlah portfolio majestic yang hebat, tetapi bagaimana kita menjalani pergaulan sesama insan. Cabaran akan sentiasa datang, mempunyai wang ringgit memang bagus semasa susah. Tetapi mempunyai SAHABAT dan SAUDARA MARA adalah lebih penting lagi.. for better or worse. Kerana satu masa nanti, kita tak boleh masuk sendiri kedalam liang lahat.

Sekiranya anda ingin mencontohi seorang photographer yang telah berjaya, contohilah En Suhaimi. Banyak cara sebenarnya untuk menjalankan perniagaan, ramai yang memilih untuk mendabik dada dan bercerita macam macam cerita untuk memperdayakan pelanggan tetapi En Suhaimi dikenali dengan integriti dan kejujuran beliau. Beliau tidak mendabik dada walaupun menang award international. Tak ramai juga tahu. Kejujuran dan sedikit rasa humble akan menjadikan anda disenangi dan dihormati. Tak perlu minta dipuja, kerana orang lain sendiri akan menilaikan kita.

MENINGKATKAN HIDUP

Saya pernah ditanyakan oleh Tunku Ishak dan Hamidah, mengapa saya tidak mengembangkan apa yang saya buat sekarang. Saya seakan berpuas hati dengan apa yang saya ada sekarang. Sebenarnya saya memang telah berpuas hati dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya dapat ramai kawan, dan terima kasih kepada anda yang sudi berkawan dengan saya. Semua peserta kursus saya anggapkan sebagai kawan kawan saya. Dan saya seronok kerana dalam beberapa tahun ini, ramai yang telah muncul sebagai jurufoto yang dapat menghasilkan pendapatan tambahan dan mengubah nasib keluarga. Ada yang cuma kerani berpendapatan RM600 dahulu, dalam masa 1 tahun sudah naik kepada RM2000 terima kasih kepada wedding job. Dulu pakai D40 dan sekarang sudah ada d300s. Ada juga yang dulu menceritakan beliau dan isteri berniaga nasi lemak setiap pagi untuk join kelas saya. Alhamdullilah dalam 2 tahun, beliau dapat meningkatkan pendapatan berkali kali ganda. Pada saya tiada apa yang lebih berharga dari ucapan terima kasih oleh seorang teman malah dari ahli keluarga mereka, yang secara langsung atau tidak, kita telah terlibat dalam peningkatan hidupnya. Bagi saya, seorang yang dahulu selalu mengambil bahagian kepala ikan dari lauk yang cuma seekor kerana dibahagikan antara adik beradik yang ramai, saya sangat gembira kalau mengetahui anak-anak mereka tak perlu hidup seperti saya.

MILLIONAIRE

Sekiranya anda tanya apa matlamat professional saya, maka saya akan cerita benda lainlah. Saya adalah generasi IT yang menginspirasikan kejayaan Bill Gates, Yahoo dan facebook founders. Saya mengaturcara perisian semenjak berumur 16 tahun. Impian seorang programmer, adalah melihat perisiannya dapat dijual secara meluas dan menjadi sukses, dalam sekelip mata. Ahahah.. tak salah ada impian. Bila ada impian, barulah boleh menetapkan matlamat. Matlamat saya yang utama bukan menjadi billionaire atau milionaire. Tapi saya mahu menyumbang sesuatu kepada dunia. Insya allah kalau sumbangan itu diterima, millionaire jugaklah kalau ikut dalam plan. Hehe. I dont knowlah…, saya cuma mampu menjalankan setiap langkah dalam plan saya, dan saya telahpun menjalankan selangkah hampir kepada matlamat saya itu. Yang penting adalah sentiasa melangkah. Dan jangan pedulikan mereka yang cuba melemahkan semangat kita. Dan saya boleh katakan, berhenti kerja dari sebuah syarikat IT international dimana masa itu gaji saya sudahpun enak, adalah satu perkara paling betul dan saya tidak kesalkan sehingga kini. Alhamdullilah kini saya dan isteri keduanya berkerja dari rumah mengusahakan apa yang kami impikan. Ada juga plan kami yang tidak berjaya… dan kami tidak berputus asa.
MLM

