Semalam saya menerima unit Nikon D3000 yang baru dilancarkan oleh Nikon. Sekilas pandang, kamera ini memang agak kecil dan comel dan memang sudah dijangka yang kamera ini bakal menggantikan Nikon D60 yang agak popular sebelum ini. Sekali kamera ini berada diatas tapak tangan saya, terasa amat ringan dan pasti tidak akan menjadi beban sekiranya perlu dibawa kemana-mana.
Fotografi dengan Nikon D3000, kelihatan mudah sekali. Di dalam kamera ini disediakan Mode GUIDE yang boleh membantu anda untuk mendapatkan gambar yang baik pada setiap masa. Sekiranya anda seorang pengguna baru kepada DSLR, sudah pasti anda tidak akan berasa janggal kerana sedikit-sedikit anda akan dapat membiasakan diri dengan pengoperasian DSLR menggunakan mod ini. Saya yakin setelah beberapa lama anda akan dapat menggunakan mod-mod lain yang lebih maju seperti P, A, S atau M.
Dengan 10.2 megapixel, ini sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk seorang pengguna baru DSLR. Bayangkan anda boleh mencetak sehingga sebesar saiz A2 menggunakan 10.2 mp tanpa perlu sebarang pembesaran digital.
Lensa standard AFS 18-55mm f3.5-5.6 VR, ataupun selalu dipanggil dengan 3x optical zoom, memberikan anda ruang yang cukup untuk aktiviti fotografi harian. Pernah tak saya menyebut bahawa lensa Nikon 18-55 mempunyai ketajaman optikal yang sangat baik dan contrast yang cukup menarik? VR atau vibration reduction pula akan memberikan anda kemudahan untuk merakam dalam situasi suram tanpa sebarang kekaburan dalam gambar.
Skrin 3 inci LCD Nikon D3000 juga amat luas! berbanding dengan skrin D60 yang sangat kecil. Skrin ini juga amat cerah dan jelas. Ia meliputi 100% liputan apa yang anda lihat dari viewfinder.
Isi Kotak
Didalam kotak Nikon D3000 ini saya menemui :
- Nikon 10.2-Megapixel Digital SLR Camera
- Lensa AFS NIKKOR 18-55mm f3.5-5.6 DX VR
- Bateri dengan pengcaj semula
- Kabel USB and A/V, sstrap, penutup tapak flash, penutup lensa, penutup badan kamera and CD-ROM
- Manual pengguna
- Skrin LCD 3 inci yang cerah
- Lensa AFS 18-55mm f3.5-5.6 DX VR
- Guide Menu
- Hasil Dari Nikon D3000 Dengan Menggunakan Guide Mode dan Juga Manual
HARGA :
PROMOSI NIKON: Raya Carnival
RM2288.00
Hubungi MYFOTOZONE : 0351922117 (ieka/naza)
Email : Shop@myfotozone.com.my

Sah dari 4 Sept - 30 September saja
KURSUS FOTOGRAFI
Related posts:
- Promosi Nikon D300s Harga Promosi Nikon D300s, sementara stock masih ada. Nikon D300s...
- Lensa Nikon Afs 50mm 1.4G Lens 50mm merupakan lensa kesukaan saya, apatah lagi dilengkapi dengan...
- Nikon CLS – Pengenalan 1. CLS adalah singkatan dari Creative Lighting System. 2. Sistem...
- Memilih kamera yang sesuai Dengan begitu banyak pilihan yang ada di pasaran, mungkin kadangkala...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






baru je beli D60 Ogos lepas.
nak tanya, lens dia sama je ke ngan D60?
Nampak mcm sama jer.
Kalu nak trade in body, beli body D3000 boleh tak?
boleh. body dia murah saja
berapa kos perlu ditambah kalah trade in, saya pun ada D60 gak??
Salam,
saya berminat untuk mengetahui harga promosi terkini yang ditawarkan untuk memiliki kamera terbaru jenis D3000 di kedai tuan.
jika dibandingkan dengan Nikon D80, apa perbezaan yang terbaik khususnya dari segi prestasi dan kualiti gambar yang diambil.
Thx!
askum , saya nak tahu . sya berminat dengan pho0tographer tapi saya tak pernah tahu about kamera besar to. ape yang perlu saya buat ? saya masih baru n berumur 19 tahun. boleh abg adhadi bantu saya .
salam.
sy dok Abu Dhabi..td sy g g usha D60 tp kat sini dh xde stok sbb dh kuar D3000 katenye. harge AED 2699 dpt kit lens, bag & 4gb. convert ngn duit mesia beh kurg rm2489. 1 year international warranty body & lens. ok ke hage ni? tq
:: xtau pape pasal dslr ::
salam bro…
nikon d3000 nih…
mudah guna x..??
dan gmbr kualiti ok ker..??
sy baru lg nih…
mmg xpnh ade lg dslr nih…
bleh bli secara byar bulan2 x..??
salam bang…
sy nk tnye… kamere nikon bleh msuk sume jenis lens nikon ke die ade specific lens tuk specific kamre…
al maklumlah tak tau pape…
hihhihh..
cdang nk bl tu nk tnye dl…
=)
sy kt sabah,kalo post ke sini bole ker?warranty D3000 bape tahun?
salam bang…if na wt bisness tgkap gmbr weedding ni kne de pe2 lesen x or under syarikat pe2??sye sdg cbe ngn dnia2 foto ni cz mnat sgt.sblom ni sye de blaja di tmpt blaja sye dulu..sbgai pmulaanye sy tke pic org tunang jer..cz tkut nk ambik rsik0 tke pic weeding ni..s0 ape pndngan abg if sye na cba tke pic weeding..1st pngalaman ri 2 sye ambk kt mjlis org tunang,cst0mer 2 puas hti sgt,cz sye de gak edit2..so pe pndngan abg???
continue…… sye pngguna D3000..n mmg sng dgunakan..