Di dalam bengkel photoshop, biasanya saya menekankan penggunaan Masking berbanding Lasso. Kerana itu saya akan meminta mereka berlatih masking technique seberapa lama yang boleh untuk mendapat kemahiran masking. Manakala kemahiran lasso adalah sesuatu mudah difahami berbanding masking.
Mengapa masking?
Sejak sepuluh tahun yang lepas, saya telah membuat selection/masking dan hand drawn path kepada ribuan gambar dan saya tahu betapa sukarnya membuat selection yang tepat dengan menggunakan lasso. Sedikit kesilapan dan lasso anda hilang, anda perlu melakukannya semula. Sepuluh tahun lepas, masa itu belum lagi ada feature history macam sekarang.
Kerana itu saya mengajar teknik masking dengan terperinci. Kejayaan sesebuah editing kini banyak bergantung kepada masking dan sekiranya anda melihat DVD-dvd instructional photoshop oleh NAPP atau lain lain, meraka akan menekankan penggunaan indestructible editing method, terutamanya photo retouching.
Untuk hari ini saya akan memberikan satu tips lagi. Untuk mempercepatkan selection, anda boleh menggunakan teknik Quick Selection Tool. Tool ini tersimpan dalam tempat yang sama quick wand disimpan. Selepas anda mendapat selection yang major, anda boleh refine selection anda menggunakan lasso atau masking, terpulang kepada kesukaan anda.
Saya mengajak anda mencuba sendiri tool ini. Anda pasti menyukainya.
Related posts:
- Tips Photoshop – Langit Biru Beberapa post yang lepas saya ada menyebut tentang circular polarizer....
- Tips Photoshop : Layer Berikut adalah beberapa perkara yang harus dititikberatkan apabila menjalankan proses...
- Kursus Asas Photoshop 16 Jan 2010 Tarikh : 16 jan 2010 masa : 9.00 am hingga...
- Tips Photoshop : Teknik Cropping Apakah cropping? Dengan cropping, anda boleh mengemaskan komposisi anda. Kadangkala...
- Tips Photoshop : Tukar Gambar warna ke Black & White Dalam photoshop CS, kita boleh membuat penukaran black & white...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


Quick selection ini ada dalam CS4 saja ke?
quick selection ni dah ada sejak cs3 lg. just nak tambah option yg leh guna seperti extract yang hampir sama sedikit function mcm masking.