Salam.. baru-baru ni, kita dikejutkan oleh remark yang dibuat oleh salah seorang jurugambar ternama tanahair. Pencapaian jurufoto ni, memanglah membanggakan, memang bagi orang lain, memang lah tak menyenangkan pencapaian seperti ni.
Saya mengenali jurufoto ini secara peribadi, saya banyak terlibat dalam forum yang diasaskan beliau. Memang banyak aktiviti yang saya jalankan melalui platform ini. Samada belajar atau mengajar, banyak pencapaian yang saya capai atas platform ini. Namun begitu, tak semua yang saya jalankan dan rancangkan, lancar sentiasa.
Saya berkali-kali berselisih pendapat dengan beliau tentang beberapa perkara, tentang kursus, tentang ebook, tentang forum, tentang blog dan entah hapa hapa lagi lah.. Beberapa teman pastinya mengetahui betapa saya kecewa apabila apa yang saya usahakan mendapat tentangan beliau kerana pendapat yang berbeza. Namun mengetahui bahawa saya cuma menumpang di tanah orang, saya mengambil keputusan untuk menjalankan aktiviti saya atas forum nama yang lain iaitu DuniaFotografi.com.
Alhamdullilah Duniafotografi.com semakin maju hari ini. Lebih ramai yang mengikuti perjalanan dan kadar aktiviti pun meningkat. Saya cuba tidak menjadi beliau dengan mengadakan kekangan dalam forum ini. Bagaimanapun lama-lama saya realize yang sedikit kawalan perlu juga diadakan. Ramai orang dalam dunia ni dan tak semuanya jujur berniaga.
Baru baru ini kita dikejutkan dengan remark yang dibuat beliau berikut pertanyaan Direct Flash oleh press. Remark beliau memang sarcastic dan kalau saya press, memang akan rasa terhina.. especially press local media. Tetapi yang lebih mengejutkan adalah kesinambungan dari peristiwa itu, satu group ditubuhkan di facebook untuk membenci beliau.. secara public… secara besar-besaran!
Banyaklah cerita yang keluar dari group ini. Saya fikir, kalau mereka tahu warna seluar dalam jurufoto ini pun akan keluar dalam group ini.
Kewujudan group ini membuatkan saya tertanya-tanya, mengapa isu kalimah Allah dan isu Pembakaran surau mudah saja dimaafkan oleh orang melayu sedangkan perkara yang satu ini diperbesarkan. Ramai yang mengeluarkan cerita lama dan mengaku tidak hasad dan dengki, sedangkan apa yang berlaku ialah mereka umpama mencurah petrol dalam api, mengapi-apikan apa yang terjadi.
Kalau tak suka apa yang jurufoto ini buat, anda sebenarnya boleh terus jumpa dan luahkan kepada beliau. telefon sajalah.. Ada yang mengaku dimaki hamun jurufoto ini tetapi mengatakan mereka cuba bersabar kerana tidak mahu menjadi seperti beliau, tetapi kemudian menulis dalam blog offer yang pernah jurufoto ini berikan. Pada saya tindakan macam ini sebenarnya lebih kejam kerana tidak beri peluang pada orang lain menebus kesilapan.
Anda kena ingat, hari ini kita buat orang, orang akan buat semula pada kita. Aniaya orang dan orang lain akan aniaya kita semula. 1 keburukan orang lain, walau kita ceritakan, akan jatuh semula pada kita. Jangan kerana sesuatu yang remeh temeh, kita hancurkan kehidupan orang lain. Sebaiknya bersabarlah dan jadilah pemaaf. Itu lebih baik.
Mungkin ada yang rasa saya tidak layak menulis seperti ini kerana tidak pernah merasa seperti mereka yang kononnya dianiaya….
Tanya diri anda.. apa kesan penganiayaan mereka kepada anda, dan adakah anda berlaku adil kepada beliau… siapa menganiaya siapa?
Jadilah insan yang adil bila berbicara.. sedikit kita tambah rasa benci.. ia akan menular macam api.. sebaliknya jika kita pemaaf, memelihara aib orang, samada betul atau tidak orang itu betul aib, Insya Allah bila tiba masanya Allah akan pelihara aib kita waktu kita memerlukannya.
Related posts:
- Fotografi, bolehkah anda belajar sendiri? Ramai orang kata fotografi ni boleh belajar sendiri. Benar. Saya...
- Teknik Asas Potret – Hubungan dengan Subjek Berikut adalah tips-tips yang perlu diketahui jurufoto supaya dapat merakam...
- Tips Fotografi Perkahwinan Apabila menyebut foto perkahwinan melayu, ramai yang menyangka ianya terhad...
- Masih tentang perang harga? Dalam kalangan jurugambar perkahwinan, perang harga sangat sibuk diperkatakan. Topik...
- Perlukan lebih maklumat? Beberapa hari lepas seorang pembaca telah menegur saya kerana isi...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

saya setuju tentang tu, jangan buka aib orang…
dan maafkanlah… manusia ni tak sempurna… adakalanya kita tergelincir.
sesungguhnya dengan kemaafan hati kita sendiri lebih tenang.
aku setuju dgn entry ko…seperti hadis Rasulullah SAW:
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”
Kita manusia sentiasa buat kesilapan, mungkin hari ini hari beliau mana tahu hari esok kitapun sama. Jadi tak perlulah kita mencanang keburukan org keserata dunia…apa yg kita dpt?…kepuasan? Dan apa yg mereka dpt…??? anak bini mereka juga turut tertempias…malu, sedih dan sebagainya. Serahkan segalanya pada yg lebih Maha Mengetahui.
saya pun setuju…masing2 ada buat silap…jgn aibkan org udah le..
saya pun setuju…dan saya tahun saper yg dimaksudkan…dan saper plk yg buat “i hate XXX” tersebut….dulu saya respect beliau tetapi skrg saya tidak lg menjadikan dia sbg teladan dlm fotografi…kerana pujian yg makin diterima nyer membangkitkan rasa ego dlm diri nyer….wlaupun kami 1 negeri…sbb itu saya lebih senang menceduk ilmu dari pihak saudara yg bg saya secara ikhlas memberi ilmu dari blog ini…