Details bermaksud, setiap maklumat lengkap pada sesuatu subjek. Sbg contoh kalau muka tu ada jerawat, tetiba overexpose sampai jerawat tu hilang.n begitu juga dengan tektur pada wajah. setiap kulit ada tektur, kalau texture tu dah hilang, maka hilanglah details dia. ataupun, kalau kita ambil gambar pengantin, pakai veil warna peach, tetapi dah jadi putih sampai lip lap lip lap kat screen (highlight) mean dia dah hilang details lah tu. persoalannya, waktu mana kita boleh sacrifice details2 seperti ini, dibiarkan hilang?

banyak photography artisan, bila sudah berpengalaman, dia sudah tau bila waktunya dia akan membiarkan sebahagian dari gambar kehilangan details, samada keputusan itu adalah disebabkan kekangan sumber cahaya, masa mahupun hanya kerana inginkan nilai artistik.

sebagai contoh, saya petik dari http://www.wpja.com/wedding_photography_galleries/contest/08/photography-contest/04-03.htm

dalam gambar ini details pada baju telahpun hilang sebahagiannya tetapi moment yang dirakam tetap jelas kelihatan pada air muka subjek2.

Semakin lama dan berpengalamannya anda dalam teknik merakam gambar, anda akan menjadi semakin flexible dengan rule “rakamkan details” sebaliknya anda lebih mencari kekuatan-kekuatan baru yang lain dalam gambar anda. Sekian Adhadi Mohd.