Staged posed juga mempunyai peminat yang besar hari ini. Konsep lebih santai, keanak-anakkan dan riang jadi pilihan ramai pengantin yang ingin kelaitan.

Staged posed juga mempunyai peminat yang besar hari ini. Konsep lebih santai, keanak-anakkan dan riang jadi pilihan ramai pengantin yang ingin kelainan.

Apabila menyebut foto perkahwinan melayu, ramai yang menyangka ianya terhad kepada pose dipelamin saja. Zaman kini telah berubah dan teknik-teknik fotografi juga kini lebih berkembang dan teknologinya juga semakin memudahkan kerja-kerja jurufoto.

Sebagai penyedia perkhidmatan, jurufoto perkahwinan juga perlu berubah untuk mendapatkan keunikan dan berada didalam golongan “in-demand”. Sekiranya kita masih menghadkan produktiviti kita kepada posing-posing klasik dipelamin saja, kita tidak akan dapat bayaran perkhidmatan yang lebih baik. Mahu atau tidak, skill jurufoto harus seiring dengan zaman. Pengantin-pengantin melayu juga sekarang lebih berpelajaran dan didedahkan dengan imej-imej yang lebih segar dan menarik berbanding foto klasik. Walaupun penting untuk kita mengekalkan skill dalam potret klasik, kita juga harus mengembangkan pengetahuan kita kepada teknik-teknik fotografi  terkini, dan teknologi-teknologi yang boleh memudahkan kerja kita.

Kemesraan perlu menjadi faktor utama apabila mengambil potret pengantin

Kemesraan perlu menjadi faktor utama apabila mengambil potret pengantin

Jenis-jenis jurufoto perkahwinan

Terdapat beberapa konsep didalam fotografi perkahwinan melayu.  Antara konsep yang klasik adalah konsep foto formal seperti pengantin di pelamin, makan beradap, group foto keluarga, jalan berarak dsb. Kebanyakan jurufoto masih mengekalkan konsep ini. Saya mengkategorikan jurufoto ini sebagai jurufoto perkahwinan klasik. Biasanya jurufoto ini mendapat bayaran serendah rm300 untuk sehari atau RM500 untuk 2 hari liputan majlis perkahwinan.  Jurufoto yang lebih mahir dalam konsep ini, sekiranya benar-benar berpengalaman, boleh juga mendapatkan bayaran ribuan ringgit sekiranya telah terkenal dan hasilnya betul-betul baik.

Terdapat juga konsep jurufoto fotojurnalis. Dimana jurufoto merakam foto-foto yang mengenengahkan aksi dan ekpressi pada hari tersebut.  Foto-foto seperti ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan jurufoto melihat dan merasai situasi sebenar hari tersebut. Rakaman ini selalunya bersifat candid iaitu subjek biasanya tidak sedar gambar beliau dirakam kerana begitu asyik dengan aktiviti beliau.  Bagaimanapun, tugas jurufoto fotojournalis juga selalunya perlu merakam gambar-gambar yang “wajib” seperti jurufoto klasik. Fotojournalis perkahwinan boleh mendapat bayaran sehingga berpuluh ribu ringgit sekiranya amat terkenal dan mempunyai skill yang amat bagus.

Ada juga jurufoto yang bersifat khas dalam potret. Mereka hanya merakam potret subjek samada dilokasi-lokasi tertentu atau didalam studio.

Imej oleh Adhadi mohd.

Related posts:

  1. Tips Kreatif : Potret Karikatur Ramai kartunis menggunakan teknik ini untuk memberi kelainan dalam karya...
  2. Kursus Fotografi Perkahwinan (13 March 2010) MAKLUMAT KURSUS Tarikh : 13 March 2010 Tempat :...
  3. 10 Tips Menarik Untuk Fotografi Potret Waktu Malam Apabila menjalankan sesi potret malam, berikut adalah beberapa tips yang...
  4. Tips Fotografi Still Life Persekitaran kita adalah tempat yang begitu banyak sumber untuk...
  5. Tips Potret : Setup Asas Pencahayaan Untuk Potret Dalam potret, satu sumber cahaya sudahpun memadai untuk mendapatkan potret...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tagged with:
 

8 Responses to “Tips Fotografi Perkahwinan”

  1. pejals says:

    informasi sungguh berguna..
    semuga industri malay wedding mampu bersaing dgn yg lain.

  2. beskalpancit says:

    nice info.. thx bro adhadi

  3. joystick says:

    Malay wedding photos are looking so beautiful. I am agree with this article. The photography techniques are developed more. Well thanks for this nice post and such wonderful pictures here. I like this site too much.

  4. sydeen says:

    salam bro..
    image di sini semuanya best-best…. dan banyak ilmu boleh di kutip. xyah pg seminar pun… hehehe… truskan berkarya

  5. Adhadi Mohd says:

    terima kasih bro

  6. comel says:

    i agree the trend is changing. thanks for sharing…

  7. NAZRI AHMAD says:

    best tips2 ni..all the best bro

  8. info yang menarik..adhadi..tips berguna cam ni..harus ade pade jurufoto kawen yang semakin hari semakin ramai…semoga jurufoto melayu malaysia terus kreatif…

Leave a Reply