Bila cerita kerja dari rumah, ramai ingat skim cepat kaya dan MLM. Kami tidak mengusahakan skim cepat kaya. Saya cukup benci pada pemalas yang sentiasa mahu shortcut kemudian pandai pulak bercerita tentang how to become unstoppable ataupun tentang betapa perlunya menjadi positif untuk mengubah nasib keluarga. Pada saya, untuk mengubah nasib kita, kita perlu belajar dan belajar setiap hari. BRIAN TRACY, seorang yang suka betul menggunakan perkataan unstoppable itu sendiri tidak percaya kepada menjadi kaya dalam sekelip mata. Untuk berjaya, tingkatkan income anda hari ini, sedikit demi sedikit. Dan jangan belanja melebihi income. Sentiasalah simpan sedikit wang, let say 10% permonths dan bila opportunity datang, invest. Keep positive, disiplinkan sikap anda, dan take action. Jangan cakap saja dan berangan. Tuliskan matlamat anda dan segala action plan anda. Pastikan setiap action plan dilaksanakan. Walaupun saya tiada pandangan negatif kepada MLM, tetapi saya mendapati ramai yang menggunakan helah mengajak jadi kaya dengan cepat untuk masuk MLM. Kebodohan dalam ilmu perniagaan membuatkan mereka menjadi begini. VERY VERY RARE kita boleh dapat orang jadi kaya sekelip mata. Dan tak ada orang yang boleh jadikan anda kaya melainkan anda sendiri. Unless, anda mengurat anak orang kaya.

BUNUH MARKET

Ramai juga yang “pro” sibuk mengatakan yang saya telah menyebabkan market wedding kucar kacir apabila charge murah pada permulaan career. Malah dalam bidang kursus pun ada yang mengatakan saya bunuh market kursus juga kerana murah. Seingat saya ianya telah pun kucar kacir walau sebelum saya join bidang ini. I am not making it worse. Ia adalah kuasa jual beli peserta. The only reason seseorang akan berkata market kucar kacir adalah sebab mereka gagal menjual service mereka pada harga yang mereka mahukan… lantas menyalahkan orang lain. Sekiranya anda ingin berniaga, maka belajarlah teknik berniaga. Belajar fotografi saja takkan bantu anda menjadi penjual yang baik. Lebih cepat anda accept kelemahan anda dan mulai memperbaiki diri, lebih cepat income anda meningkat. Saya banyak melihat keEGOan membunuh mereka yang begitu talented dalam apa juga bidang. Ego enggan belajar sedangkan mereka lemah dalam bidang itu. Ego terlalu percaya mereka bagus sehingga menutup telinga dan mata. Ego dengan pencapaian hebat sehingga memperkecilkan mereka yang tiada pencapaian. Hari ini saya caj customer jauh lebih tinggi dari Pro yang dok sibuk tepi kain orang itu.

Begitulah sedikit sebanyak apa yang ada didalam pemikiran saya…

Sebelum anda decide ingin menjadi wedding photographer….

Ini adalah tips dari saya

sekiranya anda tidak sure anda professional atau tidak, jangan claim anda professional

sekiranya anda tidak memakai pro grade equipments, jangan claim anda professional.. Professional always have the best equipments. Walaupun gambar anda hebat. Better safe than sorry.

Sebaliknya, be honest dengan customer. Beritahu exactly apa yang anda offer dan equipment yang anda pakai. Tunjukkan cth dan be very specific.  Sebagai cth, berikan list gambar yang anda akan rakam, seperti sarung cincin. If you cannot get the shoot, catitkan kenapa anda tidak dapat, sebagai contoh paling extreme someone did really blocked you and he/she is a real jackass (met this kind of person dalam wedding, luckily we work in a team)

Get ready in term of knowledge dan equipments untuk almost every situation, cthnya dining dalam keadaan paling low light , anda mungkin perlukan flash. In case flash anda rosak make sure anda ada backup flash. In case anda ada medium wide fast lens, seperti 28 f1.8, itu lebih baik, gunakan natural light dan pastikan anda menggunakan iso yang berpatutan, jgn terlalu banyak noise atau sekiranya ada noise, make sure anda tahu rakam expression yang hebat, expression yang hebat selalunya outweight kesempurnaan teknikal sesebuah imej.

