Salam. hari ini saya nak menyentuh tentang Panduan Sepertiga ataupun Rule Of Thirds. Panduan ini merupakan satu panduan yang penting untuk difahami apabila kita bercerita tentang komposisi didalam sesebuah gambar.
Sebelum memahami rule of thirds, ada baiknya kita memahami dulu apa itu komposisi. Komposisi adalah susun atur elemen-elemen di dalam gambar. Secara mudahnya, sekiranya anda merakam gambar ibu-bapa dengan berlatarbelakangkan langit biru, anda perlu membuat keputusan dimanakah wajarnya diletakkan ibu bapa anda di dalam gambar, ke kirikah atau kekanankah? keatas atau kebawah? adakah anda perlukan langit yang luas atau perlu penuhkan frame dengan ibu bapa anda dan langit sedikit sahaja?
Keputusan yang anda buat itu adalah keputusan susun atur di dalam gambar. Ataupun teknik komposisi.
Tiada satu keputusan komposisi yang boleh dikatakan salah dalam proses rakaman gambar. Yang ada cumalah komposisi yang menawan atau tidak.
Salah satu teknik mudah untuk anda memperbaiki komposisi didalam gambar ialah dengan mengelakkan dari meletak titik fokal dari di tengah bingkai. Dan dengan menggunakan panduan sepertiga atau rule of thirds, ianya lebih mudah lagi.
Apa yang perlu anda buat ialah dengan membahagikan bingkai gambar anda secara visual kepada 9 kotak yang sama besar. Dan kemudian letakkan titik fokal atau subjek utama anda pada titik persilangan tersebut.
Dalam contoh ini, wajah kucing tersebut diletakkan pada titik persilangan di sebelah kanan dan sepanjang garisan rule of thirds tersebut.
Related posts:
- Merakamkan Details Dalam Gambar Details bermaksud, setiap maklumat lengkap pada sesuatu subjek. Sbg contoh...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

