Berikut adalah beberapa teknik yang saya pelajari melalui pengalaman ketika bergelar jurugambar freelance/sepenuh masa.

1. Networking. Kaedah networking merupakan teknik paling mudah dan murah untuk memberitahu orang ramai bahawa anda mempunyai perkhidmatan fotografi.

2. Iklan. Iklankan perkhidmatan anda di portal pengiklanan percuma seperti 88db. Semakin lama iklan anda berada di internet, lebih bagus lagi.

3. Pengumuman. Umumkan perkhidmatan anda di dalam blog/website rakan industri seperti blog-blog make up artist atau caterer. Bina rangkaian link bersama mereka.

4. Testimoni. Paparkan testimoni pelanggan di website anda. Sekiranya boleh, link kepada blog pelanggan anda.

5. Upload gambar Terbaru secepat mungkin. Dengan mengupload gambar terbaru kepada laman web anda, anda akan dapat membawa lebih ramai pengunjung kelaman anda secepat mungkin. Laman web yang sentiasa dikemaskini lebih dikenali berbanding laman web yang dorman.

6. Cari Pelanggan. Kadangkala, mencari pelanggan boleh meningkatkan jualan anda. Anda boleh google dengan keyword : “mencari jurufoto”, atau “mencari make up artist”, atau “siapa kenal jurugambar yang baik”. Ada kemungkinan anda akan mendapat beberapa target dan anda boleh emailkan perkhidmatan anda kepada mereka.

7. Follow Up. Sentiasa follow dengan prospek anda setelah anda menghantar quotation. Berikan tempoh 1-2 hari sebelum follow up atau tempoh yang telah dipersetujui. Tawarkan mereka pakej yang lebih sesuai sekiranya pakej yang pertama tidak menepati. Saya mendapati proses follow up ini amat berkesan dan hampir 90% akan memberikan closing.

Related posts:

  1. Bagaimana memastikan sensor anda telah kotor? 100% Foto Impian words BAGAIMANA NAK TAHU SENSOR KOTOR? Shoot...
  2. QAYYUM DAH JADI ORANG PUTIH? Nampaknya semakin ramai kawan-kawan yang bertukar menjadi orang putih. White...
  3. Tips foto : Tukar sistem takkan baiki gambar anda.. Ramai pemilik kamera baru yang suka mengatakan kameranya tidak baik...
  4. Tips Lightroom/PS – Jadikan Foto Anda Mudah Ditemui Tips: 1. Sekiranya anda inginkan foto anda mudah ditemui oleh...
  5. Kursus Fotografi untuk anda.. Salam, berikut adalah update tentang kursus fotografi yang akan dijalankan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Leave a Reply