Apabila menjalankan sesi potret malam, berikut adalah beberapa tips yang anda boleh ikuti:
1. Gunakan tripod untuk mendapatkan gambar yang cukup sharp dan menggunakan shutter yang perlahan.
2. Shutter yang perlahan diperlukan untuk merakamkan ambience light
3. Tukar mode flash kepada REAR flash supaya anda dapat gambar yang lebih sharp
4. Aperture yang besar seperti f1.4 atau f2.8 menjadi satu keperluan untuk portrait malam.
5. GUnakan flash untuk mendapatkan main light yang baik.
6. Flash tambahan sebagai kick light/hair light boleh mencantikkan kesan pencahayaan anda.
7. Sekiranya Autofokus tidak berfungsi, gunakan Manual Fokus untuk mendapatkan ketajaman yang baik.
8. Gunakan Payung pemantul untuk mendapatkan main light yang soft.
9. Jangan terus buang gambar yang sedikit soft sekiranya expressi pada gambar tersebut menarik.
10. Bawa sumber cahaya tambahan seperti lampu LED camping. Ia boleh membantu autofokus pada kamera anda.





August 19th, 2009 on 2:49 pm
soft focus tu mksdnye xfocus betul2 la kan?..
hehe..
kempius..
August 19th, 2009 on 2:54 pm
Terima kasih kerana bertanya.
Ada 3 penyebab setakat yang saya tahu.
1. Out of focus -> yes, tak focus betul betul
2. Soft focus kerana lens jenis soft focus atau filter soft focus
3. Soft focus akibat sesetengah lens pada aperture terbesar atau pada focal length terpanjang, gambar akan jadi sangat soft .
August 19th, 2009 on 3:30 pm
oh oh..
timakaseh!..
maknanya bole tejadi dgn tdk sengaja atau mmg sengaja bikin la..
masing2 ada nilai..
;D
August 19th, 2009 on 6:25 pm
tahniah bos, terima kasih for the tips,
August 19th, 2009 on 11:57 pm
Adakah satu kemestian utk guna appeture besar mcm f1.4-2.8 utk waktu mlm?
August 20th, 2009 on 1:47 am
1.4-2.8 akan beri kemudahan untuk kita mendapatkan exposure yang baik pada waktu malam.
Ini kerana Fast lens mempunyai bukaan aperture yang besar dan lebih banyak cahaya boleh masuk, serta mengurangkan tempoh bukaan shutter.
August 22nd, 2009 on 4:14 pm
thank U sifoo…
February 5th, 2010 on 9:51 pm
ohh