Pernahkah anda mengalami masalah gambar underexpose walaupun menggunakan flash? dan flash anda sentiasa berbunyi “beep beep beep” dan nilai flash exposure menunjukkan negatif?

f16, 1/60 @ ISO400. Flash Mode : TTL
Sebagai contoh dalam gambar diatas, saya sengaja memilih f16 untuk memberikan Nikon Speedlite SB600 berkerja keras untuk mengeluarkan limpahan cahaya yang lebih. Hasilnya adalah gambar yang underexpose dengan FLash Exposure menunjukkan nilai -1.7.
Apakah maksud nilai -1.7 ini?
Maksud nilai ini ialah anda kekurangan cahaya sebanyak 1.7 stop, iaitu hampir sebanyak 2 stop. Ini juga bermaksud kuasa maksimum flash anda sekarang ialah pada kurang -1.7 stop.
Apakah yang anda boleh buat untuk memperbetulkan masalah ini?
Mudah, anda perlu tambahkan cahaya sebanyak 1.7 samada dari aperture, shutter speed ataupun dari flash itu sendiri.
Melalui Aperture, anda hanya perlu mengambil Aperture yang lebih besar sebanyak 1.7 stop. Tambahan 1.7 stop pada aperture dari f16 ialah f9 (rujuk kaedah mengira stop melalui aperture. nilai f9 wujud kerana DSLR kebanyakan mempunyai keperincian sebanyak 1/3 stop)
Bagaimanapun, saya memilih untuk menambah lagi +0.3 stop, membawa kepada bukaan aperture f8, hasil akhir yang saya perolehi adalah lebih baik.

F8, 1/60s, ISO400. Flash Mode : TTL
Related posts:
- Teknik Sunny 16 – Mengapa & Bagaimana MENGAPA ANDA PERLU MAHIRKAN DIRI DALAM SUNNY 16? Panduan Sunny...
- Teknik Asas Menggunakan flash Flash unit yang juga dikenali sebagai speedlite, merupakan sumber cahaya...
- Adakah gambar saya baik atau tidak? Ramai orang menanyakan kepada saya, bagaimana nak tahu satu gambar...
- Tips Portrait Outdoor : Fill in flash Salah satu teknik untuk mendapatkan portrait yang lebih jelas sewaktu...
- Skil Asas – Mengira stop Antara skill asas dalam kemahiran fotografi adalah mengira stop samada...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
