
MYFOTOZONE melalui www.duniafotografi.com telah menganjurkan aktiviti ini pada 8hb Ogos yang lepas. Penceramah jemputan untuk aktiviti ini ialah encik sharkawi che din, seorang pensyarah UITM yang berpengalaman luas dalam bidang fotografi. Karya beliau banyak dipaparkan dimajalah-majalah tempatan dan luar negara.
Sembilan orang peserta telah mengikuti aktiviti ini termasuklah saya. Siapa sangka yang aktiviti birding ni betul betul menguji kesabaran. Walaupun saya menggunakan teleconverter 2x dan 70-200 afs, tetapi kelincahan burung mengatasi keupayaan lensa. Skill yang terbatas dalam aktiviti birding membuatkan saya pulang hampir dengan tangan kosong. Dapat ambil gambar disebalik tabir saja yang banyak.
Di dalam aktiviti ini, saya menemui satu lagi perkara baru dalam dunia fotografi. Menurut shahlan yang mencuba sendiri lensa EF400mm f5.6, Lensa 400mm f5.6 mempunyai daya fokusing yang lebih pantas berbanding 70-200mm afs + 2x teleconverter.
Bagaimanapun saya bukanlah seorang yang gilakan aktiviti birding ini. Mungkin kawan-kawan yang minatkan aktiviti ini boleh dapatkan satu. Untuk saya, AFS 70-200 f2.8 VR sudah pun mencukupi.
berikut adalah gambar-gambar dari aktiviti ini.
Related posts:
- Outing Teluk Kemang Tarikh Aktiviti : 16 August 2009 Medium : Photoskool.net, MYFOTOZONE.com.my,...
- Zoom terlalu pendek? Teleconverter boleh memanjangkan focal length lensa anda. Sebagai contoh, pada...
- Sekitar Kursus Teknik Pro Flash Putrajaya Agaknya dah lambat sikit entry ni. Tapi yang sebenarnya saya...
- Tips Kreatif : Potret Karikatur Ramai kartunis menggunakan teknik ini untuk memberi kelainan dalam karya...
- Kenali Lensa-lensa Fotografi Serba Sedikit tentang lens. Ultra Wide Angle Lens (UWA) 1....
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Wooo…. itu budak sniper mmg giler; abiss burung kat Fraser ditaburnya; patutla member lain merungut takde subjek
tu la.. budak tu gile sikit.. hehe
cikgu, nak pinjam gambar sikit ya. thanks. hehe.
ok…