Seni Fotografi
Adhadi Mohd
Adhadi Mohd
Jul 29th
Salam, atas permintaan, kursus dslr jumpstart dan komposisi akan diadakan pada hari ahad ini. Kursus pada hari sabtu telah pun penuh.
Tempat adalah sangat terhad. Sila mendaftar dengan segera agar anda tidak terlepas peluang ini.
Sila rujuk post ini http://adhadimohd.com/dslr-jumpstart-workshop untuk pendaftaran
Terima kasih.
Adhadi Mohd
012 3076857
Jul 29th
Pernah tak anda lihat workspace seperti ini?
Kalau dilihat, untuk gambar bunga matahari, terdapat beberapa variasi yang hampir serupa. Ada yang over, ada under, dan pelbagai variasi komposisi yang cuma sedikit bezanya.
Ada beberapa cara mengatasi masalah ini. Nombor satu ialah delete saja semua gambar ini. Anda boleh pilih gambar-gambar yang anda tidak mahu dan tekan kekunci X. Menandakan ia adalah REJECTED PHOTOS. Selepas selesai penyuntingan, anda boleh menekan CTRL + BACKSPACE untuk membuang gambar ini forever.
Tetapi bagaimana jika anda memerlukan pelbagai variasi komposisi? sebagai contoh, untuk saya sendiri, saya perlu menunjukkan kepada peserta kursus, bagaimana rupa gambar yang under dan over. Jadi kedua gambar tersebut adalah aset kepada saya.
Ada cara menyimpan gambar gambar ini tanpa perlu menyelerakkan workspace anda dengan gambar-gambar yang menyakitkan mata. Proses STACKING dalam LIGHTROOM adalah proses membina set- set gambar yang hampir serupa. Saya memanggil proses ini sebagai Grouping.
Cara untuk membina STACK adalah sangat mudah. Anda cuma perlu highlight (pilih) beberapa keping gambar yang anda ingin groupkan dalam satu stack, dan tekan CTRL + G. Maka gambar akan dikumpul dalam satu set. Untuk unstack, tekan CTRL + SHIFT + G.
Untuk COLLAPSE atau EXPAND, tekan kekunci S
Jul 27th
Baru je dapat copy Shutterbug August 2010, dalam ni ada cerita result dari undian yang telah dijalankan oleh Technical Image Press Association (TIPA).
Berikut adalah beberapa hasil undian yang amat menarik
Best D-SLR Entry Level : Pentax K-X
Best D-SLR Advanced : Canon EOS 550D
Best D-SLR Expert : Canon EOS 7D
Best D-SLR Professional : Nikon D3s
Best Compact System Camera : Entry Level : Olympus Pen E-PL1
Best Compact System Camera : Advanced : Panasonic Lumix DMC G2
Best Compact Camera : Sony Cybershot DSC HX5V
Best Expert Compact Camera : Canon Powershot G11
Best Superzoom Camera : Fujifilm FinePix HS10
Best Medium Format D-System : Hasselblad H4D-40
Best Prestige Camera : Leica M9
Best Entry Level Lens : Sigma 17-70mm f2.8-4 DC Macro OS HSM
Best Expert Lens : Sony 28-75 f2.8 SAM
Best Professional Lens : Nikon AFS Nikkor 70-200mm f2.8 ED VR II
Best Expert Photo Printer : EPSON Stylus Pro 3880