Format Fail Gambar
Kebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format fail
Jpeg.
Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group, kumpulan yang mencipta format ini. JPEG adalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan diterima oleh kebanyakkan software, pencetak, operating system dan web browser. Jpeg mudah di hantar kemana-mana menggunakan internet, telefon bimbit dan juga memory card.
Tiff
Tagged Image File Format. Tiff adalah format yang digunakan oleh para syarikat pencetak dan publication. Bersaiz besar, berbanding JPEG, boleh mencapai 5-10 kali ganda saiznya. Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh diterima banyak pencetak
Raw
RAW merupakan format fail yang menyimpan kesemua rekod dan maklumat tentang rakaman. Fail RAW juga dikenali sebagai digital negative kerana fail imej tersebut perlu diproses sekiranya perlu digunakan.
Antara seting kamera yang kita boleh ubah selepas proses rakaman gambar dalam format RAW ialah:
v Mod warna atau kawalan warna
v White balance
v Pengubahsuaian tona
v Kepekatan warna
v Ketajaman
v Pengubahsuaian dedahan
v Pengubahsuaian warna
v Pengurangan Color Moire
v Nyahhabuk pada imej
v Aberasi warna automatic
v Active D-Lighting
Berikut adalah kelebihan dan kekurangan rakaman dalam JPEG dan RAW
Kelebihan JPEG
- Saiz fail yang lebih kecil
- Lebih imej bagi setiap kad memori
- Lebih pantas ditulis ke kad memori
- Capaian terus kepada imej tanpa perlu penyuntingan
Kekurangan JPEG
- Kamera memampatkan imej tersebut
- Maklumat hilang kerana pemampatan
- Kurang julat penyuntingan
- Kurang fleksibel dengan kesilapan Jurugambar seperti dedahan, white balance.
Kelebihan RAW
- Tiada pemampatan fail. Maklumat yang dirakam adalah sepenuhnya daripada sensor.
- Kelebihan untuk manipulasi imej dalam perisian penyuntingan
- Julat penyuntingan tona yang lebih tinggi.
Kekurangan RAW
- Fail yang lebih besar
- Kurang imej untuk setiap kad memory
- Masa menulis kedalam kad yang lebih perlahan
- Mesti mempunyai perisian penyuntingan yang sesuai.
Related posts:
- Tips Fotografi : Kualiti Gambar Terbaik dengan RAW Format RAW memberikan banyak kelebihan pada jurufoto berbanding format fail...
- Exif Exif bermaksud : Exchangeable Image File standard Exif direka untuk...
- Tips Fotografi : Border dalam framing Salah satu kaedah untuk menambah impak dalam gambar anda...
- Tips Photoshop : Gambar pantas dibuka dengan Optimization Apabila kita menghantar gambar ke web untuk dipaparkan, saiz dan...
- Tips Fotografi : Gunakan ACDSEE pro untuk batch processing Saya merupakan pengguna ACDSEE semenjak dari tahun 1998. Saya menggunakannya...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