Learn how to use light.. Learn about main lighting, fill lighting, key, kicker/ascent, rim/hairlight.. Learn what frontal lighting does, what side lighting will cause dan learn the effect of backlighting.

Learn how to compose properly, learn how to pose your subject, walaupun anda plan untuk candid shot. Why? knowledge dalam portrait photography boleh membantu anda mengetahui moment bilakah anda boleh memetik picu kamera anda.

Dan.. sentiasalah ada kontrak bertulis, secara details dan pastikan ada CHOP rasmi syarikat dan matikan setem. tanpanya, sekiranya ada legal action, takkan ada case (sumber : kak hamidah, mahkamah rayuan, POJ)

Tips Menjual Produk / Service

Berkongsikan tips ini tidak bermakna saya adalah pakar dalam bidang ini. Saya sebenarnya masih lagi tercari-cari teknik sales yang betul dan saya fikir, dengan berkongsikan dengan anda, saya akan lebih mudah mengingati teknik-teknik ini. Doakan saya sukses dalam perniagaan, saya juga mendoakan kesejahteraan anda pembaca blog yang saya hormati.

Berikut adalah teknik simple selling yang dikenali sebagai AIDA, iaitu Attention, Interest, Desire dan Action. Saya menemui teknik ini dalam buku brian tracy. Cuba google nama ini dan ada banyak yang anda boleh pelajari dari buku buku beliau. Dalam teknik AIDA, stage yang diperlukan ialah

  1. Dapatkan Attention - atau perhatian dari prospek.
  2. Dapatkan Interest atau minat dari prospek dengan menerangkan features produk anda
  3. Tingkatkan Desire atau kemahuan prospek terhadap produk dengan menerangkan kelebihan atau benefit produk
  4. Dapatkan Action , iaitu prospek membeli produk anda. Anda hanya perlu menggunakan teknik closing yang betul. So now u need to learn more about closing technique

Nikon D3000 + 18-55mm kit lens. Exif : F5.6, ISO400 @55mm. Teknik portrait dengan kaedah fokusing dan Depth of field yagn betul

Mengapa belajar fotografi, bukan upgrade kamera?

Setelah menjual DSLR selama hampir satu tahun setengah, pelbagai ragam pembeli yang saya temui. Antara ragam yang paling kerap saya temui ialah mereka yang tidak percaya kebolehan kamera mereka.

Saya akan menunjukkan anda galeri-galeri gambar yang diambil oleh rakan-rakan peminat fotografi di flickr yang menggunakan kamera-kamera entry level dengan kit lens mereka.

Tiada trick dalam peralatan mereka, hanya sedikit pemahaman tentang fotografi.

Nikon D60 + 18-55mm at 18mm. Untuk menghasilkan gambar seperti ini, timing adalah segalanya. Di malaysia agak sukar mendapat fog seperti ini, kecuali anda suka ke kawasan hutan pada waktu pagi..

Nikon D3000 + 18-55mm kit lens. Exif : F5.6, ISO400 @55mm. Teknik portrait dengan kaedah fokusing dan Depth of field yagn betul

Pentax K200D + 18-55mm at 55mm, f5.6. Gambar ini digunakan dalam situasi cahaya yang hebat! skill fotografi dalam mengenal penggunaan cahaya dan skill exposure diperlukan yang baik untuk menghasilkan gambar seperti ini.

Nikon D60 + 18-55, f5.6. Pengetahuan tentang Depth of field dan perspective akan membantu menghasilkan imej seperti ini

Jadi kesimpulannya.. DSLR anda walaupun cuma D40, 1000D, sebenarnya sudah cukup hebat. Gambar anda juga boleh jadi seperti di atas, asalkan anda tahu tekniknya.